Skip to main content

Posts

Showing posts with the label tips addmath

10 Perangkap yang dilalui semasa ulangkaji Matematik Tambahan

Sebagai pelajar, ada beberapa perkara yang sering bermain di dalam minda tentang sesuatu subjek, terutamanya subjek matematik tambahan. Pastikan anda mengambil tindakan untuk setiap permainan minda tersebut. 1. "Saya tidak tahu di mana nak mula"      Ini masalah biasa. Jangan cepat rasa gelabah. Biasalah kalau anda bingung dengan jumlah topik yang banyak. Matematik Tambahan mempunyai 21 topik utama, itu belum dikira subtopik-subtopiknya lagi. Mulakan dengan membuat senarai sukatan pelajaran sebagai senarai semak apa yang sudah atau belum diulangkaji. Kalau dah sudah faham dan ulangkaji, tandakan  '/ ' menunjukkan anda sudah ulangkaji subtopik tersebut. Bila anda sedar yang banyak lagi topik belum study, tentu anda tidak akan buang masa kepada perkara-perkara lain. Checklist ini tak semestinya perlu bertaip, tulis saja dengan tangan, yang penting ada, supaya anda tahu apa yang sudah, dan apa yang belum diulangkaji. 2. "Banyaknya nak belajar...dan ma...

8 TIPS CEMERLANG MATEMATIK TAMBAHAN

8 TIPS CEMERLANG MATEMATIK TAMBAHAN 1.     Pelajar memang hendak belajar. (tidak dipaksa) 2.     Pelajar sanggup untuk berusaha .(Kamu perlu membuat semua latihan yang diarahkan oleh guru tanpa merungut, dan membuat semula semua pembetulan bagi setiap kesalahan yang telah dibincangkan) 3.     Mempunyai semangat untuk bersungguh-sungguh. Mempunyai keazaman yang tinggi (Jika kamu tidak dapat menjawab soalan yang diberi, kamu akan mencari jawapan dari sumber rujukan dan sedaya upaya berusaha untuk menyelesaikannya, tanpa berhenti separuh jalan) 4.     Bina kebolehan untuk fokus pada sesi pembelajaran , belajar untuk ‘ block ’ semua gangguan-gangguan yang menghalang kelancaran kamu belajar( Jauhkan diri/simpan semua telefon, ‘ facebook ’, tv dan sebagainya. ) 5.     Beri tumpuan kepada proses membuat latih tubi matematik sekurang-kurangnya 2 jam secara berterusan seminggu sekali. ...

susah senang bersama addmath :)

karikatur oleh anna izzat  http://annadomo-kun.blogspot.com Saya percaya ramai pelajar pernah menghadapi keadaan seperti yang dialami oleh anna dalam kartun seperti diatas :) Teruskan usaha, jangan putus asa ye.. Jangan ikut fasa kritikal tu tau. Kalau dah buntu, esoknya pergi sekolah, tanyalah dengan guru atau kawan-kawan yang tau. Ingat, jangan simpan lama2 masalah addmath tu, semakin disimpan tak bertanya, akan semakin banyak yang anda tak tau nanti. Susah senang bersama addmath. pasti anda akan menghargai kenangan bersamanya suatu hari selepas spm nanti :)

Nak kena score ke subjek addmath ni?

>>Eh! Mestilah kena score! Sia-sia belajar dua tahun susah payah, lepas tu tak keluar dalam sijil spm sebab tak lulus. Kan ke rugi dan buat kerja bodoh dua tahun? Baik tak payah ambil subjek ni kalau tak keluar kat sijil spm. Tapi susah la subjek ni cikgu, tak minat pulak tu..macamana nak score ? >> usahalah, kalau tak nak cuba, mana tau boleh berjaya? nak makan nasi pun kena usaha masukkan nasi ke mulut, kena kunyah baru telan. Baru kenyang. Mana ada kejayaan tanpa usaha. Petik jari je, semua dapat. cerita kartun, bolehla. Pasal minat tu, boleh dipupuk. Orang tua kata, tak kenal maka tak cinta. Alah cikgu, cikgu cakap memangla senang. Sebab cikgu, cikgu addmath . >> eh, awak ni! awak ingat saya keluar keluar dari perut mak saya, terus pandai ke? Saya pun belajar jugak macam awak, sampai lewat malam..nak berjaya punya pasal. Emm..kenapa nak kena score cikgu? ada tak sebab lain selain sebab nak ada dalam sijil. kalau macam tu, lulus cukup makan pun ok kan ...

