Tuesday, 12 November 2013

In house training blog

               Dalam kesibukan menyelesaikan segala kerja di hujung hujung persekolahan ni, sempat lagi saya bersama kawan-kawan di sekolah membuat aktiviti menyeronokkan huhuhu...kami belajar membuat blog. Tentu yang dipilih sebagai web hosting ialah blogspot sebab itu je yang saya tahu :)

               Macamana boleh tiba-tiba mereka nak terjebak dengan dunia blogger ni? Sebenarnya, baru-baru ni kami telah ditaklimatkan tentang VLE frog , suatu rangkaian pendidikan yang terkini, dimana semua proses PdP boleh dilakukan secara melalui talian internet. Setiap guru, pelajar, ibu bapa dan mereka yang terlibat secara langsung dalam dunia pendidikan dikatakan boleh menggunakan kemudahan frog ini. Namun demikian, saya belum begitu pandai menggunakan kemudahan ini. Apatah lagi bahan yang dikongsi di dalam frog tidak dapat di sebarkan diluar lingkup pendidikan. Nak tengok site frog kawan-kawan yang nyata dalam satu sekolah pun tak dapat. (mungkin boleh tapi saya belum tahu lagi caranya~)



Semasa sesi belajar bina VLE frog masing-masing. Sibuk pilih background, cun-cun tapi tak boleh nak tengok sesama sendiri. Macam kemas rumah cantik-cantik tapi nikmati keindahan sorang-sorang huhuhu...saya suka berkongsi~



               Oleh itu, semasa sesi kedua saya dan rakan-rakan membuka laman frog, saya sibuk pula membaca blog saya lingkaran duniaku  ini hahahahaha(agaknya itu yang jadi tak pandai sebab sibuk buat benda lain huuhu)... Dan bila kawan-kawan melihat blogspot saya  ni, dari situlah mereka juga mula berminat untuk menjadi penulis blog ni huhuhu...(Saya memang menulis untuk suka-suka dan tidak pandai menjana apa2 pendapatan melalui blog.) Tentang bagaimana menjana pendapatan seperi blogger-blogger hebat yang lain, korang kenalah cari maklumat tambahan. Saya tahu bina yang basic saja :)

Terlalu asyik meng 'explore' dunia blog hingga terpaksa di panggil untuk menghadiri meeting matematik yang dah terlewat 10 minit hihi

Konon-konon macam hebatlah sangat saya ni hingga boleh jadi 'cikgu' pada kengkawan saya tu hahaahaha. Maklumlah sekarang kan cikgu-cikgu mesti cekap dengan dunia IT, itu yang kawan-kawan seronok nak belajar tu hehehe...Saya yakin kawan-kawan saya tentu akan lebih advance nanti :)


Selamat ber blog buat kak Fura, Kak Mala dan Kak Zai :)











5 comments:

  1. terlepas moment nihh..mne saye pegi mase ni ek??hehe..tahniah cikgu2..suke mencube n tdk putus asa..

    ReplyDelete
  2. Hawa ajr cgu senior ni....hihihi
    Tpaksalah lyn byk soalan

    ReplyDelete
  3. Hawa ajr cgu senior ni....hihihi
    Tpaksalah lyn byk soalan

    ReplyDelete
  4. Hawa ajr cgu senior ni....hihihi
    Tpaksalah lyn byk soalan

    ReplyDelete
  5. seronok berkongsi ilmu sama2 :)

    ReplyDelete