Wednesday, 7 November 2012

Key-in PBS online

Entry ni dibuat sambil meng'key-in'  pencapaian band pelajar-pelajar di dalam sppbs. Sungguh membosankan, kerana tahap kelajuannya yang amat mendukacitakan. Nasib baiklah haritu dah masukkan pencapaian sehingga oktober. Tinggal bulan november je lepas buat band terkini bersama pelajar tadi di sekolah.

Ini lah muka depan web page yang paling popular masa kini dikalangan guru-guru sekolah yang mengajar tingkatan 1 (popular sampai tak boleh nak masuk!)
Cikgu sekolah menengah kena 'click' di bahagian sekolah menengah. Cikgu sekolah rendah di bahagian sekolah rendah.


Bila dah masuk ke ruangan sekolah menengah tadi, jumpa lah page ni, dan guru kenalah 'click' di bahagian guru seperti diatas.



Selepas tu keluar pula page ni, untuk guru-guru masukkan maklumat login dan kata laluan masing-masing.




Ha... inilah muka seterusnya. Maklumat sekolah tempat mengajar tu akan dipaparkan pada page ini. Itu nama sekolah saya. Guru perlu 'click' pada kemasukan prestasi untuk 'click' band, dan boleh tengok keputusan pelajar pada laporan prestasi dibawahnya.


Hmm...sejak tadi saya terpusing pusing pada 4 page ini sahaja, langsung tak dapat masuk pada bahagian kemasukan prestasi tu. Asyik terkeluar semula ditendang. hadui...nampak gayanya kena lah ikut jejak rakan-rakan yang masukkan prestasi awal pagi atau awal subuh. Isteri GPK saya, set loceng awal pagi untuk 'key in' prestasi pelajar beliau.


>selamat masukkan pencapaian band tu cikgu. Jangan give up ye, kalau cikgu putus asa, kesian adik-adik form 1 saya nanti, dapat band rendah.

>>insyaAllah, saya tetap sabar demi budak-budak form1 tu. Dah penat kejar mereka untuk siapkan eviden, takkan taknak masukkan pencapaian mereka kan.. Senyum cikgu...senyum...kata JU saya,   PBS..Perlu Banyak Sabar..







No comments:

Post a Comment