Saturday, 22 December 2012

Cuti cuti sabah hari kedua part 1

Hello..sunday morning!

Hari kedua kami di Sabah, dan hari ini hari ahad. Apa yang saya paling suka dengan Sabah Oriental Hotel adalah. menu breakfastnya yg sgt banyak dan memenuhi selera kami sekeluarga. Breakfast ala western dengan puding roti, ommelete, sosej, roti perancis toaster dan yogurt, breakfast ala malay taditional dengan nasi lemak, mihun dan nasi goreng, dan ala sabah ada bubur dengan sambal ikan masin yg sangat memikat hati. Saya bukanlah selalu menginap di hotel cuma inilah pertama kalinya sajian pagi yg banyak saya temui dihidangkan. Mungkin kalian yg membacanya rasa biasa aja :)

Ok cukup pasal sarapan. Destinasi pertama kami pergi selepas checkout ialah Pasar Tamu Gaya street. Kenapa saya bagitau hari ini ahad? Sebab pasar tamu di jalan Gaya ini hanya ada setiap ahad pagi sampai tengahari. Wah  pasar ini sangat meriah! Dari segala macam perkara yang boleh dijual, semuanya kelihatan disini. Hasil hutan, rotan dan segala macam akar kayu, ulam-ulaman, buah-buahan. Dari laut, mutiara dan cengkerang-cengkerang beraneka rupa, ikan masin dan segala produk kering dari laut. Tak dinafikan pelbagai cenderamata, barangan keperluan rumah(tilam juga ada dijual disini!) malahan alat muzik seperti gamelan dan caklempong pun ada dijual. Pendek kata nak cari apa, jalan sajalah di pasar ini, pasti ketemu apa yang dicari.
suami bergambar depan papan tanda jalan gaya. Ini kedai mutiara

sedang memilih cenderamata kecil macam fridge magnet, keychain, ole2 utk anak2 saudara.

Dihadapan jualan alat2 muzik. Sambil berjual sambil membuat persembahan :)

Antara produk yang sempat dirakamkan di  Pasar Tamu Gaya Street.

Walaupun hampir dua jam kami disini, itupun tak habis lagi berjalan. Rasanya kami hanya dapat jalan separuh saja pasar ini sebab anak2 dah kepenatan. Lagipun jauh lagi perjalanan kami hari ini.

Selepas keluar dari Pasar Tamu Gaya Street ini, kami meneruskan perjalanan ke kaki gunung Kinabalu. Melalui hadapan Rumah Terbalik di Tamparuli, keunikan rumah ini telah menarik perhatian ribuan pelancong.

kami tidak masuk hanya lihat dari luar sahaja. Maklumlah nak cepat sampai ke kundasang.


Perjalanan diteruskan mendaki. Avanza yang kami sewa tidak dapat bergerak laju mendaki. Takpelah, yang penting selamat perjalanan. Sepanjang perjalanan mmg banyak kelihatan dijual 'sinalau bakas'. Suami agak tertarik untuk singgah tapi kebetulannya ketika jumpa 'sinalau bakas' yang seterusnya, selain perkatan itu ada perkataan "Sinalau bakas/ Babi Panggang" aduhh! nasib baik tak jadi berhenti hahaha.

Kami berhenti seketika di Pekan Nabalu. Menurut cerita tempatan, Gunung Kinabalu mendapat namanya sempena seorang penduduk pekan Nabalu yang pertama mendaki puncak gunung itu. Aki dari Nabalu. Maka jadilah namanya Kinabalu. (taktau sahih atau tak cerita ini hehe). Sempat membeli beberapa cenderamata untuk dibawa pulang, dan bergambar.

macam2 yg disibukkan oleh dua beradik ni

lihat handbag baru saya haha

makcik ni berbangsa kadazan kalau tak silap

pemandangan di belakang kedai2 di pekan nabalu


Jauh berjalan luas pandangan. Ini baru separuh hari perjalanan hari kedua kami. Sambung pada part 2 pula ye.







  

1 comment:

  1. seronok tgk gmbr kak hawa di sabah...sy xpernah sampai kota kinabalu..tp labuan pernah sampai...

    ReplyDelete