Skip to main content

kejohanan bola jaring daerah 2012

Entry ini sangat lambat. Lewat kerana tiada gambar yang bersesuaian (alasan!) Gambar ini pun diambil dari facebook galeri smk jelai. Kredit pada cikgu Fauzan. Tumpang guna gambar ye ..

Oh apa yang saya nak laporkan ni? Pada 2 dan 3 Feb 2012, telah berlangsung kejohanan bola jaring peringkat daerah Kuala Pilah di SMK Zaaba. Buat pertama kalinya dalam kejohanan ini, SMK Jelai telah berjaya merangkul tempat ketiga kategori bawah 15 tahun. Pencapaian ini sangat membanggakan kerana tiap2 tahun sejak saya berada di smk jelai (ini tahun keempat) dan memegang jawatan sebagai guru penasihat bola jaring, inilah pertama kalinya kami berjaya membawa balik pingat. Selalunya bawa pulang sijil je, sijil penyertaan.
Kejayaan ini hasil kerjasama kuat antara pelajar sepasukan dan tunjuk ajar bersama oleh puan halizah jauhari. Saya dan cikgu nadia pengurus pasukan je :)

Ini afifah dan shahira. Watak utama kami. GS dan GA. Mereka berdua sangat hebat dalam menjaringkan gol sehingga membolehkan pasukan pergi ke peringkat semi final. Mereka berdua juga telah berjaya mengharumkan nama sekolah kerana telah terpilih sebagai wakil daerah Kuala Pilah ke pertandingan peringkat negeri yang berlangsung di Centre Court Paroi Seremban.

Pasukan bola jaring sekolah bawah 15 tahun 2012. Mereka diketuai oleh kapten, hanim. 


Walaupun kami menghantar 1 pasukan sahaja, kemenangan ini sangat bermakna kerana hasrat tuan pengetua, biarlah sekolah menghantar sedikit penyertaan, asalkan penyertaan itu dilakukan dengan bersungguh-sungguh hingga membawa kemenangan. Inilah yang telah kami buktikan. Yeeaaayyy!!
(isk! cikgunya pulak yang lebih!) hehehe...




  

Comments

Popular posts from this blog

20 Aktiviti untuk Pelajar Pasca PT3

Setelah selesai Pentaksiran PT3, waktu persekolahan masih ada berbaki lagi sebulan lebih bagi pelajar-pelajar tingkatan 3. Nak belajar lagi? Rasanya inilah ruang dan waktu untuk mereka melepaskan tekanan selepas berusaha bersungguh-sungguh belajar dari awal tahun untuk memastikan kecemerlangan dalam pencapaian akademik mereka.  Apa yang boleh dilakukan oleh para pelajar? Aktiviti yang masih berada dalam skop pembelajaran, pdp luar bilik darjah. Sekolah saya telah menetapkan bahawa pelajar-pelajar ini akan di kawal selia oleh satu unit panitia sekurang-kurangnya 3 kali pertemuan di sepanjang tempoh program pasca. Guru-guru yang terlibat akan merancang dan menjalankan aktiviti sepanjang waktu pdp sehari bersama panitia yang ditetapkan. Berikut saya kongsikan antara aktiviti-aktiviti yang telah dilakukan oleh pelajar pasca pt3 2017 sekolah saya. 1. English Day Carnival     Antara aktiviti yang dilakukan sepanjang sehari ini ialah explorace dan treasure hunt. ...

Fibroid : Wanita tanpa rahim

Ini cerita saya yg terkini. 2019 yg penuh memori. Gambar harini, first day kerja, 3 minggu selepas pembedahan. Muka nampak cengkung dan kurus sgt. Saya hilang byk berat badan dek kerana hilang byk sgt darah sebelum ni. Harap lepas ni dpt berisi sikit hehe Hari ini genap 3 minggu selepas saya membuat pembedahan buang fibroid dan rahim. Hari ni juga hari pertama saya mula bekerja semula. Alhamdulillah  dapat kelulusan untuk duduk mengajar di bilik khas bilik APD( alat pandang dengar) sepanjang 2 minggu akan datang ni. Jadi tak perlu naik tangga turun tangga untuk ke kelas2 pelajar. Hanya duduk di sini dan menunggu pelajar2 saya datang. Walaupun secara keseluruhan nya saya merasa sihat dan sudah boleh mula bekerja, tetapi kena juga menjaga kesihatan supaya tak mendatangkan apa2 mudarat. Jangan berjalan banyak, jangan berjalan laju sgt, dan jangan angkat benda2 yg berat. Sekurang2nya sebulan setengah kata doktor. Sebab tu saya mohon izin duduk bilik ni buat sementara. ...

8 TIPS CEMERLANG MATEMATIK TAMBAHAN

8 TIPS CEMERLANG MATEMATIK TAMBAHAN 1.     Pelajar memang hendak belajar. (tidak dipaksa) 2.     Pelajar sanggup untuk berusaha .(Kamu perlu membuat semua latihan yang diarahkan oleh guru tanpa merungut, dan membuat semula semua pembetulan bagi setiap kesalahan yang telah dibincangkan) 3.     Mempunyai semangat untuk bersungguh-sungguh. Mempunyai keazaman yang tinggi (Jika kamu tidak dapat menjawab soalan yang diberi, kamu akan mencari jawapan dari sumber rujukan dan sedaya upaya berusaha untuk menyelesaikannya, tanpa berhenti separuh jalan) 4.     Bina kebolehan untuk fokus pada sesi pembelajaran , belajar untuk ‘ block ’ semua gangguan-gangguan yang menghalang kelancaran kamu belajar( Jauhkan diri/simpan semua telefon, ‘ facebook ’, tv dan sebagainya. ) 5.     Beri tumpuan kepada proses membuat latih tubi matematik sekurang-kurangnya 2 jam secara berterusan seminggu sekali. ...