Skip to main content

8 TIPS CEMERLANG MATEMATIK TAMBAHAN








8 TIPS CEMERLANG MATEMATIK TAMBAHAN

1.    Pelajar memang hendak belajar.(tidak dipaksa)

2.    Pelajar sanggup untuk berusaha.(Kamu perlu membuat semua latihan yang diarahkan oleh guru tanpa merungut, dan membuat semula semua pembetulan bagi setiap kesalahan yang telah dibincangkan)

3.    Mempunyai semangat untuk bersungguh-sungguh. Mempunyai keazaman yang tinggi (Jika kamu tidak dapat menjawab soalan yang diberi, kamu akan mencari jawapan dari sumber rujukan dan sedaya upaya berusaha untuk menyelesaikannya, tanpa berhenti separuh jalan)

4.    Bina kebolehan untuk fokus pada sesi pembelajaran, belajar untuk ‘block’ semua gangguan-gangguan yang menghalang kelancaran kamu belajar( Jauhkan diri/simpan semua telefon, ‘facebook’, tv dan sebagainya. )

5.    Beri tumpuan kepada proses membuat latih tubi matematik sekurang-kurangnya 2 jam secara berterusan seminggu sekali.

6.    Beli satu buku rujukan matematik tambahan dan jawab semua latihan yang ada dalamnya. (Dapat lengkapkan buat satu buku pun dah boleh berjaya!)

7.    Kamu patut mensasarkan 80% jawapan betul pada setiap latihan yang kamu buat. (Contohnya jika pada satu sesi latih tubi kamu menjawab 20 soalan dan hanya 12 daripadanya betul, kamu baru dapat 60% jawapan betul, maka ulang proses latih tubi itu sehingga mendapat lebih 16 soalan betul-ini barulah 80% betul!). Ingat ketika latih tubi ini, bantuan dari guru, atau kawan, atau buku rujukan tidak diambil kira sebagai betul. Mesti buat sendiri.

8.    Cara belajar matematik adalah dengan memahami konsep, bukan menghafal step.  Setiap kali latihan, baca soalan dengan teliti dan fikirkan apa yang soalan itu minta kamu cari. Setelah tahu apa yang dikehendaki, pasti kamu boleh mengira jawapannya. Untuk setiap soalan akan ada asas algebra seperti y  dan x, pecahan, nombor positif, nombor negatif dan semua asas matematik yang lain. Pastikan kamu menguasai asas-asas ini bagi mengelakkan berlakunya careless mistakes sewaktu buat soalan addmath.


SEMOGA ANDA BERJAYA.
SETIAP ANDA BERHAK MENDAPAT KEJAYAAN.
SUDAH BUAT LATIH TUBI HARI INI?












Sebahagian besar idea dikongsi  dari laman web http://www.epitomeofsuccess.com/






Comments

  1. assalamualaikum,,cikgu hawa...saya nak tanya,,selain blog,,cikgu ada facebook x supaya sya dpt berhubung dengan cikgu???

    ReplyDelete
  2. boleh hubungi saya di facebook saya ye :)

    ReplyDelete
  3. sya akan cuba tips ne... :)

    ReplyDelete
  4. Banyakkan buat soalan tahun2 lepas dan cuba analisi bentuk dan format soalan yg kerap ditanya. Fahami formula2 yang akan diberikan dlm exam nnti. Sentiasa bertanya kepada cikgu. Alhamdulilah, dengan cara berikut, saya telah lulus dgn cemerlang dlm subjek ini. #spmxcandidate2012

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tema colour blocking untuk hari guru 2018

         Sambutan hari guru tahun ni meriah sungguh dengan pelbagai warna warni pakaian guru2 smk durian mas. Tema colour blocking sememangnya tema yg menarik kerana guru2 dikehendaki memakai pakaian yg berbeza2 dan kontra warna nya. Tidak boleh sama kaler tudung dgn kaler baju dengan kaler kain dengan kaler kasut dengan kaler handbag hehehehe memang puas juga lah membuka wardrobe dan menyuai padan semua kaler2 baju sedia ada hihihi 😁         Semua rakan guru tak kira lelaki atau wanita mmg bersatu hati memenuhi kehendak tema. Saya kebetulan merupakan guru bertugas minggu ni. Jadi tak dpt sama2 berselfie masa pagi sebelum semua guru bersedia berarak dan masuk ke dewan dmas. Anggun, jelita, hensem, gojes semua rakan2 guru 😍 colourful hehehe Walaupun kami bertugas mengawal murid2, nak selfie jugak hahahaha Aktiviti hari guru adalah seperti masa2 sambutan yg lalu, membaca perutusan dari pihak2 atasan seperti kppm dan jpn, sukaneka, persembah

Fibroid : Wanita tanpa rahim

Ini cerita saya yg terkini. 2019 yg penuh memori. Gambar harini, first day kerja, 3 minggu selepas pembedahan. Muka nampak cengkung dan kurus sgt. Saya hilang byk berat badan dek kerana hilang byk sgt darah sebelum ni. Harap lepas ni dpt berisi sikit hehe Hari ini genap 3 minggu selepas saya membuat pembedahan buang fibroid dan rahim. Hari ni juga hari pertama saya mula bekerja semula. Alhamdulillah  dapat kelulusan untuk duduk mengajar di bilik khas bilik APD( alat pandang dengar) sepanjang 2 minggu akan datang ni. Jadi tak perlu naik tangga turun tangga untuk ke kelas2 pelajar. Hanya duduk di sini dan menunggu pelajar2 saya datang. Walaupun secara keseluruhan nya saya merasa sihat dan sudah boleh mula bekerja, tetapi kena juga menjaga kesihatan supaya tak mendatangkan apa2 mudarat. Jangan berjalan banyak, jangan berjalan laju sgt, dan jangan angkat benda2 yg berat. Sekurang2nya sebulan setengah kata doktor. Sebab tu saya mohon izin duduk bilik ni buat sementara. Men

20 Aktiviti untuk Pelajar Pasca PT3

Setelah selesai Pentaksiran PT3, waktu persekolahan masih ada berbaki lagi sebulan lebih bagi pelajar-pelajar tingkatan 3. Nak belajar lagi? Rasanya inilah ruang dan waktu untuk mereka melepaskan tekanan selepas berusaha bersungguh-sungguh belajar dari awal tahun untuk memastikan kecemerlangan dalam pencapaian akademik mereka.  Apa yang boleh dilakukan oleh para pelajar? Aktiviti yang masih berada dalam skop pembelajaran, pdp luar bilik darjah. Sekolah saya telah menetapkan bahawa pelajar-pelajar ini akan di kawal selia oleh satu unit panitia sekurang-kurangnya 3 kali pertemuan di sepanjang tempoh program pasca. Guru-guru yang terlibat akan merancang dan menjalankan aktiviti sepanjang waktu pdp sehari bersama panitia yang ditetapkan. Berikut saya kongsikan antara aktiviti-aktiviti yang telah dilakukan oleh pelajar pasca pt3 2017 sekolah saya. 1. English Day Carnival     Antara aktiviti yang dilakukan sepanjang sehari ini ialah explorace dan treasure hunt. 2