Skip to main content

Posts

Showing posts with the label PBS

Pentaksiran Pusat : Isu Hangat 2014

        Baru-baru ini, saya telah diberi peluang untuk menjadi salah seorang wakil sekolah bagi menghadiri taklimat penataran Pentaksiran Pusat bagi peringkat Negeri Sembilan. Apa itu pentaksiran pusat?         Pentaksiran Pusat merupakan salah satu cabang penilaian yang perlu di lengkapkan oleh para pelajar Tingkatan 3 didalam sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah. Jika sebelum ini, sehingga tahun 2013, pelajar-pelajar sekolah menengah seluruh Malaysia hanya mempunyai satu sahaja penilaian rasmi iaitu Penilaian Menengah Rendah (PMR) , maka melalui sistem Pentaksiran ini, pelajar-pelajar tingkatan 3 akan melalui 4 jenis penilaian iaitu Pentaksiran Berasaskan sekolah (PBS), Pentaksiran Pusat (PP), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dan juga Pentaksiran Psikometrik. Pentaksiran peringkat sekolah telah mula berjalan sejak mereka di tingkatan 1. Begitu juga PAJSK dan Psikometrik. Hanya pentaksiran pusat yang belu...

I-Think- Bubble Map dan Circle Map

Pada kursus Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) November 2013 yang lalu, saya dan rakan-rakan telah di dedahkan dengan kemahiran penggunaan 8 peta minda (I-think) iaitu :             1.  Peta Bulatan (Circle Map)             2.  Peta Buih (Bubble Map)             3.  Peta Carta Alir (Flow Chart Map)             4.  Peta Titi (Bridge Map)             5.  Peta Buih Berganda (Double Bubble Map)             6. Peta Pokok (Tree Map)             7. Peta Pelbagai Alir (Multi Flow Map)             8. Peta Dakap (Brace Map) Maka, berbekalkan ilmu I-Think diatas, saya sudah mengaplikasikan dua jenis peta minda untuk sesi p&p yang lalu. Seronok juga bila tengok hasil yang pelajar2 saya berikan. Walaupun belum menjadi krea...

Key-in PBS online

Entry ni dibuat sambil meng' key-in'  pencapaian band pelajar-pelajar di dalam sppbs. Sungguh membosankan, kerana tahap kelajuannya yang amat mendukacitakan. Nasib baiklah haritu dah masukkan pencapaian sehingga oktober. Tinggal bulan november je lepas buat band terkini bersama pelajar tadi di sekolah. Ini lah muka depan web page yang paling popular masa kini dikalangan guru-guru sekolah yang mengajar tingkatan 1 (popular sampai tak boleh nak masuk!) Cikgu sekolah menengah kena 'click' di bahagian sekolah menengah. Cikgu sekolah rendah di bahagian sekolah rendah. Bila dah masuk ke ruangan sekolah menengah tadi, jumpa lah page ni, dan guru kenalah 'click' di bahagian guru seperti diatas. Selepas tu keluar pula page ni, untuk guru-guru masukkan maklumat login dan kata laluan masing-masing. Ha... inilah muka seterusnya. Maklumat sekolah tempat mengajar tu akan dipaparkan pada page ini. Itu nama sekolah saya. Guru perlu 'click...

band 6 matematik yang memeningkan

Sudah berhari-hari malah berminggu-minggu saya pening memikirkan apakah soalan yg nak dibuat sebagai eviden band 6 matematik, B6D1E1. Untuk makluman , band 6 adalah band tertinggi yg boleh dicapai oleh pelajar dan kriterianya: B6D1E1 Menyelesaikan masalah matematik dalam suatu situasi dengan kaedah penemuan baru. Dibawah ini pula maksud band-band yg diwakili dgn 1, 2 , 3 , 4 , 5 dan 6 (Inilah ukuran standard pelajar yg diguna pakai untuk pelajar-pelajar sekolah menengah ini) KERANGKA STANDARD PRESTASI BAND STANDARD 1 Tahu 2 Tahu dan Faham 3 Tahu, Faham dan Boleh Buat 4 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab 5 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Terpuji 6 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Mithali Kalau kita lihat capaian band 6, pelajar mesti tahu, mesti faham, boleh buat dan adab mithali pula maksudnya boleh bantu rakan sebaya (al...

In house training PBS Matematik Ting 1 2012 di bilik dokumentasi

Pada jumaat yang lalu 27hb April, saya telah berjaya menunaikan tanggungjawab selaku wakil sekolah ke bengkel PBS matematik. Tanggungjawab untuk menghebahkan tentang PBS ini kepada rakan-rakan guru matematik yang lain. Secara ringkasnya, saya telah menyampaikan kepada mereka antara isi-isi penting PBS iaitu standard dokumen prestasi matematik, rekod transit dan serba sedikit berkaitan band 1 hingga band 6. Walaupun pelaksanaan sebenar masih kelam-kelam kabus namun saya cuba juga sedaya upaya agar mereka dapat memahami maksud tersirat disebalik dasar pendidikan yang terkini itu.  Duduk dibarisan hadapan itu ketua bidang sains matematik smk jelai cikgu sal dan ketua panitia matematik smk jelai, cikgu azura. Yang membelakangkan gambar dan duduk dengan bersopan santun sebelah kanan itu cikgu chin, dan yang sebelahnya lebih lagi sopan santunnya hehe cikgu wan.  Dalam gambar ini, membelakangkan kamera, cikgu Zai.  oh, Nampak rak kosong dibelakang saya? rak itu ak...

Pentaksiran Matematik Berasaskan Sekolah 2012

Pada 9 , 10 dan 12 April yang lalu, saya telah mewakili sekolah untuk hadir pada kursus pentaksiran berasaskan sekolah bagi subjek matematik. Ini kerana saya ada mengajar 2 kelas matematik tingkatan 1 sekolah saya. Kursus yang saya hadiri ini telah dijalankan di PPD Kuala Pilah. Secara umumnya, kursus ini memberi manfaat kepada saya kerana dengan menghadirinya, saya dapat mengetahui apakah objektif PBS ini yang begitu kabur pada saya sebelum ini. Secara ringkasnya, PBS matematikTingkatan 1 meliputi keseluruhan topik dan subtopik Matematik Tingkatan 1 yang dibahagikan kepada 70 elemen meliputi kesemua Band 1 hingga Band 6.  Walaupun pada mulanya agak sukar untuk kami guru-guru memahami apakah kehendak sebenar setiap band itu, tapi selepas melalui bengkel sehari lebih menyiapkan soalan-soalan mengikut descriptor, kami akhirnya berjaya menghasilkan 7 set soalan lengkap dari B1D1E1 hinggalah ke B6D1E1. Sekurang-kurangnya, kami telah mempunyai bank soalan yang sesuai untuk terus digun...