Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2017

Mat Dang di hari Alam Sekitar Negara di Kemasik

Hari Alam Sekitar Negara. Disambut di seluruh negara pada tarikh 21 Oktober. Saya dan anak-anak menemani suami ke Kemasik, Kemaman untuk sambutan Hari Alam Sekitar Negara peringkat negeri Terengganu. Suami terlibat sebagai salah seorang ajk pelaksana di sana. Ada pelbagai aktiviti yang dianjurkan. Senam robik, pertandingan mewarna, pertandingan mencanting batik, pertandingan memanah dan macam-macam lagi. Ada gerai jualan juga. Saya duduk setempat je di depan tempat pertandingan mencanting batik sebab anak-anak saya bermain rumah lantun. jadi takde ambil banyak gambar. Maklumlah mengelek baby shahida. Jadi pergerakan agak terbatas. Mula excited keluarkan kamera bila nampak kelibat Mat Dang yang lalu di depan saya hahahaha...             Excited lukhman dapat hadiah baju yang ditandatangani oleh Mat Dang. Itu kerana menjawab kuiz spontan yang diberi oleh penganjur :) Soalannya ialah Siapa nama penuh Mat Dang. Yussuf pun tak ketinggalan mengambil peluang ju

Memasak Bubur Asyura di sekolah

Bulan Muharam. Bulan baru ibarat Januari bagi umat islam. Permulaan pengiraan tahun hijrah dalam kalendar islam dimulakan sejak pemerintahan saidina umar al khattab. Bulan muharam terpilih sebagai bulan yang pertama dalam kalendar kerana menyambut selesainya musim haji. Di dalam bulan muharam ada satu hari yang istimewa iaitu hari asyura. di ambil dari website  http://www.islamituindah.com.my/2016/10/hukum-yang-disebutkan-oleh-para-fuqaha.html        Selain daripada berpuasa, antara tradisi kita ketika tiba nya bulan muharam ialah dengan memasak bubur asyura. ia bukan lah aktiviti wajib, cuma sebagai salah satu aktiviti untuk merapatkan silaturrahim dan meraikan kemeriahan peristiwa hari asyura.      Sempena bulan muharam dan hari asyura 1439 hijrah tahun ini, sekolah saya mengambil inisiatif untuk mengadakan pertandingan memasak bubur asyura pada 3 Oktober lalu, anjuran badan bina insan sekolah. Pertandingan ini memberikan rasa teruja kepada saya kerana pertama kali a