Skip to main content

Posts

Showing posts with the label matematik

Kursus KBAT (Kemahiran Berfikir Aras Tinggi)

Pada permulaan cuti sekolah yang lalu, saya dan semua ahli panitia matematik sekolah telah dipanggil untuk menghadiri kursus KBAT (Kemahiran Berfikir Aras Tinggi), yang diadakan di PPD Kuala Pilah.           Kursus KBAT ini merupakan kursus yang wajib dihadiri oleh semua guru Matematik dan Sains sekolah menengah di Malaysia. Kursus ini wajib dihadiri selama 30 jam. Kami berkursus selama 5 hari , dari isnin hingga jumaat. Apa itu KBAT? KBAT adalah nama lain kepada HOTs(saya pernah buat satu entry berkaitan HOTs sebelum ini, anda boleh baca di sini )          Kenapa kursus KBAT ini begitu penting? Kursus ini memberi beberapa pendedahan kepada guru-guru tentang teknik-teknik yang boleh mereka aplikasikan sewaktu PdP, mendedahkan mereka dengan cara-cara penyediaan soalan mengikut standard peperiksaan, memperkenalkan bentuk-bentuk soalan yang dikatakan ber aras tinggi, menjawab pelbagai persoalan berkaitan soalan rutin atau bukan rutin. ...

Permulaan 2013 : HOTS (higher Order Thinking Skills)

Alhamdulillah menjengah kita semua ke tahun baru 2013. Mudah-mudahan segalanya dipermudahkan Allah. Tahun ni saya dipertanggungjawabkan dengan 2 kelas matematik tambahan SPM ting 5, 2 kelas matematik PBS (satu kelas ting 1 dan satu kelas ting 2), dan 1 kelas matematik PMR ting 3. Masih lagi guru penasihat pengakap, dan guru penasihat kelab Bola Jaring. Aktiviti pertama yang saya lakukan adalah memberi taklimat HOTS kepada rakan-rakan guru Matematik dan Sains semasa mesyuarat bidang kali pertama. Apa benda HOTS ni? HOTs adalah singkatan kepada Higher Order Thinking Skills. Guru perlu memperbanyakkan soalan berbentuk HOTs dikalangan pelajar ketika sesi P&P. Soalan yang dikategorikan Hots adalah jenis-jenis soalan yang memerlukan pelajar mengeluarkan idea kreatif dan inovatif mereka dalam menjawab soalan. Dalam bahasa ringkas, pelajar mesti BERFIKIR, untuk menjawab soalan-soalan HOTs. Untuk menjelaskan lagi bagaimana yang dikatakan HOTs ini, kita boleh membezakannya melalui...

Key-in PBS online

Entry ni dibuat sambil meng' key-in'  pencapaian band pelajar-pelajar di dalam sppbs. Sungguh membosankan, kerana tahap kelajuannya yang amat mendukacitakan. Nasib baiklah haritu dah masukkan pencapaian sehingga oktober. Tinggal bulan november je lepas buat band terkini bersama pelajar tadi di sekolah. Ini lah muka depan web page yang paling popular masa kini dikalangan guru-guru sekolah yang mengajar tingkatan 1 (popular sampai tak boleh nak masuk!) Cikgu sekolah menengah kena 'click' di bahagian sekolah menengah. Cikgu sekolah rendah di bahagian sekolah rendah. Bila dah masuk ke ruangan sekolah menengah tadi, jumpa lah page ni, dan guru kenalah 'click' di bahagian guru seperti diatas. Selepas tu keluar pula page ni, untuk guru-guru masukkan maklumat login dan kata laluan masing-masing. Ha... inilah muka seterusnya. Maklumat sekolah tempat mengajar tu akan dipaparkan pada page ini. Itu nama sekolah saya. Guru perlu 'click...

