Skip to main content

Posts

Showing posts with the label guru penyayang

Guru Penyayang? Perlu di dokumentasikan?

         Memerhatikan seorang rakan guru yang masih menunggu di pejabat selepas 15 minit waktu punch card, saya terpanggil untuk bertanya, "Buat apa lagi tak balik ni kak?,". "Tengah tunggu pelajar, ada hal sikit," jawabnya perlahan sambil tersenyum manis.            Pelajar-pelajar sekolah pada masa itu sedang berkumpul di dewan terbuka sekolah kerana ada sedikit taklimat selepas waktu persekolahan. Cikgu-cikgu lain semuanya sudah menderu pulang dengan kenderaan masing-masing. Saya ada sedikit hal di pejabat. Maka apabila selesai urusan saya, kelihatan dewan terbuka yang sudah lengang, tinggal beberapa pelajar yang dihampiri oleh rakan guru yang menunggu tadi.            "Tahniah ye, diatas kejayaan peperiksaan PMR kamu yang lalu," saya terdengar rakan guru tersebut berkata. Saya memperlahankan langkah saya. Rakan guru saya itu menghulurkan kertas angpau merah yang saya yakin berisi 'hadiah'...