Skip to main content

Tukang Kayu dan rumahnya

        Seorang tukang kayu brcadang untuk bersara dari pekerjaannya disebuah syarikat perumahan. Dia berasa sudah terlalu penat dan ingin berehat menikmati sisa hidupnya dengan aman damai bersama isteri dan anak-anaknya.

        Apabila hasrat itu disuarakan, pemilik syarikat perumahan itu berasa sedih kerana tukang kayu itu adalah antara pekerja terbaiknya. Lalu sebagai kenang-kenangan, dia meminta tukang kayu itu membina sebuah rumah untuknya.

       Tukang kayu itu bersetuju walaupun sebenarnya dia merasa begitu 'terpaksa' memenuhi permintaan itu. Dia ingin segera berhenti. Dia melakukan pekerjaan itu tidak sepenuh hati dan menggunakan bahan-bahan la kadarnya sahaja.

        Akhirnya rumah itu siap tetapi hasilnya bukanlah yang terbaik. Tukang kayu itu berasa sedikit kecewa kerana terpaksa mengakhiri kerjayanya dengan prestasi yang tidak mengkagumkan seperti sebelumnya.
Ketika pemilik syarikat itu datang melihat rumah yang baru siap itu, dia menyerahkan kunci rumah kepada si tukang kayu itu.

     "Ini adalah rumahmu. Hadiah dari kami", katanya.

       Tukang kayu itu sungguh terkejut. Betapa malu dan menyesalnya dia. Sekiranya tahu dia diminta membina rumah untuk dirinya sendiri, tentunya dia akan melakukan yang terbaik. Kini dia terpaksa tinggal di sebuah rumah yang tidak begitu bagus hasil ciptaannya sendiri.

       Apa tujuannya saya menaip cerita yang saya temui di dalam akhbar utusan melayu ini? Kebanyakan dari kita seringkali memilih untuk berusaha sekadarnya sahaja berbanding membuat yang terbaik. Malah ketika saat-saat penting dalam hidup, kita juga tidak mahu memberikan yang terbaik. Seorang pelajar yang cemerlang matematik sejak sekolah rendah, mendapat A dalam UPSR, A dalam PMR tetapi hanya sekadar cukupnya sahaja dalam SPM. Inikah pengakhiran yang anda mahu dalam sejarah anda sebagai seorang pelajar sekolah?
   
        Tidak kira apa alasannya, tidak kira apa kekurangannya, jika anda berusaha yang terbaik, bertekad dan bersungguh untuk dapat yang terbaik,dan merancang strategi untuk dapat yang terbaik, pasti anda akan berpuas hati dengan hasilnya, dan mengenang sejarah itu sebagai suatu kenangan yang manis di kemudian hari.





> cikgu, kalau dah usaha yang terbaik tapi masih tak cemerlang addmath, macam mana cikgu?
>> hmmm...kalau dah berusaha tetapi masih tidak berjaya, itu adalah qada' dan qadar tuhan, mungkin dia mengatur sesuatu yang terbaik untuk kamu di masa akan datang. Yang penting, jangan putus harapan pada Allah, dan jangan berhenti dari  lakukan yang terbaik!




Comments

Popular posts from this blog

20 Aktiviti untuk Pelajar Pasca PT3

Setelah selesai Pentaksiran PT3, waktu persekolahan masih ada berbaki lagi sebulan lebih bagi pelajar-pelajar tingkatan 3. Nak belajar lagi? Rasanya inilah ruang dan waktu untuk mereka melepaskan tekanan selepas berusaha bersungguh-sungguh belajar dari awal tahun untuk memastikan kecemerlangan dalam pencapaian akademik mereka.  Apa yang boleh dilakukan oleh para pelajar? Aktiviti yang masih berada dalam skop pembelajaran, pdp luar bilik darjah. Sekolah saya telah menetapkan bahawa pelajar-pelajar ini akan di kawal selia oleh satu unit panitia sekurang-kurangnya 3 kali pertemuan di sepanjang tempoh program pasca. Guru-guru yang terlibat akan merancang dan menjalankan aktiviti sepanjang waktu pdp sehari bersama panitia yang ditetapkan. Berikut saya kongsikan antara aktiviti-aktiviti yang telah dilakukan oleh pelajar pasca pt3 2017 sekolah saya. 1. English Day Carnival     Antara aktiviti yang dilakukan sepanjang sehari ini ialah explorace dan treasure hunt. ...

8 TIPS CEMERLANG MATEMATIK TAMBAHAN

8 TIPS CEMERLANG MATEMATIK TAMBAHAN 1.     Pelajar memang hendak belajar. (tidak dipaksa) 2.     Pelajar sanggup untuk berusaha .(Kamu perlu membuat semua latihan yang diarahkan oleh guru tanpa merungut, dan membuat semula semua pembetulan bagi setiap kesalahan yang telah dibincangkan) 3.     Mempunyai semangat untuk bersungguh-sungguh. Mempunyai keazaman yang tinggi (Jika kamu tidak dapat menjawab soalan yang diberi, kamu akan mencari jawapan dari sumber rujukan dan sedaya upaya berusaha untuk menyelesaikannya, tanpa berhenti separuh jalan) 4.     Bina kebolehan untuk fokus pada sesi pembelajaran , belajar untuk ‘ block ’ semua gangguan-gangguan yang menghalang kelancaran kamu belajar( Jauhkan diri/simpan semua telefon, ‘ facebook ’, tv dan sebagainya. ) 5.     Beri tumpuan kepada proses membuat latih tubi matematik sekurang-kurangnya 2 jam secara berterusan seminggu sekali. ...

Tema colour blocking untuk hari guru 2018

         Sambutan hari guru tahun ni meriah sungguh dengan pelbagai warna warni pakaian guru2 smk durian mas. Tema colour blocking sememangnya tema yg menarik kerana guru2 dikehendaki memakai pakaian yg berbeza2 dan kontra warna nya. Tidak boleh sama kaler tudung dgn kaler baju dengan kaler kain dengan kaler kasut dengan kaler handbag hehehehe memang puas juga lah membuka wardrobe dan menyuai padan semua kaler2 baju sedia ada hihihi 😁         Semua rakan guru tak kira lelaki atau wanita mmg bersatu hati memenuhi kehendak tema. Saya kebetulan merupakan guru bertugas minggu ni. Jadi tak dpt sama2 berselfie masa pagi sebelum semua guru bersedia berarak dan masuk ke dewan dmas. Anggun, jelita, hensem, gojes semua rakan2 guru 😍 colourful hehehe Walaupun kami bertugas mengawal murid2, nak selfie jugak hahahaha Aktiviti hari guru adalah seperti masa2 sambutan yg lalu, membaca perutusan dari pihak2 atas...