Skip to main content

Baucer Buku 1 malaysia

Baru-baru ini, suami mendapat baucer buku satu malaysia kerana dia seorang pelajar. Baucer ini diberi 4 keping dengan setiap satunya bernilai rm50.


Suami ingin menggunakannya untuk membeli buku berkaitan pelajarannya tetapi bila pergi ke kedai2 buku yang kami pilih, mereka tidak menjual buku yang dia cari. Maka, kami yang menjadi peneman ini(saya dan 3 anak2) yang mendapat keseronokannya kerana suami membenarkan kami memilih apa sahaja buku yang kami mahu. Yang terlebih seronok ialah si kecil puteri noi, sampai tak menang tangan saya menjadi pekerja kedai buku tersebut sebab kena menyusun buku-buku yang telah diteraburkan olehnya.

pantang ibunya membelek, toleh je dah berterabur buku dibuatnya.

langsung tak boleh rampas dari tangan dia. menjerit marah kalau ambil buku yang dia pegang.

Alamak! habis ibu kena saman nanti sbb buku kena air liur noi!

habislah habis! terpaksa lah ibu beli buku yang noi gigit ni!

Saya memang suka ke kedai buku. Sejak kecil, sejak saya pandai membaca, abah memang selalu bawa saya ke kedai buku. Ingat lagi kedai buku favourite di batu pahat iaitu Raden Book Store. Kedai ini sebelah pejabat pos. Tiap2 bulan, abah mesti bawak saya ketika nak bayar bil2 di pejabat pos. Sebab saya akan melepak di kedai buku ini berjam-jam, memilih buku yang saya suka. Sangat suka memori ini! Maklumlah dulu pejabat pos kena beratur panjang. Lama dan berjam juga abah selesaikan urusannya. Dah bayar bil2, abah kena pulak bayarkan buku2 yang telah saya pilih hehehehe. Sayang abah! Beliaulah penggalak kepada tabiat suka membaca yang saya miliki. Hingga sekarang, saya memang teruja jika pergi ke kedai buku. Masih lagi tabiat yang sama, berjam-jam pun sanggup. Cuma masa kecil dulu, pilihan buku adalah genre penyiasatan dan cerita keluarga terbitan DBP. Tapi sekarang, buku2 motivasi dan sejarah islam pula yang menjadi pilihan. Sesuai dengan peningkatan usia :) 

Antara koleksi buku yang ada di dalam simpanan saya. Ini satu partition rak. Ada 9 partition semuanya. Lain rak lain jenis buku ye (sebenarnya ni je yang paling kemas hihi yang lain senget benget asyik ditarik2 oleh anak dara saya tu).


> hek ele, cikgu ni saja je nak promote dia rajin baca buku hahaha..mana buku addmath  cikgu?
>> buku pelajaran kat sekolah lah! ini kat rumah saya la. kat sekolah pun dua rak penuh tau! huhuhu















Comments

Popular posts from this blog

Tema colour blocking untuk hari guru 2018

         Sambutan hari guru tahun ni meriah sungguh dengan pelbagai warna warni pakaian guru2 smk durian mas. Tema colour blocking sememangnya tema yg menarik kerana guru2 dikehendaki memakai pakaian yg berbeza2 dan kontra warna nya. Tidak boleh sama kaler tudung dgn kaler baju dengan kaler kain dengan kaler kasut dengan kaler handbag hehehehe memang puas juga lah membuka wardrobe dan menyuai padan semua kaler2 baju sedia ada hihihi 😁         Semua rakan guru tak kira lelaki atau wanita mmg bersatu hati memenuhi kehendak tema. Saya kebetulan merupakan guru bertugas minggu ni. Jadi tak dpt sama2 berselfie masa pagi sebelum semua guru bersedia berarak dan masuk ke dewan dmas. Anggun, jelita, hensem, gojes semua rakan2 guru 😍 colourful hehehe Walaupun kami bertugas mengawal murid2, nak selfie jugak hahahaha Aktiviti hari guru adalah seperti masa2 sambutan yg lalu, membaca perutusan dari pihak2 atasan seperti kppm dan jpn, sukaneka, persembah

Fibroid : Wanita tanpa rahim

Ini cerita saya yg terkini. 2019 yg penuh memori. Gambar harini, first day kerja, 3 minggu selepas pembedahan. Muka nampak cengkung dan kurus sgt. Saya hilang byk berat badan dek kerana hilang byk sgt darah sebelum ni. Harap lepas ni dpt berisi sikit hehe Hari ini genap 3 minggu selepas saya membuat pembedahan buang fibroid dan rahim. Hari ni juga hari pertama saya mula bekerja semula. Alhamdulillah  dapat kelulusan untuk duduk mengajar di bilik khas bilik APD( alat pandang dengar) sepanjang 2 minggu akan datang ni. Jadi tak perlu naik tangga turun tangga untuk ke kelas2 pelajar. Hanya duduk di sini dan menunggu pelajar2 saya datang. Walaupun secara keseluruhan nya saya merasa sihat dan sudah boleh mula bekerja, tetapi kena juga menjaga kesihatan supaya tak mendatangkan apa2 mudarat. Jangan berjalan banyak, jangan berjalan laju sgt, dan jangan angkat benda2 yg berat. Sekurang2nya sebulan setengah kata doktor. Sebab tu saya mohon izin duduk bilik ni buat sementara. Men

20 Aktiviti untuk Pelajar Pasca PT3

Setelah selesai Pentaksiran PT3, waktu persekolahan masih ada berbaki lagi sebulan lebih bagi pelajar-pelajar tingkatan 3. Nak belajar lagi? Rasanya inilah ruang dan waktu untuk mereka melepaskan tekanan selepas berusaha bersungguh-sungguh belajar dari awal tahun untuk memastikan kecemerlangan dalam pencapaian akademik mereka.  Apa yang boleh dilakukan oleh para pelajar? Aktiviti yang masih berada dalam skop pembelajaran, pdp luar bilik darjah. Sekolah saya telah menetapkan bahawa pelajar-pelajar ini akan di kawal selia oleh satu unit panitia sekurang-kurangnya 3 kali pertemuan di sepanjang tempoh program pasca. Guru-guru yang terlibat akan merancang dan menjalankan aktiviti sepanjang waktu pdp sehari bersama panitia yang ditetapkan. Berikut saya kongsikan antara aktiviti-aktiviti yang telah dilakukan oleh pelajar pasca pt3 2017 sekolah saya. 1. English Day Carnival     Antara aktiviti yang dilakukan sepanjang sehari ini ialah explorace dan treasure hunt. 2