Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2018

Kejohanan Badminton zon Bukit Besi 2018

Baru saja selesai acara kejohanan badminton peringkat zon di sek mrsm imtiaz. Pada tahun ini, saya telah dilantik menjadi guru penasihat kelab badminton sekolah. Ini suatu perkara yg sangat baru sejak saya menjadi guru penasihat kelab persatuan bagi mana-mana sekolah yang saya berkhidmat. Dari sekolah sukan, ke damai jaya, ke jelai hingga sekarang ke durian mas. Walaupun badminton permainan yang pernah saya main sejak kecil sebab abah belikan raket nya, pernah bersama abah dan mak menonton thomas cup semasa Malaysia berjaya menjuarai nya suatu tahun dahulu, membeli komik dan menonton cerita anak anak sidek, dan antara mainan sukan yang dimainkan bersama anak-anak di petang hari. Tapi menjadi guru penasihatnya adalah tetap suatu yang baru bagi saya.  Segala gala tentang badminton ini juga menjadi seakan benda baru bagi saya. Peraturan nya, pengadilan nya, pengiraan markahnya, cara in dan out ketika permainan berlangsung. Saya juga belajar bagaimana mahu menilai pemain berbakat