Skip to main content

Posts

Showing posts with the label kisah dan tauladan

Teladan dari Rasulullah S.A.W

Kisah Rasulullah s.w.t sebagai pengajaran       1) Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa       perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan       keluarga mahupun untuk dijual.             2) Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap       di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya       untuk membantu isterinya di dapur. Sayidatina       'Aisyah menceritakan 'Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu       urusan rumahtangga.                   3) Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat  berangkat ke masjid, dan       cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang.'                   4) Pernah ...

Penghargaan yang membina

         Baru-baru ini, sekolah saya telah menganjurkan suatu program yang dinamakan Majlis Restu Redha Ilmu. Majlis ini diadakan dua kali, iaitu beberapa hari sebelum peperiksaan percubaan  pmr, dan sekali lagi ialah beberapa hari sebelum peperiksaan percubaan spm.          Secara ringkasnya, majlis ini adalah untuk meraikan para pelajar yang bakal menduduki peperiksaan, dan memberi peluang ibu bapa mereka mengucapkan sepatah dua kata kepada guru-guru yang mengajar anak mereka. Majlis ini dirancang dan dikelolakan sepenuhnya oleh guru kaunseling, Ustaz Asri dan dibantu oleh beberapa pelajar dan guru. Majlis dimulakan dengan bacaan yasin, dan doa, kemudian ucapan-ucapan terima kasih yang diberi oleh wakil pelajar, wakil ibu bapa dan wakil guru. Memetik kata Ustaz Asri, adalah penting kita sebagai ibu bapa minta dihalalkan segala ilmu yang dipelajari oleh si anak dari guru mereka, dan amat bermakna ucapan terima kasih daripada i...

Satu pintu tertutup, pintu lain terbuka

        Seorang lelaki yang menganggur memohon jawatan sebagai pelayan pejabat di sebuah syarikat komputer A. Pengurus perjawatan syarikat itu menemuduganya, kemudian memintanya menyapu lantai sebagai ujian.        "Anda diterima bekerja", kata pengurus itu. "Berikan alamat emel anda dan kami akan hantarkan surat lantikan, juga tarikh anda mula bekerja, melalui emel".         Lelaki itu menjawab, "maaf saya tidak mempunyai emel. Malah saya juga tidak memiliki komputer".         "Oh kalau begitu maafkan saya. Jika anda tidak ada emel, bermakna anda tiada kelayakan. Sesiapa yang tidak mempunyai kelayakan, tidak dapat memiliki pekerjaan," jawap si pengurus dengan sinis.        Nampaknya lelaki itu sama sekali tidak akan mendapat pekerjaan itu. Dia buntu dan tidak tahu apa yang harus dilakukannya. Sambil berjalan dengan fikirannya celaru memikirkan apa yang patut dilakukan seterusnya...

Si jujur yang tidak berputus asa

Tersebutlah kisah raja sebuah negeri yang aman makmur rakyatnya. Raja itu sudah tua tetapi tidak mempunyai putera sebagai pewaris takhtanya. Oleh kerana usianya yang lanjut, baginda pun berusaha untuk mendapatkan seorang pewaris dikalangan rakyatnya. Setelah menemukan cara untuk mempunyai waris takhta, baginda pun memanggil semua pemuda yang ada dalam negeri tersebut. Apabila semua pemuda-pemuda itu berkumpul, maka baginda pun menyuruh pembantu istana mengagihkan kepada setiap seorang mereka dengan sebiji pasu dan satu biji benih.Baginda bertitah "Barangsiapa yang dapat menumbuhkan dari biji benih ini suatu bunga yang paling cantik dalam masa enam bulan akan datang, maka beta akan lantik dia sebagai pewaris beta". Maka pulanglah semua pemuda itu dengan hati yang gembira lalu masing-masing berusaha untuk menanam biji benih tersebut. Seorang pemuda pulang kerumahnya selepas mendapat biji benih daripada raja itu. Dia menanam biji benih itu, tetapi selepas enam bulan, biji ...

Tukang Kayu dan rumahnya

        Seorang tukang kayu brcadang untuk bersara dari pekerjaannya disebuah syarikat perumahan. Dia berasa sudah terlalu penat dan ingin berehat menikmati sisa hidupnya dengan aman damai bersama isteri dan anak-anaknya.         Apabila hasrat itu disuarakan, pemilik syarikat perumahan itu berasa sedih kerana tukang kayu itu adalah antara pekerja terbaiknya. Lalu sebagai kenang-kenangan, dia meminta tukang kayu itu membina sebuah rumah untuknya.        Tukang kayu itu bersetuju walaupun sebenarnya dia merasa begitu 'terpaksa' memenuhi permintaan itu. Dia ingin segera berhenti. Dia melakukan pekerjaan itu tidak sepenuh hati dan menggunakan bahan-bahan la kadarnya sahaja.         Akhirnya rumah itu siap tetapi hasilnya bukanlah yang terbaik. Tukang kayu itu berasa sedikit kecewa kerana terpaksa mengakhiri kerjayanya dengan prestasi yang tidak mengkagumkan seperti sebelumnya. Ketika pemilik syarikat itu...

Rephrase... Bina semula ayat

Rephrase .. perkataan ini saya dapat ketika saya menghadiri bengkel "lesson plan addmath' anjuran PPD Kuala Pilah pada awal November 2011. Sejak itu, perkataan ini sering bermain2 di fikiran kerana saya amat yakin, kebanyakan kelemahan saya dalam menyampaikan ilmu matematik(terutamanya matematik tambahan) banyak dipengaruhi oleh faktor ini. Apa maksud sebenarnya? apa yang saya nak kongsi disini, ialah bagaimana seseorang guru menunjuk ajar anak muridnya, tetapi dengan menggunakan gaya bahasa, atau ayat yang salah. Bukan bermakna guru itu salah ajar atau tak pandai cakap, tapi percakapannya yang tidak dapat difahami oleh pelajarnya. Jika ayat yang guru katakan itu tidak difahami oleh pelajar, guru cenderung untuk mengulangi ayat tersebut dengan nada yang lebih jelas, dan perkataan sebutir, sebutir...tapi masih tidak difahami oleh pelajar. Sebenarnya, apa yang boleh guru lakukan, ialah berfikir sejenak, dan cuba lontarkan soalan dengan susunan ayat berbeza, tapi mempunyai maks...