Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2013

Kursus KBAT (Kemahiran Berfikir Aras Tinggi)

Pada permulaan cuti sekolah yang lalu, saya dan semua ahli panitia matematik sekolah telah dipanggil untuk menghadiri kursus KBAT (Kemahiran Berfikir Aras Tinggi), yang diadakan di PPD Kuala Pilah.           Kursus KBAT ini merupakan kursus yang wajib dihadiri oleh semua guru Matematik dan Sains sekolah menengah di Malaysia. Kursus ini wajib dihadiri selama 30 jam. Kami berkursus selama 5 hari , dari isnin hingga jumaat. Apa itu KBAT? KBAT adalah nama lain kepada HOTs(saya pernah buat satu entry berkaitan HOTs sebelum ini, anda boleh baca di sini )          Kenapa kursus KBAT ini begitu penting? Kursus ini memberi beberapa pendedahan kepada guru-guru tentang teknik-teknik yang boleh mereka aplikasikan sewaktu PdP, mendedahkan mereka dengan cara-cara penyediaan soalan mengikut standard peperiksaan, memperkenalkan bentuk-bentuk soalan yang dikatakan ber aras tinggi, menjawab pelbagai persoalan berkaitan soalan rutin atau bukan rutin. Paling penting sekali, menyediakan pelajar-pelaja

Memori Hari Guru, dan Sha..

             Fuhhh~~~ akhirnya tamat sudah sesi persekolahan 2013. Bermula hari ini, pelajar-pelajar seluruh Malaysia dari pra sekolah sehinggalah ke Tingkatan 4 akan mula bercuti selama sebulan lebih, sebelum memasuki tahun baru 2014.             Walaupun rutin ke sekolah dan mengajar direhatkan seketika, tetapi masih ada beberapa kerja-kerja sebagai guru Math yang belum saya selesaikan, iaitu memasukkan PBS ke dalam sistem online (tak dapat siapkan sebab sistem menghadapi beberapa masalah teknikal ) dan satu lagi ialah kursus KBAT (Kemahiran Berfikir Aras Tinggi) atau nama lainnya sebelum ini, HOTs (High Order Thinking Skill). Kursus ini perlu dihadiri 30 jam dan akan bermula minggu depan 18hb Nov hingga 22 Nov bagi Daerah Kuala Pilah.             Sesi persekolahan 2013 meninggalkan beberapa warna warni yang melakari kanvas kehidupan saya sebagai pendidik. Antaranya anugerah sempena hari guru. Buat pertama kalinya di anugerahkan sebagai Tokoh Guru kategori perempuan. Sangat terha

In house training blog

               Dalam kesibukan menyelesaikan segala kerja di hujung hujung persekolahan ni, sempat lagi saya bersama kawan-kawan di sekolah membuat aktiviti menyeronokkan huhuhu...kami belajar membuat blog. Tentu yang dipilih sebagai web hosting ialah blogspot sebab itu je yang saya tahu :)                Macamana boleh tiba-tiba mereka nak terjebak dengan dunia blogger ni? Sebenarnya, baru-baru ni kami telah ditaklimatkan tentang VLE frog  , suatu rangkaian pendidikan yang terkini, dimana semua proses PdP boleh dilakukan secara melalui talian internet. Setiap guru, pelajar, ibu bapa dan mereka yang terlibat secara langsung dalam dunia pendidikan dikatakan boleh menggunakan kemudahan frog ini. Namun demikian, saya belum begitu pandai menggunakan kemudahan ini. Apatah lagi bahan yang dikongsi di dalam frog tidak dapat di sebarkan diluar lingkup pendidikan. Nak tengok site frog kawan-kawan yang nyata dalam satu sekolah pun tak dapat. (mungkin boleh tapi saya belum tahu lagi caranya~)