Skip to main content

Buka akaun anak di Maybank

 Semalam, saya telah ke Maybank sebab nak buka akaun untuk anak anak saya. 


Biasanya, kita dengar orang buka akaun untuk anak anak di BSN, atau tabung haji, atau bank rakyat. Tapi anak anak saya, sebab agaknya dah biasa tengok ibu dan ayah cucuk duit ATM di 'rimau kawanku', dan dah biasa tengok ibu ayah buat  transaksi online di maybank2u, maka mereka juga request nak ada akaun di bank rimau ni.


Di Maybank, untuk buka akaun bagi anak bawah 12 tahun, kita boleh buat akaun SIMPANAN BERSAMA (Join account) antara ibu/ayah dengan anak tersebut. Ni dipanggil YIPPIE JUNIOR ACCOUNT.


Tapi bagi anak yang berumur 13 tahun hingga 17 tahun, mereka dah boleh ada akaun simpanan sendiri, dengan syarat ditemani ibu bapa masing masing. Hanya perlu bawa:

1. surat beranak(asal dan fotostat) , 

2. Kad pengenalan sendiri (asal dan fotostat)

3. Kad pengenalan salah seorang ibu/ayah (asal dan fotostat)

4. Duit deposit buka akaun rm250 seorang( duit ni akan masuk dalam akaun tu nanti sebagai duit simpanan kita yang pertama)

5. Duit untuk beli setem dipanggil SETEM HASIL rm10 seorang (jangan risau, setem ni ada dijual di bank tu. Beli saje di bank tersebut masa proses buka akaun tu nanti)

Amat penting dan wajib bawa surat beranak asal tu, sebab pegawai bank nak mengesahkan bahawa penjaga yg datang bersama anak tu adalah penjaga sah anak tersebut, untuk mengelakkan berlakunya penipuan di zaman zaman salah guna nombor akaun ni. 



Anak sulung saya, Lukhman yang berumur 16 tahun. Kebetulan lukhman dapat masuk ke sekolah teknik, sebab tu lah ibu gigih juga pegi buka kan akaun sementara masih cuti ni. Senang nanti ibu nak masukkan duit apa apa nak kirim untuk anak ibu ni.



Yussuf baru berumur 14 tahun. Alang alang buat untuk abang nya, buat sekali lah untuk dia. Sekaligus tak payah ulang ulang lain kali.


Apa pro dan kontra nya akaun anak anak untuk kategori umur 13 hingga 17 tahun ni?

- Kelebihannya : Walaupun mereka masih perlu ditemani ibu/bapa masa buka akaun ni sebab bawah 18 tahun, Tapi, Akaun ni adalah akaun individu dan milik mereka sepenuhnya tanpa perlu berkongsi dengan ibu/bapa lagi.  Akaun ini akan bertukar secara automatik  kepada akaun dewasa bila mereka genap berumur 18 tahun mengikut tarikh lahir mereka. 

- Kekurangannya: Walaupun akaun ni milik individu, boleh ada kad ATM untuk keluarkan duit di mesin ATM, boleh daftar maybank2u, boleh daftar MAE(maybank e wallet dan boleh buat kad e wallet) , tapi BELUM BOLEH BUAT TRANSAKSI SECARA ONLINE. Mereka belum boleh BELI barang secara online. Ibu boleh masukkan duit secara online dalam akaun mereka. Tapi mereka belum boleh beli barang ONLINE  😂😂😂


Ibu tau anak anak ibu ni dah angan angan nak beli barang di shoppee lepas ni hahahaha. Tapi pegawai bank tu kata, belum boleh 😂😂 kena tunggu umur 18 tahun baru boleh nak buat transfer online 😊😊


Yang penting, akaun simpanan tu dah ada 👍 nak beli barang di shoppee tu, ehemmm masih kena tapis dengan ibu lagi lah ye hehehe










Comments

Popular posts from this blog

Tema colour blocking untuk hari guru 2018

         Sambutan hari guru tahun ni meriah sungguh dengan pelbagai warna warni pakaian guru2 smk durian mas. Tema colour blocking sememangnya tema yg menarik kerana guru2 dikehendaki memakai pakaian yg berbeza2 dan kontra warna nya. Tidak boleh sama kaler tudung dgn kaler baju dengan kaler kain dengan kaler kasut dengan kaler handbag hehehehe memang puas juga lah membuka wardrobe dan menyuai padan semua kaler2 baju sedia ada hihihi 😁         Semua rakan guru tak kira lelaki atau wanita mmg bersatu hati memenuhi kehendak tema. Saya kebetulan merupakan guru bertugas minggu ni. Jadi tak dpt sama2 berselfie masa pagi sebelum semua guru bersedia berarak dan masuk ke dewan dmas. Anggun, jelita, hensem, gojes semua rakan2 guru 😍 colourful hehehe Walaupun kami bertugas mengawal murid2, nak selfie jugak hahahaha Aktiviti hari guru adalah seperti masa2 sambutan yg lalu, membaca perutusan dari pihak2 atasan seperti kppm dan jpn, sukaneka, persembah

Fibroid : Wanita tanpa rahim

Ini cerita saya yg terkini. 2019 yg penuh memori. Gambar harini, first day kerja, 3 minggu selepas pembedahan. Muka nampak cengkung dan kurus sgt. Saya hilang byk berat badan dek kerana hilang byk sgt darah sebelum ni. Harap lepas ni dpt berisi sikit hehe Hari ini genap 3 minggu selepas saya membuat pembedahan buang fibroid dan rahim. Hari ni juga hari pertama saya mula bekerja semula. Alhamdulillah  dapat kelulusan untuk duduk mengajar di bilik khas bilik APD( alat pandang dengar) sepanjang 2 minggu akan datang ni. Jadi tak perlu naik tangga turun tangga untuk ke kelas2 pelajar. Hanya duduk di sini dan menunggu pelajar2 saya datang. Walaupun secara keseluruhan nya saya merasa sihat dan sudah boleh mula bekerja, tetapi kena juga menjaga kesihatan supaya tak mendatangkan apa2 mudarat. Jangan berjalan banyak, jangan berjalan laju sgt, dan jangan angkat benda2 yg berat. Sekurang2nya sebulan setengah kata doktor. Sebab tu saya mohon izin duduk bilik ni buat sementara. Men

20 Aktiviti untuk Pelajar Pasca PT3

Setelah selesai Pentaksiran PT3, waktu persekolahan masih ada berbaki lagi sebulan lebih bagi pelajar-pelajar tingkatan 3. Nak belajar lagi? Rasanya inilah ruang dan waktu untuk mereka melepaskan tekanan selepas berusaha bersungguh-sungguh belajar dari awal tahun untuk memastikan kecemerlangan dalam pencapaian akademik mereka.  Apa yang boleh dilakukan oleh para pelajar? Aktiviti yang masih berada dalam skop pembelajaran, pdp luar bilik darjah. Sekolah saya telah menetapkan bahawa pelajar-pelajar ini akan di kawal selia oleh satu unit panitia sekurang-kurangnya 3 kali pertemuan di sepanjang tempoh program pasca. Guru-guru yang terlibat akan merancang dan menjalankan aktiviti sepanjang waktu pdp sehari bersama panitia yang ditetapkan. Berikut saya kongsikan antara aktiviti-aktiviti yang telah dilakukan oleh pelajar pasca pt3 2017 sekolah saya. 1. English Day Carnival     Antara aktiviti yang dilakukan sepanjang sehari ini ialah explorace dan treasure hunt. 2