Skip to main content

Nak kena score ke subjek addmath ni?

>>Eh! Mestilah kena score! Sia-sia belajar dua tahun susah payah, lepas tu tak keluar dalam sijil spm sebab tak lulus. Kan ke rugi dan buat kerja bodoh dua tahun? Baik tak payah ambil subjek ni kalau tak keluar kat sijil spm.


Tapi susah la subjek ni cikgu, tak minat pulak tu..macamana nak score?
>> usahalah, kalau tak nak cuba, mana tau boleh berjaya? nak makan nasi pun kena usaha masukkan nasi ke mulut, kena kunyah baru telan. Baru kenyang. Mana ada kejayaan tanpa usaha. Petik jari je, semua dapat. cerita kartun, bolehla. Pasal minat tu, boleh dipupuk. Orang tua kata, tak kenal maka tak cinta.

Alah cikgu, cikgu cakap memangla senang. Sebab cikgu, cikgu addmath.
>> eh, awak ni! awak ingat saya keluar keluar dari perut mak saya, terus pandai ke? Saya pun belajar jugak macam awak, sampai lewat malam..nak berjaya punya pasal.

Emm..kenapa nak kena score cikgu? ada tak sebab lain selain sebab nak ada dalam sijil. kalau macam tu, lulus cukup makan pun ok kan cikgu.
>> Ha, ni saya tunjukkan sebab awak perlu score subjek addmath ni.


Syarat kemasukan ke Matrikulasi KPM

Kelayakan Untuk Memohon
Pemohon mestilah pelajar bumiputera warganegara Malaysia yang berumur tidak melebihi 20 tahun pada 1 Januari 2012 dan menghantar borang permohonan sebelum atau pada 10 Oktober 2011. Pelajar juga perlu mendaftar dan mengambil mata pelajaran berikut dalam Peperiksaan SPM tahun 2011.
Bagi mengikuti Jurusan Sains (M001) :Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan, Kimia dan Fizik atau Biologi.
>> nak sambung belajar bahagian sains, addmath salah satu syarat wajib.
Bagi mengikuti Jurusan Perakaunan (M003) :
Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan dan mana – mana dua mata pelajaran daripada Prinsip Perakaunan, Ekonomi Asas, Perdagangan, Pengajian Keusahawanan, Sains, Sains Tambahan, Fizik, Kimia, Biologi dan Mata Pelajaran Teknik (Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik / Teknologi Kejuruteraan / Lukisan Kejuruteraan).
>> nak sambung bahagian akaun, addmath salah satu syarat wajib.
Bagi mengikuti Aliran Teknikal (M007) :Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan, Kimia, Fizik, dan mana-mana satu mata pelajaran daripada Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik / Teknologi Kejuruteraan.
>> nak sambung bahagian teknikal, addmath salah satu syarat wajib.

Sumber : Permohonan Kemasukan Matrikulasi KPM 2012/2013 - permohonan online | illustrasiaku .com 







>>Ada lagi, ni contohnya nak mohon biasiswa. Berikut adalah syarat untuk dapatkan penajaan pendidikan petronas dalam salah satu kursus yang ditawarkan.




Program Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian)

  • Kejuruteraan Awam
  • Kejuruteraan Elektrik & Elektronik
  • Kejuruteraan Kimia
  • Kejuruteraan Mekanikal
  • Kejuruteraan Petroleum

Program Sarjana Muda Teknologi (Kepujian)

  • Petroleum Geosains

Kelayakan Akademik

Memperolehi sekurang-kurangnya A- dalam 9 matapelajaran dalam keputusan SPM 2010 seperti berikut;
Memperolehi sekurang-kurangnya A- untuk 6 matapelajaran berikut:
  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Matematik
  • Matematik Tambahan
  • Kimia
  • Fizik
DAN
  • Memperolehi sekurang-kurangnya gred A- dalam 3 matapelajaran lain



>> sangat jelas,  semua subjek kejuruteraan memang letakkan addmath sebagai syarat wajib.





Program Sarjana Muda Teknologi (Kepujian)

  • Teknologi Maklumat & Komunikasi
  • Sistem Maklumat Perniagaan

Kelayakan Akademik

Memperolehi sekurang-kurangnya A- dalam 9 matapelajaran dalam keputusan SPM 2010 seperti berikut;
Memperolehi sekurang-kurangnya gred A- dalam 3 matapelajaran berikut:
  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Matematik
DAN
Memperolehi sekurang-kurangnya gred A- untuk mana-mana 3 matapelajaran berikut:
  • Kimia
  • Fizik
  • Biologi
  • Sains
  • Sejarah
  • Geografi
  • Sains Tambahan
  • Matematik Tambahan
  • Asas Perakaunan
  • Ekonomi Asas
  • Perdagangan
  • Prinsip Akaun
  • Teknologi Maklumat
  • Asas Pemprosesan Maklumat
DAN
  • Memperolehi sekurang-kurangnya gred A- dalam 3 mata pelajaran lain. Mata pelajaran tersebut boleh dipilih daripada senarai di atas atau mata pelajaran yang tidak tersenarai.

>> cuba lihat, kursus komunikasi dan kursus perniagaan juga ada letakkan addmath sebagai syarat.


