Wednesday, 7 December 2011

Azam?

Setiap tahun, seorang guru akan mendapat anak-anak murid baru, yang punya watak dan karakter berbeza dari pelajar sebelumnya.Punya cabaran dan dugaan yan berlainan dari sebelumnya. Beginilah saban tahun. Ini lumrah guru. Sebagai guru, setiap tahun merupakan satu lagi percubaan guru dalam menjayakan P&P nya, mencemerlangkan anak didiknya, sekaligus menambah kayakan pengalamannya dalam mengajar. Tahun demi tahun, merupakan peluang bagi guru untuk menambah baik teknik pengajarannya, memperbaiki apa yang kurang atau lemah pada tahun sebelumnya, dan meneruskan apa yang telah berjaya sebelumnya.

Jamuan akhir tahun 5 Sea 2006. Anak2 murid pertama (aku sebagai guru kelas) masa tahun pertama posting. Orang kata, yang pertama sentiasa kekal dihati. 


Bersama sebahagian daripada Second batch student. Aku sebagai guru kelas.(tak jumpa pula gambar penuh bersama semuanya)

Aku pindah sekolah di Johor Bahru. Jadi guru kelas mereka. (juga jumpa gambar sebahagian saja) 

Ini anak2 didik pertama di sekolah terkini. Aku sebagai guru kelas mereka.

Form5 2011. Tahun depan, mereka akan membawa haluan masing2.


Tahun hadapan, jika tiada apa2 pertukaran, aku akan mengajar addmath tingkatan 5 untuk tahun ke 3, seperti yang dirancangkan.   Azam ku tahun hadapan, moga aku dapat terus bersemangat meningkatkan teknik pengajaranku, menyemai dalam minda mereka, mereka boleh jawab addmath! addmath tak susah! sentiasa bersedia membantu mereka meningkat pemahaman mereka terhadap subjek ini, Aku harap aku boleh! Aku yakin aku boleh!

No comments:

Post a Comment