Skip to main content

Posts

Showing posts with the label markisa

Markisa semakin lebat :)

             Dulu saya ada buat satu entry berkaitan pohon markisa saya yang sepokok. Macam-macam teori saya keluarkan kerana pohon itu lambat mengeluarkan hasil. Tapi setelah lebih dua tahun pokok itu ditanam, ia memang telah mengeluarkan hasil yang sangat menggembirakan untuk dimakan oleh seisi keluarga. Malahan markisa nan sepohon itu juga sudah banyak kali dapat disedekahkan kepada jiran sebelah menyebelah.            Kakak saya juga telah berjaya membuat kek markisa dari buah tanaman suami itu. Tambahan lagi, jiran saya juga telah menanam sepohon markisa di tanahnya, hasil dari biji benih markisa yang saya beri... Alhamdulillah...dari cik mes, dipanjang2 hasilnya hingga ramai yang mendapat manfaat.. Sukaaaaa~~  :) Bunga markisa saya berwarna putih. Taktau apa nama saintifiknya. Kawan2 pantai timur memanggilnya buah oren. Kawan2 negeri sembilan memanggilnya buah susu. Nama inggerisnya Passion fruit  ...

pokok markisa dah berbuah :)

excited! inilah perkataan yang bersimpang siur sejak saya menemui putik buah markisa pada pokok yang ditanam melebihi setahun yang lalu. Pohon markisa ini, diberikan oleh Cik Mes, dan ditanam oleh suami di tepi pagar rumah kami sejak setahun lalu. Cik Mes kata, dalam tempoh 8 bulan biasanya ia akan mengeluarkan buah. Namun, pokok markisa saya hanya lebat daun, melampau2 banyak daunnya subur menghijau, tapi tidak langsung berbunga, apatah lagi berbuah walaupun hampir setahun berlalu. Saya pun mula lah meng'google' info2 berkaitan markisa di internet, dan membuat pelbagai2 andaian berdasarkan info yang ditemui. Contoh andaian saya,       1. pokok markisa saya hanya sepohon, dan mungkin tiada pembiakan pendebungaan berlaku menyebabkan ia tidak mahu mengeluarkan bunga (hahaha maklumlah takde ilmu pertanian main belasah je buat andaian).        2. pokok markisa saya tidak mahu berbuah kerana saya tidak buat apa-apa para pun yang membantu ia menjalar. Ha...