Gembira sungguh cuti sekolah kali ni. Bermacam-macam aktiviti yang menyeronokkan saya dan anak2 lakukan. Cuti hujung tahun kali ni, saya menolak menjaga peperiksaan spm (terima kasih ustaz Mahyudin yang memahami) , saya juga menolak dari menanda kertas peperiksaan spm (terima kasih cikgu Lim yang memahami), saya mengahabiskan waktu dengan menambah baik diri saya sebagai seorang isteri dan ibu kepada 3 cahaya mata tersayang. Alhamdulillah, terima kasih ya Allah atas kesempatan ini. Antara aktiviti yang saya lakukan ialah menyiapkan sehelai gaun untuk dipakai oleh anak dara saya. Saya bukanlah seorang yang pandai menjahit. Tiada bakat dalam jahitan. Cuma mempunyai beberapa pengetahuan asas tentang jahitan kerana pembelajaran KH ERT di sekolah dulu, dan juga bimbingan emak yang mahir menjahit hingga boleh mengambil tempahan jahitan ketika mudanya. Dari dulu, apa sahaja hasil jahitan saya sering mendapat kritikan percuma ahli keluarga, kerana masalah utama saya ialah 'nak cepat siap...
Life.. uncertainty.. Nothing is particularly hard if u divided it into small jobs