Skip to main content

lampu hijau pun rezeki (Mudahnya menjemput rezeki)

Pagi ini, saya terlambat 10 minit dari suatu pertemuan yang dijanjikan. Ada alasan yg munasabah untuk kelewatan ini. Maka, apabila hendak memulakan pemanduan, membaca selawat 3 kali, dan berdoa untuk memulakan perjalanan, kali ini ditambah dengan doa 'robbi yassir wala tuassir' (Ya Allah permudahkanlah jangan disusahkan). Perjalanan yg saya lalui memerlukan saya menempuh 9 lampu isyarat sblm sampai ke tempat yang dijanjikan. Tapi berkat izin dan rezeki dari Allah, kesemua sembilan2 lampu isyarat itu menyala hijau apabila saya menghampirinya. Tak perlu berhenti. Perjalanan dimudahkan oleh Allah. Alhamdulillah. Lewat 10 minit tidak terjadi kerana dapat sampai ke tempat yang dituju tepat pada masa yang dijanjikan.

Semua yang berlaku juga adalah kerana kemurahan Allah mengurniakan rezeki lampu hijau kepada saya. Kerana lampu hijau, hati saya menjadi tenang, pemanduan saya lebih lancar dan dapat sampai ke tempat yang dituju tanpa bimbang dan rasa bersalah. Terima kasih Allah.

Entry ini sebenarnya merupakan kesan daripada pembacaan buku "Mudahnya Menjemput Rezeki" karya Fathuri Salehuddin.


Menurut pengarang tafsir al-quran asy-sya'rawy(perkongsian dalam buku mudahnya menjemput rezeki karya fathuri salehuddin) katanya "rezeki adalah apa-apa yang kita rasakan manfaatnya, sama ada halal ataupun haram, sama ada baik atau buruk".   Maka bagi kes saya pagi ini, saya mendapat manfaat dari lampu isyarat yang hijau, maka itu kan rezeki bagi saya? :)



Ada 3 perkara yang benar-benar menjadi harta seseorang:
                            1. Apa apa yang dia telah makan,  maka dia telah habiskan.
                            2. Apa apa yang dia telah pakai,  maka dia telah lusuhkan
                            3. apa apa yang dia telah berikan, maka ia menjadi simpanannya(pahala di akhirat)

Dan selain dari itu, maka ia akan pergi(musnah), sedang apa yang ditinggalnya adalah untuk manusia yang lain.

             Buku mudahnya menjemput rezeki ini memang mengubah persepsi saya tentang rezeki. Kesihatan itu rezeki, ilmu itu rezeki, mudah urusan itu rezeki, malahan keinginan untuk menambah ilmu juga adalah rezeki. Udara, air, idea, memgamalkan ilmu, mengajar dan menyebarkan ilmu juga adalah rezeki. Pendek kata, apa saja yang memberi manfaat kepada pelakunya, adalah kurniaan rezeki dari Allah.

Sifat sifat  rezeki seperti yang dinyatakan di dalam buku ini:
                      -rezeki tidak tunduk kepada sebab-sebab yang dibuat manusia
                      -rezeki hanya tunduk atas kehendak Allah
                      - Allah boleh beri rezeki kepada sesiapa sahaja dengan titdak terhitung banyaknya
                      - Kehendak Allah adalah mutlak. Allah yang menambah dan mengurangi rezeki.

Empat  bahagian kupasan iaitu:  Bahagian 1: apa itu rezeki.
                                                Bahagian 2: menjempur rezeki
                                                Bahagian 3: cerita menjemput rezeki
                                                Bahagian 4: apa perlu saya buat sekarang.

Buku ini menjelaskan secara terperinci bahawa rezeki itu milik Allah. Kita boleh berusaha untuk mendapatkannya tapi yang berhak hendak memberi banyak, atau sikit, adalah Allah. Bergantung pada keyakinan dan kesungguhan kita atas rezeki tersebut. Jadi, bagaimana cara terbaik agar rezeki itu sudi menemui kita? Bagaimana caranya untuk rezeki itu dapat dijemput terus kepada kita? Tidak terhalang, tidak tersekat, malah tidak tertangguh? Ada banyak cara yang diketengahkan oleh buku ini tapi yang paling berkesan di hati saya dalam menjemput rezeki, adalah dengan bersedekah!

