Skip to main content

Posts

Showing posts with the label catatan peribadiku

new year, new environment, new task

Setahun sudah berlalu sejak post yang terakhir dalam blog ni. haachummmm~~! berhabuk dan bersawang tak berjenguk dan tak berkemas dan tak ber update. Dah bermacam-macam peristiwa / event / cerita / kisah / ujian / dugaan pahit dan manis yang berlaku dalam hidup saya dalam tempoh setahun sejak post saya yang terakhir. Peristiwa2 yang kejap rasa nak update, kejap lupa, kejap rasa malas update, lepas tu teringat terkenang2 hahaha (kan senang kalau cakap ko malas jek) hiiihiii Tapi yang paling menyayat hati saya, adalah peristiwa handphone kesayangan yang rosak teruk dan tidak dapat diselamatkan..huhuhu...sedih yang tak dapat nak diungkap dengan apa jua kata2 pun. terlalu banyak kenangan dan screenshot motivasi dan resepi dan lagu dan ceramah2 motivasi dan nombor phone semua kenalan dan gambar2 di dalamnya yang sukar diganti dengan 10 ke 100 pun handphone baru. tak akan sama. tak akan sama. Tapi itulah, Allah menguji. Kita bersabar. Moga Allah menggantikan kehilangan dengan perkara...

Santai di Laman Basikal Seremban

            Petang hujung minggu. Kami meluangkan masa ke Laman Basikal yang terletak di Jalan Keliling, Seremban. Kawasan ini dicadangkan oleh sahabat baik saya, Sha ketika kami berbual tentang anak-anak saya yang telah menambah ilmu kehidupan mereka dengan kebolehan menunggang basikal dua tayar.             Setelah bertahun Lukhman dan Yussuf menunggang basikal dengan 4 tayar, tahun ini, saya dan suami memutuskan untuk mengajar mereka menunggang tanpa bantuan tayar tambahan. Saya sendiri mula menunggang basikal dua tayar seawal 6 tahun. Anak saya dah 7 tahun masih tak pandai tunggang basikal? Tak boleh, tak boleh...tak boleh jadi ni. Tu yang nekad nak ajar jugak tu. Tak di ajar, manalah nak pandai, kan? huhu... Hasilnya memang berbaloi. Tak sampai 2 hari, mereka dah boleh menunggang sendiri dengan dua tayar. Mungkin pada pembaca, ini biasa sahaja. Tapi ini merupakan satu pencapaian istimewa untuk anak-anak saya. Mereka...

Berkayak di Blue Lagoon, Port Dickson

     Menghabiskan hujung minggu berehat bersama keluarga..adalah sesuatu yang sangat menggembirakan. Lokasi kami di Seremban membolehkan kami menikmati beberapa kemudahan perkelahan yang bersesuaian, ekonomi dan tidak perlu pergi jauh. Jika ingin ke air terjun, Hutan lipur Ulu Bendul hanya sekitar 15 minit. Jika ingin menikmati nyamannya pantai, Port Dickson hanya dalam 25 minit. Ada juga Kolam Air Panas Pedas yang lebih dekat, dalam 10 minit dari rumah.       Hujung minggu bermulanya cuti sekolah, saya dan suami bersepakat melayan anak mandi manda di Port Dickson. Lokasi yang sering menjadi pilihan kami ialah Pantai Laguna Biru, atau Blue Lagoon  yang terletak dalam 4 km melepasi Politeknik Port Dickson, dari arah Teluk Kemang. Kawasan Blue lagoon ini kelihatan seperti teluk, terlindung dari angin kencang, dan ada pokok2 untuk menumpang teduh. Kawasan letak kereta pun dekat je dengan pantai. Ada juga kedai-kedai jualan walaupun tidak sebanyak d...

projek menyiapkan gaun dan beg kain

Gembira sungguh cuti sekolah kali ni. Bermacam-macam aktiviti yang menyeronokkan saya dan anak2 lakukan. Cuti hujung tahun kali ni, saya menolak menjaga peperiksaan spm (terima kasih ustaz Mahyudin yang memahami) , saya juga menolak dari menanda kertas peperiksaan spm (terima kasih cikgu Lim yang memahami), saya mengahabiskan waktu dengan menambah baik diri saya sebagai seorang isteri dan ibu kepada 3 cahaya mata tersayang. Alhamdulillah, terima kasih ya Allah atas kesempatan ini. Antara aktiviti yang saya lakukan ialah menyiapkan sehelai gaun untuk dipakai oleh anak dara saya. Saya bukanlah seorang yang pandai menjahit. Tiada bakat dalam jahitan. Cuma mempunyai beberapa pengetahuan asas tentang jahitan kerana pembelajaran KH ERT di sekolah dulu, dan juga bimbingan emak yang mahir menjahit hingga boleh mengambil tempahan jahitan ketika mudanya. Dari dulu, apa sahaja hasil jahitan saya sering mendapat kritikan percuma ahli keluarga, kerana masalah utama saya ialah 'nak cepat siap...

Kursus KBAT (Kemahiran Berfikir Aras Tinggi)

Pada permulaan cuti sekolah yang lalu, saya dan semua ahli panitia matematik sekolah telah dipanggil untuk menghadiri kursus KBAT (Kemahiran Berfikir Aras Tinggi), yang diadakan di PPD Kuala Pilah.           Kursus KBAT ini merupakan kursus yang wajib dihadiri oleh semua guru Matematik dan Sains sekolah menengah di Malaysia. Kursus ini wajib dihadiri selama 30 jam. Kami berkursus selama 5 hari , dari isnin hingga jumaat. Apa itu KBAT? KBAT adalah nama lain kepada HOTs(saya pernah buat satu entry berkaitan HOTs sebelum ini, anda boleh baca di sini )          Kenapa kursus KBAT ini begitu penting? Kursus ini memberi beberapa pendedahan kepada guru-guru tentang teknik-teknik yang boleh mereka aplikasikan sewaktu PdP, mendedahkan mereka dengan cara-cara penyediaan soalan mengikut standard peperiksaan, memperkenalkan bentuk-bentuk soalan yang dikatakan ber aras tinggi, menjawab pelbagai persoalan berkaitan soalan rutin atau bukan rutin. ...