Alhamdulillah menjengah kita semua ke tahun baru 2013. Mudah-mudahan segalanya dipermudahkan Allah. Tahun ni saya dipertanggungjawabkan dengan 2 kelas matematik tambahan SPM ting 5, 2 kelas matematik PBS (satu kelas ting 1 dan satu kelas ting 2), dan 1 kelas matematik PMR ting 3. Masih lagi guru penasihat pengakap, dan guru penasihat kelab Bola Jaring.
Aktiviti pertama yang saya lakukan adalah memberi taklimat HOTS kepada rakan-rakan guru Matematik dan Sains semasa mesyuarat bidang kali pertama.
Apa benda HOTS ni? HOTs adalah singkatan kepada Higher Order Thinking Skills. Guru perlu memperbanyakkan soalan berbentuk HOTs dikalangan pelajar ketika sesi P&P. Soalan yang dikategorikan Hots adalah jenis-jenis soalan yang memerlukan pelajar mengeluarkan idea kreatif dan inovatif mereka dalam menjawab soalan. Dalam bahasa ringkas, pelajar mesti BERFIKIR, untuk menjawab soalan-soalan HOTs.
Aktiviti pertama yang saya lakukan adalah memberi taklimat HOTS kepada rakan-rakan guru Matematik dan Sains semasa mesyuarat bidang kali pertama.
Apa benda HOTS ni? HOTs adalah singkatan kepada Higher Order Thinking Skills. Guru perlu memperbanyakkan soalan berbentuk HOTs dikalangan pelajar ketika sesi P&P. Soalan yang dikategorikan Hots adalah jenis-jenis soalan yang memerlukan pelajar mengeluarkan idea kreatif dan inovatif mereka dalam menjawab soalan. Dalam bahasa ringkas, pelajar mesti BERFIKIR, untuk menjawab soalan-soalan HOTs.
Untuk menjelaskan lagi bagaimana yang dikatakan HOTs ini, kita boleh membezakannya melalui contoh dibawah. LOTs(Lower Order Thinking Skills) adalah soalan yang sering guru tanya, ubahsuai sedikit soalan dengan masukkan unsur-unsur berfikir, maka soalan tersebut sudah menjadi HOTs.
Soalan diubahsuai menjadi situasi harian, dengan ada unsur-unsur berfikir. Subjektif. Saiz apa? Bentuk mana yang terbaik? Budak kena lah bagi jawapan mengikut fikiran mereka masing-masing.
Tugasan 2 ni memang perlukan pelajar berfikir luar dari kotak pemikiran biasa. Takde formula tertentu lagi.
Eh kejap, kejap. Kenapa kita nak pelajar2 ni jawab soalan HOTs ni?
Generasi pelajar yang kita didik ini adalah generasi yang mempunyai persaingan yang mencabar dan sengit. Mereka perlu disediakan agar mampu bertahan dalam cabaran dunia akan datang. Salah satu caranya adalah membina masyarakat yangboleh berfikir secara kreatif dan kritis.
Ini adalah sebab yang kedua. Malaysia menyertai dua peperiksaan diperingkat antarabangsa yang dinamakan TIMSS dan PISA . Soalan-soalan yang dikemukakan oleh peperiksaan ini memang berbentuk HOTs. Jadi, untuk membolehkan hasrat negara itu dicapai, kita mestilah ajar dan terapkan P&P berbentuk berfikir ini kepada mereka.
Peperiksaan ini akan diduduki oleh sesiapa saja pelajar tingkatan 2, mungkin anak murid/adik/kakak/abang/anak awak, mungkin anak murid/anak saya.
Jadi, selepas ini, guru-guru perlulah menjadi SHOTs pula ye. (Super Higher Order Thinking Skills). Kalau nak anak murid beri jawapan HOTs, tentulah guru perlu terlebih dahulu ada kemahiran membina soalan-soalan sedemikian. (Sebenarnya soalan HOTs inilah yang menjadi asas soalan band 6 saya dalam PBS tingkatan 1 yang lalu) Penerapan Kemahiran berfikir. Namun kekangannya adalah, saya sendiri kurang kreatif. Maka soalan saya tetap mempunyai satu jawapan akhir yang pasti.Kerana itulah matematik bagi saya. Tepat. dan Pasti. Hmmm...doakan saya boleh menjadi guru yang lebih kreatif tahun ini...dan tahun2 yang mendatang.amin..
Sumber : Taklimat HOTs di PPD Kuala Pilah pada 20 Nov 2012
Bahan-bahan kursus HOTs diambil di web Bahagian Pembangunan Kurikulum
syabas cikgu ..teruskan perjuangan...terima kasih cikgu
ReplyDeleteassalamualaikum
ReplyDeleteterima kasih atas info yang sangat bermanfaat ini.
sangat membantu :)
terima kasih. sgt bermafaat. jemput ke blog saya
ReplyDeletehttp://pbssainsonline.blogspot.com/
Assalamualaikum, maaf saya ada soalan. Hots/KBAT ni apply bagi math dan addmath Form 4 & 5 juga ke cikgu? Terima kasih.
ReplyDeleteSoalan math dan addmath form4 form5 juga telah mula mempunyai +-20% soalan berbentuk kbat mulai spm 2013
ReplyDeleteddddddddddddd
ReplyDeletedimana nk dapatkan buku2 ni ? adik saya mnta belikan..minta emel sy info di erine_isharina@yahoo.com
ReplyDeleteJika cik/tuan/puan ingin melihat soalan-soalan yang sesuai untuk pentaksiran kbat(sebelum ini di kenali sebagai hots), bolehlah pergi ke website oleh pusat pembangunan kurikulum kbatsm.my
ReplyDelete