Kem Senawang terletak sangat dekat dengan kawasan perumahan kami. Anak saya mempunyai beberapa kenalan yang merupakan anak2 tentera disini. Berkali-kali juga anak saya mengajak saya masuk ke dalam kawasan kem ini untuk melihat apa yang ada di dalam kem ini, tapi alasan saya, mana boleh masuk sesuka hati, nanti pakcik tentera tu tangkap kita menceroboh! haha~ Maka, kesempatan untuk masuk ke kawasan kem ketika kem ini mengadakan hari terbuka, tidak kami lepaskan. Bermacam-macam aktiviti yang dijalankan di dalam kem ini sempena perayaan 80 tahun tentera bersama rakyat. Antaranya adalah permainan paint ball, flying fox, pameran peralatan-peralatan tentera, kenderaan tentera, persembahan nyanyian dan karaoke, jualan dan permainan pertandingan. Anak-anak saya tidak melepaskan peluang bermain flying fox. Mereka sungguh teruja untuk terbang diudara seperti si musang terbang~ haha.. Terima kasih yang tak terhingga buat saudara-saudara tentera dan bo...
Life.. uncertainty.. Nothing is particularly hard if u divided it into small jobs