Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2015

Trip Jelajah Selatan Thailand -Golok Hari 1

Sungguh lama rasanya tidak menulis tentang aktiviti kesukaan kami sekeluarga iaitu melancong. Kali ini kami mengorak perjalanan keluar dari sempadan negara Malaysia. Travel kali ini adalah perjalanan pertama ke luar negara bagi Lukhman, Yussuf dan Khadijah. Namun memang perjalanan pertama bagi Fateh, si kecil saya berusia 5 bulan. Amboiii keluar negara terus kau Fateh! Sebagai permulaan, kami hanya pergi ke sebelah selatan Thailand, iaitu masuk melalui Rantau Panjang ke Golok, ke Narathiwat, ke Pattani, ke Songkhla dan turun semula ke Hatyai, seterusnya ke Dannok dan masuk semula ke Malaysia melalui sempadan di Bukit Kayu Hitam. Perjalanan ini tidak terancang. Bila sahabat saya di sekolah, cik Jah memaklumkan tentang majlis perkahwinannya yang akan berlangsung di Ketereh, Kelantan, pada 2 Jun 2015,  saya dengan penuh semangat kata akan hadir. Insha Allah hadir. Sedaya upaya akan hadir hahahaha.(hebatkan kesungguhan saya hihi).. ini antara sahabat baik saya di sekolah. Sebenarnya se