Pada 11 April lalu, saya telah menghantar 4 pelajar matematik tambahan sekolah saya bagi menghadiri suatu bengkel kecemerlangan matematik tambahan di Sek Men Sains Tuanku Jaafar, Kuala Pilah. Sebenarnya, program ini adalah program mingguan bagi sekolah tersebut. Setiap minggu, sekolah tersebut akan mengumpulkan para pelajarnya untuk suatu program perkampungan dari petang Jumaat sehingga Ahad tengahari. Program perkampungan itu menumpu kepada satu subjek sahaja pada setiap minggu. Kebetulan minggu ini merupakan minggu yang dikhususkan untuk subjek matematik tambahan. Maka Panitia Daerah pun menumpang sekaki lah menghantar wakil pelajar dari sekolah masing-masing termasuk sekolah saya hehe Program ini sangat memberi makna kepada para pelajar saya kerana mereka mendapat manfaat yang sangat banyak terutama bagi silabus tingkatan 4. Mereka di duduk kan dalam kumpulan kumpulan berbeza, dan setiap kumpulan mempunyai seorang guru muda serta seorang fasilitator yang terdiri dari pelajar ter...
Life.. uncertainty.. Nothing is particularly hard if u divided it into small jobs