Terima kasih atas setiap rezeki mu ya Allah. Jika anda ingin tahu lebih lanjut tentang bagaimana cara-cara lain dalam menjemput rezeki, kenalah baca sendiri buku ini ya :)










Comments

Popular posts from this blog

20 Aktiviti untuk Pelajar Pasca PT3

Setelah selesai Pentaksiran PT3, waktu persekolahan masih ada berbaki lagi sebulan lebih bagi pelajar-pelajar tingkatan 3. Nak belajar lagi? Rasanya inilah ruang dan waktu untuk mereka melepaskan tekanan selepas berusaha bersungguh-sungguh belajar dari awal tahun untuk memastikan kecemerlangan dalam pencapaian akademik mereka.  Apa yang boleh dilakukan oleh para pelajar? Aktiviti yang masih berada dalam skop pembelajaran, pdp luar bilik darjah. Sekolah saya telah menetapkan bahawa pelajar-pelajar ini akan di kawal selia oleh satu unit panitia sekurang-kurangnya 3 kali pertemuan di sepanjang tempoh program pasca. Guru-guru yang terlibat akan merancang dan menjalankan aktiviti sepanjang waktu pdp sehari bersama panitia yang ditetapkan. Berikut saya kongsikan antara aktiviti-aktiviti yang telah dilakukan oleh pelajar pasca pt3 2017 sekolah saya. 1. English Day Carnival     Antara aktiviti yang dilakukan sepanjang sehari ini ialah explorace dan treasure hunt. ...

8 TIPS CEMERLANG MATEMATIK TAMBAHAN

8 TIPS CEMERLANG MATEMATIK TAMBAHAN 1.     Pelajar memang hendak belajar. (tidak dipaksa) 2.     Pelajar sanggup untuk berusaha .(Kamu perlu membuat semua latihan yang diarahkan oleh guru tanpa merungut, dan membuat semula semua pembetulan bagi setiap kesalahan yang telah dibincangkan) 3.     Mempunyai semangat untuk bersungguh-sungguh. Mempunyai keazaman yang tinggi (Jika kamu tidak dapat menjawab soalan yang diberi, kamu akan mencari jawapan dari sumber rujukan dan sedaya upaya berusaha untuk menyelesaikannya, tanpa berhenti separuh jalan) 4.     Bina kebolehan untuk fokus pada sesi pembelajaran , belajar untuk ‘ block ’ semua gangguan-gangguan yang menghalang kelancaran kamu belajar( Jauhkan diri/simpan semua telefon, ‘ facebook ’, tv dan sebagainya. ) 5.     Beri tumpuan kepada proses membuat latih tubi matematik sekurang-kurangnya 2 jam secara berterusan seminggu sekali. ...

Tema colour blocking untuk hari guru 2018

         Sambutan hari guru tahun ni meriah sungguh dengan pelbagai warna warni pakaian guru2 smk durian mas. Tema colour blocking sememangnya tema yg menarik kerana guru2 dikehendaki memakai pakaian yg berbeza2 dan kontra warna nya. Tidak boleh sama kaler tudung dgn kaler baju dengan kaler kain dengan kaler kasut dengan kaler handbag hehehehe memang puas juga lah membuka wardrobe dan menyuai padan semua kaler2 baju sedia ada hihihi 😁         Semua rakan guru tak kira lelaki atau wanita mmg bersatu hati memenuhi kehendak tema. Saya kebetulan merupakan guru bertugas minggu ni. Jadi tak dpt sama2 berselfie masa pagi sebelum semua guru bersedia berarak dan masuk ke dewan dmas. Anggun, jelita, hensem, gojes semua rakan2 guru 😍 colourful hehehe Walaupun kami bertugas mengawal murid2, nak selfie jugak hahahaha Aktiviti hari guru adalah seperti masa2 sambutan yg lalu, membaca perutusan dari pihak2 atas...