Saturday, 20 June 2015

Bengkel Matematik Tambahan di SM Sains Tuanku Jaafar

Pada 11 April lalu, saya telah menghantar 4 pelajar matematik tambahan sekolah saya bagi menghadiri suatu bengkel kecemerlangan matematik tambahan di Sek Men Sains Tuanku Jaafar, Kuala Pilah. Sebenarnya, program ini adalah program mingguan bagi sekolah tersebut.

Setiap minggu, sekolah tersebut akan mengumpulkan para pelajarnya untuk suatu program perkampungan dari petang Jumaat sehingga Ahad tengahari. Program perkampungan itu menumpu kepada satu subjek sahaja pada setiap minggu. Kebetulan minggu ini merupakan minggu yang dikhususkan untuk subjek matematik tambahan. Maka Panitia Daerah pun menumpang sekaki lah menghantar wakil pelajar dari sekolah masing-masing termasuk sekolah saya hehe

Program ini sangat memberi makna kepada para pelajar saya kerana mereka mendapat manfaat yang sangat banyak terutama bagi silabus tingkatan 4. Mereka di duduk kan dalam kumpulan kumpulan berbeza, dan setiap kumpulan mempunyai seorang guru muda serta seorang fasilitator yang terdiri dari pelajar terbaik bagi subjek matematik tambahan sekolah tersebut, dan bekas pelajar sekolah itu yang mendapat A+ dalam SPM  bagi subjek matematik tambahan.


                                      
                                     Barisan Guru Panitia Matematik Tambahan Kuala Pilah


Dewan sekolah sains Tuanku Jaafar. Pelajar duduk dalam kumpulan


Faiz Iz'aan.

Nur Alyaa.

Nurul Afifah.

Aina Insyirah.


Mula-mula mereka malu dan segan. Maklumlah di kelilingi pelajar-pelajar sbp, Namun segan tu sekejap je. Selepas sejam dah nampak mereka aktif bertanya. Semangat macam tu lah yang saya mahu dan yang mesti ada pada semua pelajar :) Semoga kalian dan semua pelajar addmath lain cemerlang dalam subjek ni ye  :) Terima kasih juga pada tuan rumah sebab membenarkan kami sama-sama menyertai program ni.








No comments:

Post a Comment