Sunday, 24 November 2013

Kursus KBAT (Kemahiran Berfikir Aras Tinggi)

Pada permulaan cuti sekolah yang lalu, saya dan semua ahli panitia matematik sekolah telah dipanggil untuk menghadiri kursus KBAT (Kemahiran Berfikir Aras Tinggi), yang diadakan di PPD Kuala Pilah.

          Kursus KBAT ini merupakan kursus yang wajib dihadiri oleh semua guru Matematik dan Sains sekolah menengah di Malaysia. Kursus ini wajib dihadiri selama 30 jam. Kami berkursus selama 5 hari , dari isnin hingga jumaat. Apa itu KBAT? KBAT adalah nama lain kepada HOTs(saya pernah buat satu entry berkaitan HOTs sebelum ini, anda boleh baca di sini )

         Kenapa kursus KBAT ini begitu penting? Kursus ini memberi beberapa pendedahan kepada guru-guru tentang teknik-teknik yang boleh mereka aplikasikan sewaktu PdP, mendedahkan mereka dengan cara-cara penyediaan soalan mengikut standard peperiksaan, memperkenalkan bentuk-bentuk soalan yang dikatakan ber aras tinggi, menjawab pelbagai persoalan berkaitan soalan rutin atau bukan rutin. Paling penting sekali, menyediakan pelajar-pelajar kita dengan ilmu yang bersesuaian untuk mereka berdaya saing di peringkat antarabangsa. Sewaktu saya menaip artikel pertama saya dulu berkaitan HOTs, ilmu yang saya dapat pada ketika itu hanyalah 'permukaan'nya sahaja. Tentang tujuan, tentang kenapa dan beberapa soalan aras rendah dan aras tinggi. Tetapi selepas mengikuti kursus kali ini, syukur alhamdulillah saya mendapat banyak ilmu baru tentang BAGAIMANA mengaplikasikan pengetahuan itu di dalam kelas bersama-sama pelajar saya.

Jika kita inginkan pelajar membina kemahiran berfikir, mencari sebab dan dapat menyelesaikan masalah, maka kita perlu dedahkan mereka dengan soalan yang ber aras tinggi, soalan yang menjana kemahiran berfikir, soalan yang rumit dan di luar aras pemikiran biasa.

Malaysia menyertai peperiksaan TIMSS, suatu peperiksaan peringkat antarabangsa yang diadakan 4 tahun sekali. Cuba lihat diatas, soalan yang diuji didalam peperiksaan TIMSS adalah soalan silibus tingkatan 1 dan 2 (Kecuali yang bawah tu, data dan perubahan barulah silibus tingkatan4). Jadi secara logiknya tentu pelajar kita boleh menjawab 75% daripada soalan yang dikemukakan kerana tajuk-tajuk lain itu telah ada dalam silibus mereka. Tetapi apakan daya, oleh kerana soalan peringkat peperiksaan TIMSS adalah soalan berbentuk KBAT, maka pelajar-pelajar kita dikatakan tidak mampu menyaingi dan menjawab soalan yang dikemukakan, kerana bentuk KBAT tidak didedahkan di dalam kelas. 

Warna hijau menunjukkan warna bagi tahun terkini, 2011. Lihat! Inilah gambaran prestasi pelajar Malaysia di mata dunia. Dari keseluruhan pelajar yang diuji pada tahun 2011, hanya 12% mencapai tahap tinggi manakala 64% mencapai tahap rendah. Penanda aras ini merupakan rujukan yang menunjukkan kualiti pendidikan pelajar Malaysia sebenarnya berada di ambang kemerosotan. Atau dalam bahasa senangnya, pelajar-pelajar kita diakatakan dah tak mahu berfikir. Ini kerana, soalan TIMSS adalah soalan yang panjang, banyak ayat dan meminta pelajar berfikir untuk mendapat jawapan.



PISA pula adalah satu lagi peperiksaan yang diadakan 3 tahun sekali yang diduduki oleh pelajar Tingkatan 3 Malaysia. Lihat kedudukan Malaysia diatas pada tahun 2009. Soalan PISA juga mereupakan soalan KBAT, malahan selepas saya menghadiri kursus KBAT ini, saya mendapati soalan PISA adalah lebih panjang, lebih rumit dan lebih mencabar pemikiran jika dibandingkan dengan soalan TIMSS.









             Maka, jika seorang guru ingin melahirkan pelajar yang berdaya saing supaya dapat meningkatkan 'nilai' mereka dimata dunia, sudah semestinya guru-guru juga perlu memiliki teknik-teknik hebat yang dapat digunapakai sebagai bahan pencetus semangat berfikir dikalangan pelajar. Disinilah kursus KBAT yang kami hadiri ini, diisi dengan pelbagai pendedahan teknik, diharap dapat membantu guru untuk menjadi jentera penggerak kepada hasrat negara ini.

          Gambar-gambar sekitar kursus kami. Kami belajar tentang I-Think, pembinaan item soalan lembaga peperiksaan, item TIMSS, item PISA, perbezaan soalan rutin dan bukan rutin, pembinaan lukisan model heuristik dan juga teknik pelan Bansho. 

                         
                        


                         
                         
                         


Sesungguhnya kursus ini memang memberi manfaat dan menambah ilmu pengetahuan kami supaya menjadi guru yang juga kreatif dan inovatif. Moga ilmu yang diperoleh ini dapat dialirkan kepada para pelajar sewaktu sesi PdP bermula tahun depan. InsyaAllah...




4 comments:

  1. Bagaimana ibubapa dapat membantu anak-anak dalam pebelajaran KBAT sedangkan kami tidak mempunyai pengetahuan dlm pelaksanaan KBAT dan terdidik dlm sistem yg lama. Saya hendak belajar bagaimana KBAT dilaksanakkan agar dpt membantu anak saya yang akan ke Tingkatan 1 tahun 2015.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya cadangkan tuan/puan masuk ke website www.kbatsm.my
      ada beberapa contoh soalan kbat dalam web itu yg boleh digunakan untuk membantu anak-anak kita. sekurang-kurangnya kita dapat gambaran bentuk soalan.

      Delete
  2. Assalamualaikum cikgu hawa. Blh cg sharekan contact no individu yg boleh berikn kursus kbat matematik kpd guru2? Cg zila gombak.

    ReplyDelete