In house training PBS Matematik Ting 1 2012 di bilik dokumentasi

Pada jumaat yang lalu 27hb April, saya telah berjaya menunaikan tanggungjawab selaku wakil sekolah ke bengkel PBS matematik. Tanggungjawab untuk menghebahkan tentang PBS ini kepada rakan-rakan guru matematik yang lain. Secara ringkasnya, saya telah menyampaikan kepada mereka antara isi-isi penting PBS iaitu standard dokumen prestasi matematik, rekod transit dan serba sedikit berkaitan band 1 hingga band 6. Walaupun pelaksanaan sebenar masih kelam-kelam kabus namun saya cuba juga sedaya upaya agar mereka dapat memahami maksud tersirat disebalik dasar pendidikan yang terkini itu.  Duduk dibarisan hadapan itu ketua bidang sains matematik smk jelai cikgu sal dan ketua panitia matematik smk jelai, cikgu azura. Yang membelakangkan gambar dan duduk dengan bersopan santun sebelah kanan itu cikgu chin, dan yang sebelahnya lebih lagi sopan santunnya hehe cikgu wan.  Dalam gambar ini, membelakangkan kamera, cikgu Zai.  oh, Nampak rak kosong dibelakang saya? rak itu ak...

Pentaksiran Matematik Berasaskan Sekolah 2012

Pada 9 , 10 dan 12 April yang lalu, saya telah mewakili sekolah untuk hadir pada kursus pentaksiran berasaskan sekolah bagi subjek matematik. Ini kerana saya ada mengajar 2 kelas matematik tingkatan 1 sekolah saya. Kursus yang saya hadiri ini telah dijalankan di PPD Kuala Pilah. Secara umumnya, kursus ini memberi manfaat kepada saya kerana dengan menghadirinya, saya dapat mengetahui apakah objektif PBS ini yang begitu kabur pada saya sebelum ini. Secara ringkasnya, PBS matematikTingkatan 1 meliputi keseluruhan topik dan subtopik Matematik Tingkatan 1 yang dibahagikan kepada 70 elemen meliputi kesemua Band 1 hingga Band 6.  Walaupun pada mulanya agak sukar untuk kami guru-guru memahami apakah kehendak sebenar setiap band itu, tapi selepas melalui bengkel sehari lebih menyiapkan soalan-soalan mengikut descriptor, kami akhirnya berjaya menghasilkan 7 set soalan lengkap dari B1D1E1 hinggalah ke B6D1E1. Sekurang-kurangnya, kami telah mempunyai bank soalan yang sesuai untuk terus digun...

Satu dan Pak Tua

Tersebutlah oleh ahli pujangga tentang kisah seorang ayah yang sedang nazak. Beliau mempunyai 3 orang anak lelaki. Pada saat-saat kematian semakin terasa hampir, beliau pun memanggil ketiga-tiga anaknya dan menyampaikan pesan. “Apabila ayah sudah tiada nanti, kalian bertiga ambillah unta peliharaan kita itu sebagai harta pusaka. Yang sulung akan mendapat 1/2 bahagian daripada unta-unta tersebut. Yang tengah akan mendapat 1/4 daripada unta-unta tersebut, dan yang bongsu pula akan mendapat 1/5 daripada unta-unta tersebut.” Setelah si ayah berpesan sedemikian, maka si ayah pun menghembuskan nafasnya yang terakhir dan meninggal dunia. Maka selepas selesai menguruskan upacara pengebumian, ketiga-tiga anak tadi pun duduk berkumpul dan berbincang tentang wasiat ayah mereka. Mereka menghadapi kesulitan dalam membahagikan unta peliharaan mengikut pesanan si ayah, kerana unta mereka ada 19 ekor.  "Bagaimana hendak membahagikan unta sebanyak 19 ekor kepada 1/2 bahag...

Mari cuba cara hilangkan mengantuk dalam kelas

Memang sukar nak menumpu perhatian bila belajar dalam keadaan mengantuk. Ada banyak faktor2 yang menyebabkan mengantuk. Faktor paling popular dikalangan pelajar adalah kerana  tidur lewat pada malam sebelumnya,  tidak cukup 'warming up' (ni kalau pagi2 dah mengantuk kat kelas) terlebih bermain sampai kepenatan (ni kes mengantuk lepas aktiviti pjk) baru lepas makan makanan berat (ni kes mengantuk di tengahari lepas rehat) bosan dengan guru mengajar  Mungkin ada juga faktor2 lain kerana individu ada macam2 ragam. Berikut merupakan beberapa cara yang boleh di praktikkan untuk hilangkan rasa mengantuk, dengan harapan dapat fokus semula ketika belajar di kelas. Minum air masak . Otak perlukan banyak air untuk berfungsi dengan baik. Kalau dah tau hari tersebut ada aktiviti pjk, bawalah air masak botol besar. Lepas bersukan, badan kehilangan banyak air melalui perpeluhan, maka anda perlukan air yang mencukupi untuk tampung 'air' yang hilang. Bawalah send...

