Skip to main content

Melawat Hari Terbuka ATM kem senawang

     Kem Senawang terletak sangat dekat dengan kawasan perumahan kami. Anak saya mempunyai beberapa kenalan yang merupakan anak2 tentera disini. Berkali-kali juga anak saya mengajak saya masuk ke dalam kawasan kem ini untuk melihat apa yang ada di dalam kem ini, tapi alasan saya, mana boleh masuk sesuka hati, nanti pakcik tentera tu tangkap kita menceroboh! haha~ Maka, kesempatan untuk masuk ke kawasan kem ketika kem ini mengadakan hari terbuka, tidak kami lepaskan.

     Bermacam-macam aktiviti yang dijalankan di dalam kem ini sempena perayaan 80 tahun tentera bersama rakyat. Antaranya adalah permainan paint ball, flying fox, pameran peralatan-peralatan tentera, kenderaan tentera, persembahan nyanyian dan karaoke, jualan dan permainan pertandingan.

Anak-anak saya tidak melepaskan peluang bermain flying fox. Mereka sungguh teruja untuk terbang diudara seperti si musang terbang~ haha.. Terima kasih yang tak terhingga buat saudara-saudara tentera dan bomba yang sudi melayan kerenah anak-anak saya. Sepatutnya waktu ni mereka dah berhenti rehat dah tapi kerana anak-anak saya nak naik sangat, mereka layankan juga :) terima kasih banyak ye :)


Bersebelahan dengan tempat flying fox, ada perkampungan replika yang dinamakan Survival village. Kampung ini adalah contoh kampung yang dibina oleh tentera ketika mereka di dalam hutan. Sangat menarik perhatian terutama khemah piramid yang dianyam daripada daun macam gambar diatas. dah lupa dah namanya. Anak saya tu sedang memerhati jerat binatang. 


tak melepaskan peluang untuk masuk ke dalam kereta kebal yang dijadikan pameran. Excited anak2 bila dapat masuk ke dalam kenderaan ini. Ada lagi pameran alat2 senjata tentera, kenderaan pengangkutan, kenderaan radio, pameran2 oleh universiti pertahanan nasional malaysia dan sekolah perantis tentera darat.

         Terima kasih kepada pihak ATM yang menganjurkan program mesra rakyat begini. Sekurang-kurangnya memberi pendedahan kepada rakyat disekitar, bahawa kehidupan tentera sama sahaja macam kehidupan rakyat lain. Berada di dalam kawasan komuniti tentera ini mengingatkan saya tentang cerita army wives di channel diva 702 astro. Adik-adik tentera ini (eh! macam saya ni dah tua sangat semua saya bantai adik!)  sangat peramah dan mesra melayan saya dan anak-anak di sepanjang kunjungan kami pada booth-booth mereka, tak kira lah booth games atau booth pameran. Terima kasih ya!





Comments

Popular posts from this blog

20 Aktiviti untuk Pelajar Pasca PT3

Setelah selesai Pentaksiran PT3, waktu persekolahan masih ada berbaki lagi sebulan lebih bagi pelajar-pelajar tingkatan 3. Nak belajar lagi? Rasanya inilah ruang dan waktu untuk mereka melepaskan tekanan selepas berusaha bersungguh-sungguh belajar dari awal tahun untuk memastikan kecemerlangan dalam pencapaian akademik mereka.  Apa yang boleh dilakukan oleh para pelajar? Aktiviti yang masih berada dalam skop pembelajaran, pdp luar bilik darjah. Sekolah saya telah menetapkan bahawa pelajar-pelajar ini akan di kawal selia oleh satu unit panitia sekurang-kurangnya 3 kali pertemuan di sepanjang tempoh program pasca. Guru-guru yang terlibat akan merancang dan menjalankan aktiviti sepanjang waktu pdp sehari bersama panitia yang ditetapkan. Berikut saya kongsikan antara aktiviti-aktiviti yang telah dilakukan oleh pelajar pasca pt3 2017 sekolah saya. 1. English Day Carnival     Antara aktiviti yang dilakukan sepanjang sehari ini ialah explorace dan treasure hunt. ...

Fibroid : Wanita tanpa rahim

Ini cerita saya yg terkini. 2019 yg penuh memori. Gambar harini, first day kerja, 3 minggu selepas pembedahan. Muka nampak cengkung dan kurus sgt. Saya hilang byk berat badan dek kerana hilang byk sgt darah sebelum ni. Harap lepas ni dpt berisi sikit hehe Hari ini genap 3 minggu selepas saya membuat pembedahan buang fibroid dan rahim. Hari ni juga hari pertama saya mula bekerja semula. Alhamdulillah  dapat kelulusan untuk duduk mengajar di bilik khas bilik APD( alat pandang dengar) sepanjang 2 minggu akan datang ni. Jadi tak perlu naik tangga turun tangga untuk ke kelas2 pelajar. Hanya duduk di sini dan menunggu pelajar2 saya datang. Walaupun secara keseluruhan nya saya merasa sihat dan sudah boleh mula bekerja, tetapi kena juga menjaga kesihatan supaya tak mendatangkan apa2 mudarat. Jangan berjalan banyak, jangan berjalan laju sgt, dan jangan angkat benda2 yg berat. Sekurang2nya sebulan setengah kata doktor. Sebab tu saya mohon izin duduk bilik ni buat sementara. ...

8 TIPS CEMERLANG MATEMATIK TAMBAHAN

8 TIPS CEMERLANG MATEMATIK TAMBAHAN 1.     Pelajar memang hendak belajar. (tidak dipaksa) 2.     Pelajar sanggup untuk berusaha .(Kamu perlu membuat semua latihan yang diarahkan oleh guru tanpa merungut, dan membuat semula semua pembetulan bagi setiap kesalahan yang telah dibincangkan) 3.     Mempunyai semangat untuk bersungguh-sungguh. Mempunyai keazaman yang tinggi (Jika kamu tidak dapat menjawab soalan yang diberi, kamu akan mencari jawapan dari sumber rujukan dan sedaya upaya berusaha untuk menyelesaikannya, tanpa berhenti separuh jalan) 4.     Bina kebolehan untuk fokus pada sesi pembelajaran , belajar untuk ‘ block ’ semua gangguan-gangguan yang menghalang kelancaran kamu belajar( Jauhkan diri/simpan semua telefon, ‘ facebook ’, tv dan sebagainya. ) 5.     Beri tumpuan kepada proses membuat latih tubi matematik sekurang-kurangnya 2 jam secara berterusan seminggu sekali. ...