Skip to main content

Pentaksiran Matematik Berasaskan Sekolah 2012

Pada 9 , 10 dan 12 April yang lalu, saya telah mewakili sekolah untuk hadir pada kursus pentaksiran berasaskan sekolah bagi subjek matematik. Ini kerana saya ada mengajar 2 kelas matematik tingkatan 1 sekolah saya. Kursus yang saya hadiri ini telah dijalankan di PPD Kuala Pilah.

Secara umumnya, kursus ini memberi manfaat kepada saya kerana dengan menghadirinya, saya dapat mengetahui apakah objektif PBS ini yang begitu kabur pada saya sebelum ini. Secara ringkasnya, PBS matematikTingkatan 1 meliputi keseluruhan topik dan subtopik Matematik Tingkatan 1 yang dibahagikan kepada 70 elemen meliputi kesemua Band 1 hingga Band 6.  Walaupun pada mulanya agak sukar untuk kami guru-guru memahami apakah kehendak sebenar setiap band itu, tapi selepas melalui bengkel sehari lebih menyiapkan soalan-soalan mengikut descriptor, kami akhirnya berjaya menghasilkan 7 set soalan lengkap dari B1D1E1 hinggalah ke B6D1E1. Sekurang-kurangnya, kami telah mempunyai bank soalan yang sesuai untuk terus digunapakai sebagai bahan ujian pelajar bila pulang ke sekolah.


Sewaktu sesi perbengkelan membuat soalan. Syukur sangat-sangat dengan kemudahan wifi yang disediakan, dapat mempercepatkan kami merangka dan membina soalan yang diperlukan.


Semasa sesi pembentangan soalan. Rasa bangga jugalah kerana daripada 7 kumpulan, kumpulan kami lah satu-satunya yang langsung tidak mendapat bantahan dari Jurulatih Utama. Pembentangan lancar kerana semua soalan nampaknya JU angguk-angguk dan setuju je hehe!


Terlupa pula nak ambil gambar JU. Apapun, moga program KPM yang terkini ini dapat dilaksanakan seperti yang dirancang disekolah-sekolah. Saya perlu buat in-house training bila pulang ke sekolah tapi dah seminggu entry ni, tak sompek laie! 





>cikgu ni, dah pergi kursus tu kena lah sebarkan pada rakan-rakan di sekolah pula. Janganlah simpan sorang je!
>> eh eh ada ke saya cakap tak nak buat? Memandai je awak ni! Tengah pilih tarikh la ni, sibuk!





Comments

Popular posts from this blog

20 Aktiviti untuk Pelajar Pasca PT3

Setelah selesai Pentaksiran PT3, waktu persekolahan masih ada berbaki lagi sebulan lebih bagi pelajar-pelajar tingkatan 3. Nak belajar lagi? Rasanya inilah ruang dan waktu untuk mereka melepaskan tekanan selepas berusaha bersungguh-sungguh belajar dari awal tahun untuk memastikan kecemerlangan dalam pencapaian akademik mereka.  Apa yang boleh dilakukan oleh para pelajar? Aktiviti yang masih berada dalam skop pembelajaran, pdp luar bilik darjah. Sekolah saya telah menetapkan bahawa pelajar-pelajar ini akan di kawal selia oleh satu unit panitia sekurang-kurangnya 3 kali pertemuan di sepanjang tempoh program pasca. Guru-guru yang terlibat akan merancang dan menjalankan aktiviti sepanjang waktu pdp sehari bersama panitia yang ditetapkan. Berikut saya kongsikan antara aktiviti-aktiviti yang telah dilakukan oleh pelajar pasca pt3 2017 sekolah saya. 1. English Day Carnival     Antara aktiviti yang dilakukan sepanjang sehari ini ialah explorace dan treasure hunt. ...

8 TIPS CEMERLANG MATEMATIK TAMBAHAN

8 TIPS CEMERLANG MATEMATIK TAMBAHAN 1.     Pelajar memang hendak belajar. (tidak dipaksa) 2.     Pelajar sanggup untuk berusaha .(Kamu perlu membuat semua latihan yang diarahkan oleh guru tanpa merungut, dan membuat semula semua pembetulan bagi setiap kesalahan yang telah dibincangkan) 3.     Mempunyai semangat untuk bersungguh-sungguh. Mempunyai keazaman yang tinggi (Jika kamu tidak dapat menjawab soalan yang diberi, kamu akan mencari jawapan dari sumber rujukan dan sedaya upaya berusaha untuk menyelesaikannya, tanpa berhenti separuh jalan) 4.     Bina kebolehan untuk fokus pada sesi pembelajaran , belajar untuk ‘ block ’ semua gangguan-gangguan yang menghalang kelancaran kamu belajar( Jauhkan diri/simpan semua telefon, ‘ facebook ’, tv dan sebagainya. ) 5.     Beri tumpuan kepada proses membuat latih tubi matematik sekurang-kurangnya 2 jam secara berterusan seminggu sekali. ...

Tema colour blocking untuk hari guru 2018

         Sambutan hari guru tahun ni meriah sungguh dengan pelbagai warna warni pakaian guru2 smk durian mas. Tema colour blocking sememangnya tema yg menarik kerana guru2 dikehendaki memakai pakaian yg berbeza2 dan kontra warna nya. Tidak boleh sama kaler tudung dgn kaler baju dengan kaler kain dengan kaler kasut dengan kaler handbag hehehehe memang puas juga lah membuka wardrobe dan menyuai padan semua kaler2 baju sedia ada hihihi 😁         Semua rakan guru tak kira lelaki atau wanita mmg bersatu hati memenuhi kehendak tema. Saya kebetulan merupakan guru bertugas minggu ni. Jadi tak dpt sama2 berselfie masa pagi sebelum semua guru bersedia berarak dan masuk ke dewan dmas. Anggun, jelita, hensem, gojes semua rakan2 guru 😍 colourful hehehe Walaupun kami bertugas mengawal murid2, nak selfie jugak hahahaha Aktiviti hari guru adalah seperti masa2 sambutan yg lalu, membaca perutusan dari pihak2 atas...