Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2017

Semalam di kuala terengganu

Apa yg istimewanya di Kuala Terengganu semalam? Istimewanya kerana buat pertama kali saya berjalan dengan hanya kelima-lima anak saya :) Permulaan cuti sekolah seminggu pada hujung bulan Ogos 2017. Dihujungnya ada hari raya Aidiladha. Saya pula sedang menghabiskan baki terakhir cuti bersalin. Dalam tempoh beberapa hari lagi selepas buka cuti sek ni, saya akan mula bekerja semula. Jadi saya ingin mengambil kesempatan ini untuk berjalan2 bersama keluarga. Maklumlah baru habis pantang. Tapi suami saya nak pegi ride. Dah lama dia merancang ride ke Kemboja ini. Ride amal korban bersama teman-teman bikers nya dari Seremban. Pose istimewa bersama anak2 sebelum bertolak. Saya kerah anak2 utk bangun semuanya di awal pagi cuti ni sebelum ayah mereka bertolak  supaya anak2 semua tahu ayah mereka nak pergi mana. Takdelah nanti asyik tanya saya "ayah ke mana ibu?" "ayah pergi mana ibu?"   Semoga selamat dalam perjalanan pergi dan balik. Fi amanillah. Maka