Mari cuba cara hilangkan mengantuk dalam kelas

Memang sukar nak menumpu perhatian bila belajar dalam keadaan mengantuk. Ada banyak faktor2 yang menyebabkan mengantuk. Faktor paling popular dikalangan pelajar adalah kerana  tidur lewat pada malam sebelumnya,  tidak cukup 'warming up' (ni kalau pagi2 dah mengantuk kat kelas) terlebih bermain sampai kepenatan (ni kes mengantuk lepas aktiviti pjk) baru lepas makan makanan berat (ni kes mengantuk di tengahari lepas rehat) bosan dengan guru mengajar  Mungkin ada juga faktor2 lain kerana individu ada macam2 ragam. Berikut merupakan beberapa cara yang boleh di praktikkan untuk hilangkan rasa mengantuk, dengan harapan dapat fokus semula ketika belajar di kelas. Minum air masak . Otak perlukan banyak air untuk berfungsi dengan baik. Kalau dah tau hari tersebut ada aktiviti pjk, bawalah air masak botol besar. Lepas bersukan, badan kehilangan banyak air melalui perpeluhan, maka anda perlukan air yang mencukupi untuk tampung 'air' yang hilang. Bawalah send...

Saya ada masalah dengan Permutations.....Combinations

Ini adalah topik dalam addmath yg paling sukar bagi saya untuk diajar kepada anak2 murid. Entah kenapa.dari sejak zaman pelajar hingga dah jadi pengajar ni, topik nilah yang paling 'problem' sekali. Sangat ngeri bila nak sampai jek kat topik 6 form 5. Tapi tetap terpaksa ajar juga nak tak nak. Memang selalunya, mengaku kelemahan sendiri, dan minta maaf dgn kekurangan sendiri. Alhamdulillah, setakat ni anak2 murid nampaknya memahami 'kelemahan' cikgu mereka ni. Tapi, untuk tidak berterusan memalukan diri sendiri setiap tahun(sebenarnya ni baru tahun ke 2 ajar form 5), maka saya bertekad, lepas ni tak boleh tunjuk lemah lagi bila sampai bab ni. Kena study macamana nak mudahkan, dan fahamkan pelajar tentang topik ni. Terlebih dulu, cikgunya kena tahu beza antara permutations dan combinations. Saya telah menemui satu laman web yg 'explain' dengan mudah tentang dua perkara ni. Thanks. Mudah-mudahan permutations dan combinations tidak lagi menjadi fobia bagi say...

simple tips for my students

Antara tips-tips  untuk berjaya menjawab dengan cemerlang kertas matematik tambahan anda: 1) Telah membuat banyak latih tubi dengan bersungguh-sungguh 2) Bertenang ketika di dalam dewan peperiksaan 3) Baca soalan dengan teliti, jangan gopoh,fahami apakah kehendak soalan, berfikir dan ingati balik soalan tersebut dalam bab apa. Ini untuk memudahkan anda merancang formula apa nak guna, tengok juga soalan keberapakah ia berada. Contoh paling mudah :          Soalan no 3, kertas 1. tapi ada perkataan 'tangent' didalamnya. Pelajar akan keliru bahawa bila tangent, ini ialah dy/dx. Tapi tidak sebenarnya. Kerana ia no 3, sebenarnya ia bab awal.Jadi ia terletak pada topik quadratic equation.Persamaan menyentuh satu titik. 4) Jawab soalan yang anda tahu dahulu. Selak satu persatu, jawab, sehingga muka surat akhir soalan. Memang lumrah jika pelajar 'stuck' ketika sedang menjawab. Ini bukan bermakna anda tak tahu, tapi idea itu mmg tiba2 lost.Tarik nafas panjang...