Skip to main content

Posts

Showing posts with the label sabah

Cuti cuti sabah hari kedua part 2

Ini Entry sambungan. Anda boleh baca part 1 di sini . Atau hendak baca cerita hari pertama? Di sini . Perjalanan dari KK ke kundasang mengambil masa lebih kurang 4 jam lebih dengan santai dan singgah2  berhenti solat serta bergambar di Pekan Nabalu. Kami tiba di kaki gunung Kinabalu lebih kurang jam 2 petang. Bergambar di Timpohon Gate, tempat dimana semua pendaki-pendaki gunung memulakan trek perjalanan pendakian. Bergambar saja, tak mendaki pun :) we was here...kaki gunung Kinabalu :) abg macho. Dalam kabus. Sejuk sungguh tapi saja je bergambar taknak pakai sweater. Makan sekejap di Pekan Kundasang. Meneruskan aktiviti ke DESA Cattle Farm. Wow ala-ala New Zealand gitu! ladang lembu di pergunungan, kehijauan dengan lembu meragut rumput saujana mata memandang. Tapi pemandangan ini sempat kami saksikan lima minit sahaja sebab lepas tu kabus tebal terus menyeliputi kawasan dan semua lembu dipanggil ke rumah ladang untuk sesi pam susu. Takpelah yang penting Alla...

Cuti cuti sabah hari kedua part 1

Hello..sunday morning! Hari kedua kami di Sabah, dan hari ini hari ahad. Apa yang saya paling suka dengan Sabah Oriental Hotel adalah. menu breakfastnya yg sgt banyak dan memenuhi selera kami sekeluarga. Breakfast ala western dengan puding roti, ommelete, sosej, roti perancis toaster dan yogurt, breakfast ala malay taditional dengan nasi lemak, mihun dan nasi goreng, dan ala sabah ada bubur dengan sambal ikan masin yg sangat memikat hati. Saya bukanlah selalu menginap di hotel cuma inilah pertama kalinya sajian pagi yg banyak saya temui dihidangkan. Mungkin kalian yg membacanya rasa biasa aja :) Ok cukup pasal sarapan. Destinasi pertama kami pergi selepas checkout ialah Pasar Tamu Gaya street. Kenapa saya bagitau hari ini ahad? Sebab pasar tamu di jalan Gaya ini hanya ada setiap ahad pagi sampai tengahari. Wah  pasar ini sangat meriah! Dari segala macam perkara yang boleh dijual, semuanya kelihatan disini. Hasil hutan, rotan dan segala macam akar kayu, ulam-ulaman, buah-buahan....

Cuti cuti Sabah Hari Pertama

Mula cuti sekolah, kami sekeluarga bersama emak dan kak Tini melancong ke Sabah. Alhamdulillah hajat bercuti yg telah dirancang 9 bulan lamanya, akhirnya telah dapat terlaksana, dengan izin Nya. (Lama betul tu! 9 bulan hehe booking flight sejak bulan 2 utk pergi bulan 11) Flight dari Klia pukul 12.30, tapi kami dah check in sejak jam 10 pagi lagi. Sampai di KK jam 3.00 petang aduh kelaparan! Destinasi pertama yang dituju ialah mencari tempat makan tapi maklumlah tak pernah sampai ke sana, maka tercari-cari tempat makan yang sesuai. Memang tak 'ternampak di mata" mana gerai makan tengahari sebab pukul 3 disana dah macam pukul 4 petang. Manalah orang ada cari lunch lagi dah. Pusing punya pusing maka berhentilah kami di Anjung Senja. Menarik juga tempat ni, lokasi di tepi laut, makan sambil melihat pemandangan laut dan kapal-kapal yang berlabuh. keceriaan anak2 dalam penerbangan (sebenarnya lebih kepada tak reti duduk diam~ ) senyuman bermakna dari seorang ibu (terima...