Skip to main content

cuti pertengahan penggal 1 2012

Cuti sekolah telah bermula. Seminggu. Tiada percutian mega yang dirancang kali ini. Hanya ke sekolah mengemaskini bilik dokumentasi dan buat kelas tambahan addmath dengan pelajar.  Oh hebat sekali menyusun fail. Sangat exhausted melihat fail2 yang tidak dikemaskini, sejak 2006. Hajat tuan pengetua, biarlah bilik dokumentasi smk jelai berwajah baru, up to date  dan mampu menjadi one stop centre jika ada sesiapa pelawat atau nazir mahukan dokumen dari sekolah kami. Itulah yang sedang diusahakan sekarang. Moga2 berjalan lancar.

Untuk pelajar-pelajar addmath tingkatan 5 saya, selepas buka cuti sekolah nanti, anda semua akan distreaming mengikut keputusan ujian 1 yang lalu. Saya dan Sir Chin sudah mengeluarkan senarai nama terkini, pelajar-pelajar yang akan belajar dalam kelas saya, dan kelas sir.

Saya berharap anda semua jangan bersedih hati dengan pertukaran ini, malah jadikan ia sebagai pembakar semangat untuk lebih bersungguh-sungguh untuk mendalami dan menyukai subjek ini. Kedudukan anda ketika ini adalah sehingga peperiksaan pertengahan tahun ye. Sesiapa yang menunjukkan peningkatan atau kemerosotan akan kami susun semula selepas peperiksaan pertengahan tahun nanti. Kita akan cuba yang terbaik untuk addmath spm tahun ini.

Berdebar menunggu keputusan spm 2011 yang bakal keluar khamis 22 mac depan. Macamana agaknya nasib pelajar2 spm tahun 2011.Mudah-mudahan baik semua hendaknya.




Comments

Popular posts from this blog

Fibroid : Wanita tanpa rahim

Ini cerita saya yg terkini. 2019 yg penuh memori. Gambar harini, first day kerja, 3 minggu selepas pembedahan. Muka nampak cengkung dan kurus sgt. Saya hilang byk berat badan dek kerana hilang byk sgt darah sebelum ni. Harap lepas ni dpt berisi sikit hehe Hari ini genap 3 minggu selepas saya membuat pembedahan buang fibroid dan rahim. Hari ni juga hari pertama saya mula bekerja semula. Alhamdulillah  dapat kelulusan untuk duduk mengajar di bilik khas bilik APD( alat pandang dengar) sepanjang 2 minggu akan datang ni. Jadi tak perlu naik tangga turun tangga untuk ke kelas2 pelajar. Hanya duduk di sini dan menunggu pelajar2 saya datang. Walaupun secara keseluruhan nya saya merasa sihat dan sudah boleh mula bekerja, tetapi kena juga menjaga kesihatan supaya tak mendatangkan apa2 mudarat. Jangan berjalan banyak, jangan berjalan laju sgt, dan jangan angkat benda2 yg berat. Sekurang2nya sebulan setengah kata doktor. Sebab tu saya mohon izin duduk bilik ni buat sementara. ...

20 Aktiviti untuk Pelajar Pasca PT3

Setelah selesai Pentaksiran PT3, waktu persekolahan masih ada berbaki lagi sebulan lebih bagi pelajar-pelajar tingkatan 3. Nak belajar lagi? Rasanya inilah ruang dan waktu untuk mereka melepaskan tekanan selepas berusaha bersungguh-sungguh belajar dari awal tahun untuk memastikan kecemerlangan dalam pencapaian akademik mereka.  Apa yang boleh dilakukan oleh para pelajar? Aktiviti yang masih berada dalam skop pembelajaran, pdp luar bilik darjah. Sekolah saya telah menetapkan bahawa pelajar-pelajar ini akan di kawal selia oleh satu unit panitia sekurang-kurangnya 3 kali pertemuan di sepanjang tempoh program pasca. Guru-guru yang terlibat akan merancang dan menjalankan aktiviti sepanjang waktu pdp sehari bersama panitia yang ditetapkan. Berikut saya kongsikan antara aktiviti-aktiviti yang telah dilakukan oleh pelajar pasca pt3 2017 sekolah saya. 1. English Day Carnival     Antara aktiviti yang dilakukan sepanjang sehari ini ialah explorace dan treasure hunt. ...

Buka akaun anak di Maybank

 Semalam, saya telah ke Maybank sebab nak buka akaun untuk anak anak saya.  Biasanya, kita dengar orang buka akaun untuk anak anak di BSN, atau tabung haji, atau bank rakyat. Tapi anak anak saya, sebab agaknya dah biasa tengok ibu dan ayah cucuk duit ATM di 'rimau kawanku', dan dah biasa tengok ibu ayah buat  transaksi online di maybank2u, maka mereka juga request nak ada akaun di bank rimau ni. Di Maybank, untuk buka akaun bagi anak bawah 12 tahun, kita boleh buat akaun SIMPANAN BERSAMA (Join account) antara ibu/ayah dengan anak tersebut. Ni dipanggil YIPPIE JUNIOR ACCOUNT. Tapi bagi anak yang berumur 13 tahun hingga 17 tahun, mereka dah boleh ada akaun simpanan sendiri, dengan syarat ditemani ibu bapa masing masing. Hanya perlu bawa: 1. surat beranak(asal dan fotostat) ,  2. Kad pengenalan sendiri (asal dan fotostat) 3. Kad pengenalan salah seorang ibu/ayah (asal dan fotostat) 4. Duit deposit buka akaun rm250 seorang( duit ni akan masuk dalam akaun tu nanti sebagai...