Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2015

Trip Jelajah Selatan Thailand - Hatyai hari ke 4

Selepas menghabiskan sepetang di Samila Beach, Songkhla,(anda boleh baca entry tersebut di sini ) kami meneruskan perjalanan ke Hatyai pula. Hatyai juga merupakan salah satu dari bandar di dalam wilayah Songkhla. Hatyai merupakan kota metropolitan terbesar di selatan Thailand, dan kota metropolitan ketiga terbesar di Thailand. Pusat pentadbiran banyak terletak di utara Songkhla, manakala kawasan urusniaga(industri bisnes) banyak di Hatyai. Hatyai asalnya merupakan suatu perkampungan kecil yang biasa, tapi kemudiannya berkembang secara luar biasa sejak kewujudan stesen keretapi yang menjadi penghubung utama di Selatan Thailand. Malahan keretapi Malaysia iaitu KTM juga menjadikan stesen Hatyai sebagai stesen terakhir. Maknanya, sesiapa dari Malaysia boleh masuk ke Thailand dengan menaiki keretapi sehingga ke stesen Hatyai. Ketika sampai di Hatyai, jam telah menunjukkan pukul 7 malam waktu Malaysia, bermaksud pukul 8 malam waktu Thailand. Kami terus menuju ke pusat bandar Hatyai