Skip to main content

childhood memories- dulu dan sekarang

Pada entry aku sebelum ni, aku cerita tentang view seremban pilah. Kenapa? sebab itulah view pada life aku sekarang. Bila difikirkan semula, rasa tak adil pulak jika aku tak cerita apa2 tentang tempat aku dibesarkan. Dimana? Batu Pahat Johor. Johor tanah kelahiran dan aku bangga mengaku aku anak jawa Batu Pahat.
Sekarang cuti sekolah, dan aku pulang ke kampung halamanku. Wah! Batu Pahat sememangnya tidak sama langsung dengan sewaktu aku dibesarkan dulu. Dulu, zaman aku belajar, tempat shopping paling popular ialah summit parade. Semua orang batu Pahat pasti tau shopping complex ni, selain wira court, the store, fajar dan parkson(aku tulis yang aku ingat ni)  Tempat paling grand bagi aku dan kawan2 melepak (dating?) ialah summit parade. Tapi sekarang, serasa2 aku lah, dah hampir 5 tahun kebelakangan ni, aku dah tak penah menjejak kaki kesana. Sebab? Batu Pahat sekarang dah punya tarikan lain. Carrefour, Square One, Bp mall. Seingat aku, laluan ke Bukit Pasir tu sunyi dan hanya ada kebun sayur di sepanjang jalan. Bangunan paling gah di laluan itu hanyalah sekolah convent. Sekarang, tak perasan dah kewujudan sekolah tu dek kerana dikelabui oleh lampu2 gemerlapan dan bangunan2 baru di atas tapak ladang sayur tu. Meriah, memang meriah. jangan kata laluan sekolah convent tu, depan solok wan moh pun berubah 200%. Terbentang gah bangunan Bp Mall sampai aku dah tak dapat nak ingat macamana keadaannya 5 tahun yang lalu. Drastik! Memang drastik.

 Itu perubahan besar di bandar. Kampung aku? Kampung aku apa kurangnya. Pertama kali balik sejak tidak pulang ke kampung hanya dalam tempoh beberapa bulan, aku dan suami tak sure mana laluan masuk ke kampung sebab lorong masuk dah berubah wajah. Jalan kampung dah semakin lebar, parit tempat aku main di zaman kanak2 pun dah semakin besar dengan bersimen di kiri kanan parit. Yang pasti anak2ku takkan merasa main di parit tu sebab dah dalam, dah lebar, bahaya untuk kanak2 main. Syahdu dan sayu tengok halaman rumah nyai purah, cik manap dan beberapa halaman tempat permainan baling selipar, main nyorok2, baling tin, bola rounders(ala2 sofbol tu)hampir dah tak wujud lagi, kerana memberi laluan untuk pembesaran jalan raya.

Dulu, ada banyak laluan yang aku takut, disebabkan kiri kanan hutanlah, ada pokok buluh melempai ke jalanlah, pokok2 getah menutup laluan hingga gelaplah, pokok petai besar tepi jalan ada penunggulah (biasalah memang dasar penakut! dimomokkan dengan hantu, macam2 alasanlah aku ni) tapi sekarang, pokok2 yang menjadi fobia tu semua dah takde. Jalan terang benderang dengan malam hari ada lampu jalan, sekarang bukan takut dengan makhluk halus, takut dengan makhluk sesama manusia pulak disebabkan banyak kejadian kecurian, rompak, pecah rumah, dan yang sewaktu dengannya.

Waktu aku kecik, dengan basikal kesayangan hadiah dari abah, aku merayap dengan member2 keliling kampung setiap petang lepas balik sekolah. Jangan lah harap nak duduk rumah selagi belum dengar bunyi orang bertarhim sebelum magrib di masjid. Sekarang, anak2 ku tak merasa semua permainan kampung yang menyeronokkan. Terperap dirumah, main games internet, atau PS2, atau menonton astro ceria dan cartoon networks. Aku kadang2 kesian gak tengok mereka, tak keluar peluh, terperap tak aktif. Kalau main pun sekitar halaman rumah sendiri.takleh pegi jauh.apakan daya, aku sendiri tak berani nak lepaskan mereka keluar tanpa dipantau walaupun ada basikal mereka. Kejadian jenayah sekarang, isk! tak perlulah nak direpekkan kat sini kerisauan tu.

