Skip to main content

Posts

Showing posts with the label kisah motivasi

Teladan dari Rasulullah S.A.W

Kisah Rasulullah s.w.t sebagai pengajaran       1) Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa       perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan       keluarga mahupun untuk dijual.             2) Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap       di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya       untuk membantu isterinya di dapur. Sayidatina       'Aisyah menceritakan 'Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu       urusan rumahtangga.                   3) Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat  berangkat ke masjid, dan       cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang.'                   4) Pernah ...

Syiling dan batu

Wang syiling jatuh di hadapan seorang lelaki yg sedang asyik membancuh simen. Melihat logam kecil itu,tangan lelaki itu terhenti melakukan kerja. Tidak menunggu lama,tangannya segera mengutip syiling itu dan dimasukkan ke dalam poketnya. Dia menyambung semula kerjanya. Sekali lagi lelaki itu terpandang duit syiling tidak jauh dari sisinya.Lelaki itu menoleh ke kiri,kanan dan disekelilingnya.Tiada siapa yg berdekatan dengannya. Sekali lagi dia terus mengambil syiling itu dan menyimpan dalam koceknya. Tidak lama kemudian,lelaki itu ternampak lagi duit syiling berdekatan dengannya. Pun sama,dia mengambil dan menyimpannya. “Rezeki aku!” kata lelaki itu dalam hati. Lelaki itu tidak sedar,logam syiling itu sebenarnya dicampakkan oleh ketuanya daripada aras lapan bangunan separuh siap yg mereka bina itu. Sebenarnya ,ketuanya mahu memanggilnya.Ada pesanan yg mahu disampaikan ketuanya itu.Puas ketuanya menjerit daripada aras lapan,cuba memanggil lelaki itu yg berada pada aras paling bawah. ...

Lobak merah, telur dan biji kopi

Tiada manusia di dunia ini yang langsung tidak ditimpa masalah dalam kehidupannya. Tapi, terpulang kepada kita untuk menilai, dan memilih jalan mana yang wajar kita ikut. Jamil datang ke rumah ustaz Ibrahim menceritakan bagaimana hidupnya diuji dengan penuh kesusahan. Jamil berkata beliau tidak mampu menghadapinya lagi dan ingin berputus asa. Jamil memberitahu ustaz Ibrahim beliau teramat letih untuk meneruskan perjuangan dan berlawan… setelah satu masalah selesai, satu masalah baru pula timbul. Ustaz Ibrahim hanya mendengar dan tidak berkata apa-apa. Beliau menyuruh Jamil mengikutnya ke dapur. Jamil pun mengikut tanpa bertanya. Ustaz Ibrahim mengisi air di dalam tiga periuk kecil dan mendidih ketiga-tiganya serentak. Semasa air mendidih, Ustaz Ibrahim memasukkan lobak merah ke periuk pertama, telur ke periuk kedua dan biji kopi ke periuk ketiga. Jamil bertanya, “Apa yang ustaz buat? Nak masak apa tu?” Ustaz Ibrahim tidak berkata apa-apa dan membiarkan air mendidih selama 20 ...

Satu dan Pak Tua

Tersebutlah oleh ahli pujangga tentang kisah seorang ayah yang sedang nazak. Beliau mempunyai 3 orang anak lelaki. Pada saat-saat kematian semakin terasa hampir, beliau pun memanggil ketiga-tiga anaknya dan menyampaikan pesan. “Apabila ayah sudah tiada nanti, kalian bertiga ambillah unta peliharaan kita itu sebagai harta pusaka. Yang sulung akan mendapat 1/2 bahagian daripada unta-unta tersebut. Yang tengah akan mendapat 1/4 daripada unta-unta tersebut, dan yang bongsu pula akan mendapat 1/5 daripada unta-unta tersebut.” Setelah si ayah berpesan sedemikian, maka si ayah pun menghembuskan nafasnya yang terakhir dan meninggal dunia. Maka selepas selesai menguruskan upacara pengebumian, ketiga-tiga anak tadi pun duduk berkumpul dan berbincang tentang wasiat ayah mereka. Mereka menghadapi kesulitan dalam membahagikan unta peliharaan mengikut pesanan si ayah, kerana unta mereka ada 19 ekor.  "Bagaimana hendak membahagikan unta sebanyak 19 ekor kepada 1/2 bahag...