keputusan pmr jelai 2011

Alhamdulillah, selesai sudah debaran menunggu keputusan pmr 2011. Walaupun sedikit jatuh tahun ini, berbanding tahun sebelumnya, tapi dari segi kualiti A masih dpt dipertahankan walaupun masih belum mencapai sasaran. Tahniah kepada dua calon yang berjaya mendapat straight A's. Berkat usaha tanpa berputus asa hingga menghasilkan kejayaan. Saya agak terharu dengan ayat salah seorang daripadanya, "Terima kasih banyak-banyak cikgu, saya tidak sangka dapat A matematik, masa trial saya dapat C". Walaupun seorang guru tidak langsung meminta apa2, namun ucapan terima kasih dengan pelukan ini cukup membahagiakan dan rasa dihargai. senyum manis daripada pelajar 8A bergambar dengan pengetua debaran pelajar yang hendak mengambil slip keputusan Teringat saya tentang suatu petikan yang saya baca di dalam sebuah buku berkaitan guru cemerlang(lupa tajuknya) , petikan itu lebih kurang begini, " Guru jangan mengharap ucapan terima kasih daripada pelajarnya, sebali...

Berita Harian Online | Ilmu matematik ajar manusia hidup lebih bersistem, efisien

Saya menemui artikel yang menarik hati saya untuk berkongsi dalam blog ini. Artikel ini ditulis oleh Naib Cancelor UTM, Dr Zaini Ujang. Antara ayatnya yang ingin saya kongsikan, "Keindahan matematik hanya boleh difahami mereka yang mencintai ilmu, menghayati resam kesarjanaan yang tinggi dan utuh. Itu sebabnya hampir semua tokoh ilmu sebelum bermula Revolusi Industri di Eropah adalah pakar dalam sesuatu bidang yang juga mempunyai pengetahuan matematik yang mendalam. Dalam tradisi keilmuan Barat, Leonardo da Vinci, misalnya pakar matematik, sekali gus ahli falsafah dan pelukis ternama. Begitu juga dalam tradisi Islam menerusi Ibn Sina dan Alkhawarizmi. Hakikatnya matematik adalah asas ilmu untuk membolehkan kita berfikir secara logik, teratur dan bersistem." Sebut sahaja matematik, ia tidak lari dari nombor. Berkait rapat dengan nombor, mengira.Hakikat bahawa matematik adalah asas kepada banyak cabang ilmu memang tidak dapat dinafikan. Matematik memang digunakan se...

Azam?

Setiap tahun, seorang guru akan mendapat anak-anak murid baru, yang punya watak dan karakter berbeza dari pelajar sebelumnya.Punya cabaran dan dugaan yan berlainan dari sebelumnya. Beginilah saban tahun. Ini lumrah guru. Sebagai guru, setiap tahun merupakan satu lagi percubaan guru dalam menjayakan P&P nya, mencemerlangkan anak didiknya, sekaligus menambah kayakan pengalamannya dalam mengajar. Tahun demi tahun, merupakan peluang bagi guru untuk menambah baik teknik pengajarannya, memperbaiki apa yang kurang atau lemah pada tahun sebelumnya, dan meneruskan apa yang telah berjaya sebelumnya. Jamuan akhir tahun 5 Sea 2006. Anak2 murid pertama (aku sebagai guru kelas) masa tahun pertama posting. Orang kata, yang pertama sentiasa kekal dihati.  Bersama sebahagian daripada Second batch student. Aku sebagai guru kelas.(tak jumpa pula gambar penuh bersama semuanya) Aku pindah sekolah di Johor Bahru. Jadi guru kelas mereka. (juga jumpa gambar sebahagian saja)  ...