Saturday, 6 April 2013

Menghadiri kursus manikayu pengenalan

         Pada hari ini, 6 april 2013, saya telah berpeluang mengikuti kursus manikayu I : Pengenalan yang dianjurkan oleh Persekutuan Pengakap Malaysia peringkat Negeri Sembilan. Kursus manikayu I ini adalah kursus pertama yang perlu di hadiri oleh setiap pemimpin pengakap sekiranya mereka ingin ditauliahkan sebagai pemimpin kumpulan pengakap. Bertempat di SMK Tunku Besar Tampin, peserta-peserta wajib menghadiri sesi ini selama 8 jam.

         Kursus telah dilaksanakan oleh senior-senior pengakap dari sekolah2 negeri sembilan, antaranya Tuan Mohd Nor Azlan (DC Port Dickson) , Tuan Aziruddin (ASC S/U Latihan), Tuan Chan Kau Chai (ASC Antarabangsa) , Tuan Saiful Izham (ASC Unit pengakap Remaja), Tuan Shamsuddin (DC Seremban Barat) , Tuan Baderi Sham (DC Tampin) , Tuan Amir Fuad (ASC Pentadbiran) , Tuan Ikhwan dan beberapa orang lagi. Perasmian penutup telah disempurnakan oleh Tuan Hamdan iaitu Ketua Pesuruhjaya Negeri Sembilan.

        Bermacam-macam sidang telah dibentangkan kepada kami, persetiaan pengakap merupakan perkara asas yang wajib dihafal, diingati dan diamalkan oleh semua ahli pengakap seluruh malaysia.

Jika pelajar tak hafal ini, mereka tidak layak memakai lencana keahlian pengakap. Jadi perlu ajar, dan uji pelajar terlebih dahulu dengan ikrar persetiaan ini, barulah mereka layak dipanggil pengakap (masalahnya saya pun baru menghafalnya hari ini! sebab baru tahu kepentingannya huhuhu)

      Sebagai pemimpin, ada beberapa langkah yang perlu dilalui sebelum boleh digelar pemimpin bertauliah tetap. Jika tidak menduduki semua langkah ini, mereka tetap boleh digelar pemimpin, cuma pemimpin bertauliah sementara. Dan perlu mengulang semula kursus yang pertama ini, pada tahun berikutnya, sekiranya tidak menyambung ke peringkat perkhemahan dalam tempoh 0 hingga 6 bulan. 

Peserta kursus sedang khusyuk mendengar. Selain menambah ilmu, saya mendapat kenalan baru di sini. 



Tuan Shamsuddin sedang menerangkan tentang langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk dianugerahkan dengan manikayu 2 butir.


Penganugerahan manikayu kepada 5 pemimpin yang telah berjaya menamatkan semua langkah yang diperlukan. Mereka mengambil masa lebih kurang 2 tahun untuk berjaya sampai ke peringkat penganugerahan manikayu 2 butir ini. Penganugerahan ini diharap dapat membakar semangat kami peserta kursus pengenalan, untuk mengikut jejak mereka, meneruskan usaha hingga dianugerahkan manikayu.



Tuan Hamdan Ketua Pesuruhjaya Negeri sedang memberikan ucapan perasmian penutup kursus manikayu pengenalan.




Ini baru permulaan saya. Ini baru kursus pengenalan saya. Usaha untuk menambah ilmu demi kepentingan anak didik. Doakan saya berjaya menghabiskan semua syarat-syarat yang diperlukan. Moga saya boleh menjadi pemimpin pengakap yang bertauliah tetap, suatu hari nanti. Amin..








No comments:

Post a Comment