Skip to main content

Cuti cuti sabah hari kedua part 2

Ini Entry sambungan. Anda boleh baca part 1 di sini. Atau hendak baca cerita hari pertama? Di sini.

Perjalanan dari KK ke kundasang mengambil masa lebih kurang 4 jam lebih dengan santai dan singgah2  berhenti solat serta bergambar di Pekan Nabalu.

Kami tiba di kaki gunung Kinabalu lebih kurang jam 2 petang. Bergambar di Timpohon Gate, tempat dimana semua pendaki-pendaki gunung memulakan trek perjalanan pendakian. Bergambar saja, tak mendaki pun :)


we was here...kaki gunung Kinabalu :)


abg macho. Dalam kabus. Sejuk sungguh tapi saja je bergambar taknak pakai sweater.



Makan sekejap di Pekan Kundasang. Meneruskan aktiviti ke DESA Cattle Farm. Wow ala-ala New Zealand gitu! ladang lembu di pergunungan, kehijauan dengan lembu meragut rumput saujana mata memandang. Tapi pemandangan ini sempat kami saksikan lima minit sahaja sebab lepas tu kabus tebal terus menyeliputi kawasan dan semua lembu dipanggil ke rumah ladang untuk sesi pam susu. Takpelah yang penting Allah bagi izin juga melihat pemandangan tersebut walau sekejap.

 Masa susun nak bergambar belakang tu nampak kehijauannya tapi bila snap! kabus dah penuh :) sejuk 23 darjah celcius.
Dairy farm ini berlatar belakang padang rumput hijau dan gunung kinabalu.Sungguh cantik!

Lembu-lembu dipanggil untuk sesi memerah susu jam 4 petang. Kita boleh tengok operasi pemerahan itu dijalankan dari bilik berkaca.

Ada sedikit bayaran masuk tapi tak pasti berapa kerana suami yang membayar :)


Selepas menghabiskan sejam lebih disini, kami terus ke resort yang telah suami tempah, Kinabalu Pine Resort. Sangat sangat jatuh cinta dengan suasana yang ditawarkan oleh resort ini. Bilik kami menghadap ke gunung Kinabalu. Suasananya sangat tenang, indah dan mendamaikan.

Pemandangan dari beranda bilik

Gunung Kinabalu pada pukul 6 pagi

Desa Cattle Farm sayup dikejauhan sana

Jam 6.30 pagi dah tak nampak langsung bayang gunung. Dah dilitupi kabus tebal.

Ini view bilik dari pandangan atas


Terima kasih Allah, diatas ruang dan peluang yang Kau berikan kepada kami untuk menikmati keindahan ciptaanMu.








Comments

Popular posts from this blog

20 Aktiviti untuk Pelajar Pasca PT3

Setelah selesai Pentaksiran PT3, waktu persekolahan masih ada berbaki lagi sebulan lebih bagi pelajar-pelajar tingkatan 3. Nak belajar lagi? Rasanya inilah ruang dan waktu untuk mereka melepaskan tekanan selepas berusaha bersungguh-sungguh belajar dari awal tahun untuk memastikan kecemerlangan dalam pencapaian akademik mereka.  Apa yang boleh dilakukan oleh para pelajar? Aktiviti yang masih berada dalam skop pembelajaran, pdp luar bilik darjah. Sekolah saya telah menetapkan bahawa pelajar-pelajar ini akan di kawal selia oleh satu unit panitia sekurang-kurangnya 3 kali pertemuan di sepanjang tempoh program pasca. Guru-guru yang terlibat akan merancang dan menjalankan aktiviti sepanjang waktu pdp sehari bersama panitia yang ditetapkan. Berikut saya kongsikan antara aktiviti-aktiviti yang telah dilakukan oleh pelajar pasca pt3 2017 sekolah saya. 1. English Day Carnival     Antara aktiviti yang dilakukan sepanjang sehari ini ialah explorace dan treasure hunt. ...

8 TIPS CEMERLANG MATEMATIK TAMBAHAN

8 TIPS CEMERLANG MATEMATIK TAMBAHAN 1.     Pelajar memang hendak belajar. (tidak dipaksa) 2.     Pelajar sanggup untuk berusaha .(Kamu perlu membuat semua latihan yang diarahkan oleh guru tanpa merungut, dan membuat semula semua pembetulan bagi setiap kesalahan yang telah dibincangkan) 3.     Mempunyai semangat untuk bersungguh-sungguh. Mempunyai keazaman yang tinggi (Jika kamu tidak dapat menjawab soalan yang diberi, kamu akan mencari jawapan dari sumber rujukan dan sedaya upaya berusaha untuk menyelesaikannya, tanpa berhenti separuh jalan) 4.     Bina kebolehan untuk fokus pada sesi pembelajaran , belajar untuk ‘ block ’ semua gangguan-gangguan yang menghalang kelancaran kamu belajar( Jauhkan diri/simpan semua telefon, ‘ facebook ’, tv dan sebagainya. ) 5.     Beri tumpuan kepada proses membuat latih tubi matematik sekurang-kurangnya 2 jam secara berterusan seminggu sekali. ...

Tema colour blocking untuk hari guru 2018

         Sambutan hari guru tahun ni meriah sungguh dengan pelbagai warna warni pakaian guru2 smk durian mas. Tema colour blocking sememangnya tema yg menarik kerana guru2 dikehendaki memakai pakaian yg berbeza2 dan kontra warna nya. Tidak boleh sama kaler tudung dgn kaler baju dengan kaler kain dengan kaler kasut dengan kaler handbag hehehehe memang puas juga lah membuka wardrobe dan menyuai padan semua kaler2 baju sedia ada hihihi 😁         Semua rakan guru tak kira lelaki atau wanita mmg bersatu hati memenuhi kehendak tema. Saya kebetulan merupakan guru bertugas minggu ni. Jadi tak dpt sama2 berselfie masa pagi sebelum semua guru bersedia berarak dan masuk ke dewan dmas. Anggun, jelita, hensem, gojes semua rakan2 guru 😍 colourful hehehe Walaupun kami bertugas mengawal murid2, nak selfie jugak hahahaha Aktiviti hari guru adalah seperti masa2 sambutan yg lalu, membaca perutusan dari pihak2 atas...