Skip to main content

Posts

Showing posts with the label KBAT

I-Think- Bubble Map dan Circle Map

Pada kursus Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) November 2013 yang lalu, saya dan rakan-rakan telah di dedahkan dengan kemahiran penggunaan 8 peta minda (I-think) iaitu :             1.  Peta Bulatan (Circle Map)             2.  Peta Buih (Bubble Map)             3.  Peta Carta Alir (Flow Chart Map)             4.  Peta Titi (Bridge Map)             5.  Peta Buih Berganda (Double Bubble Map)             6. Peta Pokok (Tree Map)             7. Peta Pelbagai Alir (Multi Flow Map)             8. Peta Dakap (Brace Map) Maka, berbekalkan ilmu I-Think diatas, saya sudah mengaplikasikan dua jenis peta minda untuk sesi p&p yang lalu. Seronok juga bila tengok hasil yang pelajar2 saya berikan. Walaupun belum menjadi krea...

Kursus KBAT (Kemahiran Berfikir Aras Tinggi)

Pada permulaan cuti sekolah yang lalu, saya dan semua ahli panitia matematik sekolah telah dipanggil untuk menghadiri kursus KBAT (Kemahiran Berfikir Aras Tinggi), yang diadakan di PPD Kuala Pilah.           Kursus KBAT ini merupakan kursus yang wajib dihadiri oleh semua guru Matematik dan Sains sekolah menengah di Malaysia. Kursus ini wajib dihadiri selama 30 jam. Kami berkursus selama 5 hari , dari isnin hingga jumaat. Apa itu KBAT? KBAT adalah nama lain kepada HOTs(saya pernah buat satu entry berkaitan HOTs sebelum ini, anda boleh baca di sini )          Kenapa kursus KBAT ini begitu penting? Kursus ini memberi beberapa pendedahan kepada guru-guru tentang teknik-teknik yang boleh mereka aplikasikan sewaktu PdP, mendedahkan mereka dengan cara-cara penyediaan soalan mengikut standard peperiksaan, memperkenalkan bentuk-bentuk soalan yang dikatakan ber aras tinggi, menjawab pelbagai persoalan berkaitan soalan rutin atau bukan rutin. ...

Permulaan 2013 : HOTS (higher Order Thinking Skills)

Alhamdulillah menjengah kita semua ke tahun baru 2013. Mudah-mudahan segalanya dipermudahkan Allah. Tahun ni saya dipertanggungjawabkan dengan 2 kelas matematik tambahan SPM ting 5, 2 kelas matematik PBS (satu kelas ting 1 dan satu kelas ting 2), dan 1 kelas matematik PMR ting 3. Masih lagi guru penasihat pengakap, dan guru penasihat kelab Bola Jaring. Aktiviti pertama yang saya lakukan adalah memberi taklimat HOTS kepada rakan-rakan guru Matematik dan Sains semasa mesyuarat bidang kali pertama. Apa benda HOTS ni? HOTs adalah singkatan kepada Higher Order Thinking Skills. Guru perlu memperbanyakkan soalan berbentuk HOTs dikalangan pelajar ketika sesi P&P. Soalan yang dikategorikan Hots adalah jenis-jenis soalan yang memerlukan pelajar mengeluarkan idea kreatif dan inovatif mereka dalam menjawab soalan. Dalam bahasa ringkas, pelajar mesti BERFIKIR, untuk menjawab soalan-soalan HOTs. Untuk menjelaskan lagi bagaimana yang dikatakan HOTs ini, kita boleh membezakannya melalui...