>>ok, yang ni pulak syarat nak masuk uitm bahagian undang-undang. Patutnya undang-undang bukan bidang sains teknologi kan?(pada fikiran kita), tapi cuba lihat syaratnya:

Sarjana Muda Pengajian Undang-undang (Kepujian)
LW213 / EL00
6 Semester

Lulus SPM/ Setaraf dengan kepujian dalam Bahasa Inggeris gred 3B dan Matematik / Matematik Tambahan gred 6C

>> cuba lihat, nak masuk bahagian undang-undang pun mereka letakkan addmath sebagai syarat.





>>Apa yang saya paparkan di atas tu hanya sebahagian dari bermacam2 lagi kursus selepas spm.  Hanya tunjuk sikit je, sekurang2nya nak bagi awak sedar. Zaman sekarang ni, awak ada banyak pesaing tau tak? Ramai lagi pelajar yang cemerlang dan kalau awak sebagai orang yang terlibat  untuk memilih siapa yang layak, tentu awak pilih budak yang dapat A untuk di terima masuk, berbanding yang dapat E. Sebab itulah kena score. Saya tidaklah kata orang yang tak ambil addmath  tak boleh berjaya. Laluan dia lain, laluan awak lain. Kalau awak dah berada di laluan shortcut untuk sampai pada kejayaan, kenapa mesti awak nak sia2 kannya? Pepatah kata, dimana ada kemahuan, di situ ada jalan. Orang sekarang kata, dimana ada kemahuan, di situ ada highway. Kalau awak dah ada jalan highway kat depan, buat apa nak lalu jalan tanah merah pula? Apa yang perlu awak buat kalau nak lalu highway, kena lah bayar tol. Maksudnya, kena lah bayar sesuatu, iaitu sanggup usaha yang sungguh2 untuk itu. Ini kiasan. Awak dah pening kepala ke? Dah, pergilah balik kelas. Fikirkan apa yang saya cakap ni, fikirkan apa yang awak nak untuk masa depan awak. Lain kali kita bual lagi.



                           

Comments

Popular posts from this blog

Tema colour blocking untuk hari guru 2018

         Sambutan hari guru tahun ni meriah sungguh dengan pelbagai warna warni pakaian guru2 smk durian mas. Tema colour blocking sememangnya tema yg menarik kerana guru2 dikehendaki memakai pakaian yg berbeza2 dan kontra warna nya. Tidak boleh sama kaler tudung dgn kaler baju dengan kaler kain dengan kaler kasut dengan kaler handbag hehehehe memang puas juga lah membuka wardrobe dan menyuai padan semua kaler2 baju sedia ada hihihi 😁         Semua rakan guru tak kira lelaki atau wanita mmg bersatu hati memenuhi kehendak tema. Saya kebetulan merupakan guru bertugas minggu ni. Jadi tak dpt sama2 berselfie masa pagi sebelum semua guru bersedia berarak dan masuk ke dewan dmas. Anggun, jelita, hensem, gojes semua rakan2 guru 😍 colourful hehehe Walaupun kami bertugas mengawal murid2, nak selfie jugak hahahaha Aktiviti hari guru adalah seperti masa2 sambutan yg lalu, membaca perutusan dari pihak2 atasan seperti kppm dan jpn, sukaneka, persembah

Fibroid : Wanita tanpa rahim

Ini cerita saya yg terkini. 2019 yg penuh memori. Gambar harini, first day kerja, 3 minggu selepas pembedahan. Muka nampak cengkung dan kurus sgt. Saya hilang byk berat badan dek kerana hilang byk sgt darah sebelum ni. Harap lepas ni dpt berisi sikit hehe Hari ini genap 3 minggu selepas saya membuat pembedahan buang fibroid dan rahim. Hari ni juga hari pertama saya mula bekerja semula. Alhamdulillah  dapat kelulusan untuk duduk mengajar di bilik khas bilik APD( alat pandang dengar) sepanjang 2 minggu akan datang ni. Jadi tak perlu naik tangga turun tangga untuk ke kelas2 pelajar. Hanya duduk di sini dan menunggu pelajar2 saya datang. Walaupun secara keseluruhan nya saya merasa sihat dan sudah boleh mula bekerja, tetapi kena juga menjaga kesihatan supaya tak mendatangkan apa2 mudarat. Jangan berjalan banyak, jangan berjalan laju sgt, dan jangan angkat benda2 yg berat. Sekurang2nya sebulan setengah kata doktor. Sebab tu saya mohon izin duduk bilik ni buat sementara. Men

20 Aktiviti untuk Pelajar Pasca PT3

Setelah selesai Pentaksiran PT3, waktu persekolahan masih ada berbaki lagi sebulan lebih bagi pelajar-pelajar tingkatan 3. Nak belajar lagi? Rasanya inilah ruang dan waktu untuk mereka melepaskan tekanan selepas berusaha bersungguh-sungguh belajar dari awal tahun untuk memastikan kecemerlangan dalam pencapaian akademik mereka.  Apa yang boleh dilakukan oleh para pelajar? Aktiviti yang masih berada dalam skop pembelajaran, pdp luar bilik darjah. Sekolah saya telah menetapkan bahawa pelajar-pelajar ini akan di kawal selia oleh satu unit panitia sekurang-kurangnya 3 kali pertemuan di sepanjang tempoh program pasca. Guru-guru yang terlibat akan merancang dan menjalankan aktiviti sepanjang waktu pdp sehari bersama panitia yang ditetapkan. Berikut saya kongsikan antara aktiviti-aktiviti yang telah dilakukan oleh pelajar pasca pt3 2017 sekolah saya. 1. English Day Carnival     Antara aktiviti yang dilakukan sepanjang sehari ini ialah explorace dan treasure hunt. 2