Skip to main content

Posts

Showing posts with the label hari guru

Memori Hari Guru, dan Sha..

             Fuhhh~~~ akhirnya tamat sudah sesi persekolahan 2013. Bermula hari ini, pelajar-pelajar seluruh Malaysia dari pra sekolah sehinggalah ke Tingkatan 4 akan mula bercuti selama sebulan lebih, sebelum memasuki tahun baru 2014.             Walaupun rutin ke sekolah dan mengajar direhatkan seketika, tetapi masih ada beberapa kerja-kerja sebagai guru Math yang belum saya selesaikan, iaitu memasukkan PBS ke dalam sistem online (tak dapat siapkan sebab sistem menghadapi beberapa masalah teknikal ) dan satu lagi ialah kursus KBAT (Kemahiran Berfikir Aras Tinggi) atau nama lainnya sebelum ini, HOTs (High Order Thinking Skill). Kursus ini perlu dihadiri 30 jam dan akan bermula minggu depan 18hb Nov hingga 22 Nov bagi Daerah Kuala Pilah.             Sesi persekolahan 2013 meninggalkan beberapa warna warni yang melakari kanvas kehidupan saya sebagai pendidik. Antaranya anugerah sempena hari...