Skip to main content

Posts

Showing posts with the label abah

Doa keselamatan dunia akhirat

Beberapa hari ini, minda dan jiwa saya sangat-sangat kacau. Saya pun kurang pasti kenapa. Saya merasa sangat-sangat merindukan abah. Terkenang segala kebaikannya, senyumannya, dan sangat ingin bersalam dan menatap wajahnya. Memberikan sedeqah Al-fatihah juga belum dapat meredakan ketegangan rindu kali ini. Abah.. Abah saya seorang bekas pesara guru agama. Sejak kecil lagi, saya sering didendangkan dengan irama-irama zikir dan bacaan merdu al-quran dari abah. Saya belajar mengenal huruf alif, ba, ta, surah-surah dalam muqaddam..seterusnya boleh membaca quran sebelum darjah satu, adalah kerana bimbingan abah. Sehingga tamat khatam al-qur'an..kerana bimbingan abah. Terkenang saya kepada suatu peristiwa ketika di dalam darjah dua sekolah agama, ustazah yang mengimamkan solat asar kami disurau, berpaling kepada saya dan rakan-rakan sekelas lalu bertanya, " Siapa diantara kamu yang boleh membacakan doa ringkas untuk kita semua selepas solat?". Kami semua diam. Ustazah m...

memori untuk abah

Pada masa entry  ini saya taip, abah baru saja kembali ke rahmatullah 13 hari yang lalu. Terkenang betapa sayunya hati ketika mengadap tubuhnya yang sedang nazak, hanya cukup-cukup masa yang diberi Allah untuk kami adik beradik pulang dan memohon maaf daripadanya, serta merelakan pemergiannya. Kronologi bermula pada malam hari guru 16 mei 2012, abah ke masjid seperti rutin biasanya, menunaikan solat jemaah di masjid. Pergi dengan memandu kereta kancil kak Tini, sebelum maghrib dan dapat solat maghrib berjemaah, kemudian bangun berwuduk untuk solat isyak. Tatkala takbiratul ihram diangkat oleh imam untuk solat isyak, abah dikatakan mengesot undur ke belakang, dan sebelum beliau rebah, sempat disambut oleh seorang jemaah lain, dibaringkan diatas sejadah sebelum jemaah tersebut meneruskan solatnya. Usai sahaja solat isyak, bergegas jemaah menghubungi keluarga dirumah. Kak Ida dan abg Mie yang segera menyusul ke masjid selepas mendapat perkhabaran, sentiasa disisi abah sehingga amb...

Baucer Buku 1 malaysia

Baru-baru ini, suami mendapat baucer buku satu malaysia kerana dia seorang pelajar. Baucer ini diberi 4 keping dengan setiap satunya bernilai rm50. Suami ingin menggunakannya untuk membeli buku berkaitan pelajarannya tetapi bila pergi ke kedai2 buku yang kami pilih, mereka tidak menjual buku yang dia cari. Maka, kami yang menjadi peneman ini(saya dan 3 anak2) yang mendapat keseronokannya kerana suami membenarkan kami memilih apa sahaja buku yang kami mahu. Yang terlebih seronok ialah si kecil puteri noi, sampai tak menang tangan saya menjadi pekerja kedai buku tersebut sebab kena menyusun buku-buku yang telah diteraburkan olehnya. pantang ibunya membelek, toleh je dah berterabur buku dibuatnya. langsung tak boleh rampas dari tangan dia. menjerit marah kalau ambil buku yang dia pegang. Alamak! habis ibu kena saman nanti sbb buku kena air liur noi! habislah habis! terpaksa lah ibu beli buku yang noi gigit ni! Saya memang suka ke kedai buku. Sejak kecil, s...

Bintang...

Teringat suatu ketika dulu pernah bercita-cita untuk menjadi ahli astronomi. Ketika itu, suka sangat dengan pelajaran buruj dalam sains yang diajar oleh cikgu saya. Mengenalpasti bentuk buruj-buruj di dalam buku sains, kemudian pada malamnya membawa buku tersebut dan memanjat lalu berbaring diatas bumbung kereta abah, di halaman rumah, untuk membanding bentuk bintang sebenar dilangit dengan yang dalam buku. Sungguh indah bintang di langit, berkelipan dan bersinar terang dalam kegelapan malam. Pada waktu itu, terdetik alangkah indahnya kalau saya ada teleskop, boleh melihat bintang-bintang ini dengan lebih dekat, bintang yang banyak berjasa kepada ahli pelayar, juga membantu kita umat islam mengenalpasti arah kiblat. Saya menyimpan niat, apabila dewasa, nak jadi ahli astronomi, dan nak memiliki teleskop sendiri. Masa berlalu, oh saya rupanya hanya minat pada topik buruj itu sahaja, saya tidak begitu meminati bab-bab sains yang lain. Jiwa saya lebih menyukai dan menggilai s...