Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Bola Jaring

kejohanan bola jaring daerah 2012

Entry ini sangat lambat. Lewat kerana tiada gambar yang bersesuaian (alasan!) Gambar ini pun diambil dari facebook galeri smk jelai. Kredit pada cikgu Fauzan. Tumpang guna gambar ye .. Oh apa yang saya nak laporkan ni? Pada 2 dan 3 Feb 2012, telah berlangsung kejohanan bola jaring peringkat daerah Kuala Pilah di SMK Zaaba. Buat pertama kalinya dalam kejohanan ini, SMK Jelai telah berjaya merangkul tempat ketiga kategori bawah 15 tahun. Pencapaian ini sangat membanggakan kerana tiap2 tahun sejak saya berada di smk jelai (ini tahun keempat) dan memegang jawatan sebagai guru penasihat bola jaring, inilah pertama kalinya kami berjaya membawa balik pingat. Selalunya bawa pulang sijil je, sijil penyertaan. Kejayaan ini hasil kerjasama kuat antara pelajar sepasukan dan tunjuk ajar bersama oleh puan halizah jauhari. Saya dan cikgu nadia pengurus pasukan je :) Ini afifah dan shahira. Watak utama kami. GS dan GA. Mereka berdua sangat hebat dalam menjaringkan gol sehingga membolehkan pasu...

Pengurus Pasukan Bola Jaring

Dua hari berturut-turut saya tidak hadir ke sekolah kerana menjadi pengurus pasukan bola jaring daerah Kuala pilah di kejohanan bola jaring MSSNS 2012 yang berlangsung 16 dan 17 februari. Sebenarnya, saya tidak pernah terlibat secara langsung dalam apa2 jua perlawanan sukan sebab memang seorang yang kaki bangku sejak kecil lagi.Tidak punya bakat dan minat untuk bermain secara aktif dalam apa2 acara sukan pun. Sejak menjadi guru (dulu 3 tahun mengajar di sekolah sukan bandar penawar) , walaupun pernah mengiringi pelajar ke Thailand untuk pertandingan di sana selama 2 minggu, tapi saya tetap tidak mengerti dan memahami apakah keseronokannya bersukan. Apa yang sering saya leterkan kepada pelajar "kenapa kamu ni aktif sangat kan dah ketinggalan dalam pelajaran".. "hmm saya takkan ulang lagi topik tersebut saya sudah ajar haritu, pandai2lah kamu nak bertanya dan belajar dengan kawan2 apa yang tertinggal". Tapi 2 hari yang saya lalui bersama pelajar di kejohanan ini, me...