Wednesday, 19 December 2012

Cuti cuti Sabah Hari Pertama

Mula cuti sekolah, kami sekeluarga bersama emak dan kak Tini melancong ke Sabah. Alhamdulillah hajat bercuti yg telah dirancang 9 bulan lamanya, akhirnya telah dapat terlaksana, dengan izin Nya. (Lama betul tu! 9 bulan hehe booking flight sejak bulan 2 utk pergi bulan 11)

Flight dari Klia pukul 12.30, tapi kami dah check in sejak jam 10 pagi lagi. Sampai di KK jam 3.00 petang aduh kelaparan! Destinasi pertama yang dituju ialah mencari tempat makan tapi maklumlah tak pernah sampai ke sana, maka tercari-cari tempat makan yang sesuai. Memang tak 'ternampak di mata" mana gerai makan tengahari sebab pukul 3 disana dah macam pukul 4 petang. Manalah orang ada cari lunch lagi dah. Pusing punya pusing maka berhentilah kami di Anjung Senja. Menarik juga tempat ni, lokasi di tepi laut, makan sambil melihat pemandangan laut dan kapal-kapal yang berlabuh.

keceriaan anak2 dalam penerbangan (sebenarnya lebih kepada tak reti duduk diam~ )

senyuman bermakna dari seorang ibu (terima kasih Allah kerana mengurniakan kesihatan yang baik kepada emak untuk mengikut kami)

Alhamdulillah walaupun bulan 11 musim hujan tapi perjalanan lancar dan cuaca amat baik

pemandangan dari gerai makan Anjung Senja 

kapal berhampiran kami

menu lunch tapi meriah macam makan dinner. Ikan masak sweet sour, sup ketam, sotong celup tepung dan kailan ikan masin



OK. Dah kenyang alhamdulillah. Baru check in di Hotel Sabah Oriental. Memang sengaja mencari hotel yang ada kolam renang kerana anak-anak memang suka mandi kolam. aBawaklah mereka ke mana pun asal ada kolam, merajuk atau bad mood pun semuanya akan jadi baik dan menyenangkan :) Check in sebenarnya dah pukul 5 dan magrib sebenarnya pukul 6. Alamak! sebab janji punya pasal macam ribut masuk bilik solat dan tukar baju anak2 supaya sempat mereka terjun ke kolam :)

 tak ingat nak ambik gambar kolam pinjam gambar dari website hotel hehe


Lepas isyak, abg Razak anak angkat emak dah menunggu di lobi. Nak bawa kami makan malam tapi sebab melantak makan siang tadi jadi kenyang lagi. Maka minta beliau tunjuk kan kami jalan ke Kampung Air. Kampung Air merupakan tempat jualan yang agak popular suatu ketika dahulu dan terkenal dengan mutiaranya yang murah. Kampung Air mendapat namanya kerana dulu tempat ini memang diatas air. Tapi bila KK mengalami perubahan seiring arus kemodenan, kampung ini dah ditambak dan tidak lagi diatas air. Cuma tinggal namanya sahaja kampung air.

Bergambar di Kampung Air. 

Cukuplah satu pusingan. Sekurang-kurangnya dah sampai :) Jumpa sepupu saya, Dira dan keluarganya. Beramai-ramai, Abg Razak bawa kami ke restoran Kak Nong untuk menjamu selera. Seronok berbual panjang kerana lama tak jumpa. Sepupu saya ini berkahwin dengan orang sabah dan telah menetap disini. Kalau jumpa pun jika kebetulan terserempak bila balik hari raya, setahun sekali atau dua tahun sekali, sedangkan kami memang akrab sejak kecil. Abg razak pula memang orang sabah dan menetap disabah juga(panjang ceritanya macamana beliau boleh jadi anak angkat emak). Jadi bila si sahrul suami dira dan abg razak berbual, memang pekat loghat sabahnya, tak mampu suami saya nak menyampuknya haha tak faham :)


Huru hara dengan enam budak. Anak saya 3 anak Dira 3 masing2 sedang lasak membesar dan punya pelbagai kerenah :)

Gambar gambar gembira kami di Kak Nong.




Oh cukup dulu ye episod 1 di Sabah. Balik bilik tidur. Esok sambung lagi. Selamat malam!







No comments:

Post a Comment