Skip to main content

Posts

Showing posts with the label ulasan buku

lampu hijau pun rezeki (Mudahnya menjemput rezeki)

Pagi ini, saya terlambat 10 minit dari suatu pertemuan yang dijanjikan. Ada alasan yg munasabah untuk kelewatan ini. Maka, apabila hendak memulakan pemanduan, membaca selawat 3 kali, dan berdoa untuk memulakan perjalanan, kali ini ditambah dengan doa 'robbi yassir wala tuassir' (Ya Allah permudahkanlah jangan disusahkan). Perjalanan yg saya lalui memerlukan saya menempuh 9 lampu isyarat sblm sampai ke tempat yang dijanjikan. Tapi berkat izin dan rezeki dari Allah, kesemua sembilan2 lampu isyarat itu menyala hijau apabila saya menghampirinya. Tak perlu berhenti. Perjalanan dimudahkan oleh Allah. Alhamdulillah. Lewat 10 minit tidak terjadi kerana dapat sampai ke tempat yang dituju tepat pada masa yang dijanjikan. Semua yang berlaku juga adalah kerana kemurahan Allah mengurniakan rezeki lampu hijau kepada saya. Kerana lampu hijau, hati saya menjadi tenang, pemanduan saya lebih lancar dan dapat sampai ke tempat yang dituju tanpa bimbang dan rasa bersalah. Terima kasih Allah. En...