Hmm..ada satu quotes(aku ingat2 lupa) tapi lebih kurang macam ni... Jangan mendidik anak2mu seratus peratus sama cara seperti ibu bapamu mendidikmu dahulu, tetapi didiklah mereka mengikut cara sesuai dengan zamannya, kerana mereka dilahirkan berbeza dari zamanmu. Apapun, aku sentiasa berdoa moga Allah sentiasa mengilhamkan cara terbaik dalam mendidik, baik sebagai ibu, atau sebagai guru.. 

Comments

Popular posts from this blog

20 Aktiviti untuk Pelajar Pasca PT3

Setelah selesai Pentaksiran PT3, waktu persekolahan masih ada berbaki lagi sebulan lebih bagi pelajar-pelajar tingkatan 3. Nak belajar lagi? Rasanya inilah ruang dan waktu untuk mereka melepaskan tekanan selepas berusaha bersungguh-sungguh belajar dari awal tahun untuk memastikan kecemerlangan dalam pencapaian akademik mereka.  Apa yang boleh dilakukan oleh para pelajar? Aktiviti yang masih berada dalam skop pembelajaran, pdp luar bilik darjah. Sekolah saya telah menetapkan bahawa pelajar-pelajar ini akan di kawal selia oleh satu unit panitia sekurang-kurangnya 3 kali pertemuan di sepanjang tempoh program pasca. Guru-guru yang terlibat akan merancang dan menjalankan aktiviti sepanjang waktu pdp sehari bersama panitia yang ditetapkan. Berikut saya kongsikan antara aktiviti-aktiviti yang telah dilakukan oleh pelajar pasca pt3 2017 sekolah saya. 1. English Day Carnival     Antara aktiviti yang dilakukan sepanjang sehari ini ialah explorace dan treasure hunt. ...

8 TIPS CEMERLANG MATEMATIK TAMBAHAN

8 TIPS CEMERLANG MATEMATIK TAMBAHAN 1.     Pelajar memang hendak belajar. (tidak dipaksa) 2.     Pelajar sanggup untuk berusaha .(Kamu perlu membuat semua latihan yang diarahkan oleh guru tanpa merungut, dan membuat semula semua pembetulan bagi setiap kesalahan yang telah dibincangkan) 3.     Mempunyai semangat untuk bersungguh-sungguh. Mempunyai keazaman yang tinggi (Jika kamu tidak dapat menjawab soalan yang diberi, kamu akan mencari jawapan dari sumber rujukan dan sedaya upaya berusaha untuk menyelesaikannya, tanpa berhenti separuh jalan) 4.     Bina kebolehan untuk fokus pada sesi pembelajaran , belajar untuk ‘ block ’ semua gangguan-gangguan yang menghalang kelancaran kamu belajar( Jauhkan diri/simpan semua telefon, ‘ facebook ’, tv dan sebagainya. ) 5.     Beri tumpuan kepada proses membuat latih tubi matematik sekurang-kurangnya 2 jam secara berterusan seminggu sekali. ...

Tema colour blocking untuk hari guru 2018

         Sambutan hari guru tahun ni meriah sungguh dengan pelbagai warna warni pakaian guru2 smk durian mas. Tema colour blocking sememangnya tema yg menarik kerana guru2 dikehendaki memakai pakaian yg berbeza2 dan kontra warna nya. Tidak boleh sama kaler tudung dgn kaler baju dengan kaler kain dengan kaler kasut dengan kaler handbag hehehehe memang puas juga lah membuka wardrobe dan menyuai padan semua kaler2 baju sedia ada hihihi 😁         Semua rakan guru tak kira lelaki atau wanita mmg bersatu hati memenuhi kehendak tema. Saya kebetulan merupakan guru bertugas minggu ni. Jadi tak dpt sama2 berselfie masa pagi sebelum semua guru bersedia berarak dan masuk ke dewan dmas. Anggun, jelita, hensem, gojes semua rakan2 guru 😍 colourful hehehe Walaupun kami bertugas mengawal murid2, nak selfie jugak hahahaha Aktiviti hari guru adalah seperti masa2 sambutan yg lalu, membaca perutusan dari pihak2 atas...