Tuesday, 3 September 2019

Fibroid : Wanita tanpa rahim

Ini cerita saya yg terkini. 2019 yg penuh memori.

Gambar harini, first day kerja, 3 minggu selepas pembedahan. Muka nampak cengkung dan kurus sgt. Saya hilang byk berat badan dek kerana hilang byk sgt darah sebelum ni. Harap lepas ni dpt berisi sikit hehe

Hari ini genap 3 minggu selepas saya membuat pembedahan buang fibroid dan rahim. Hari ni juga hari pertama saya mula bekerja semula. Alhamdulillah  dapat kelulusan untuk duduk mengajar di bilik khas bilik APD( alat pandang dengar) sepanjang 2 minggu akan datang ni. Jadi tak perlu naik tangga turun tangga untuk ke kelas2 pelajar. Hanya duduk di sini dan menunggu pelajar2 saya datang.


Walaupun secara keseluruhan nya saya merasa sihat dan sudah boleh mula bekerja, tetapi kena juga menjaga kesihatan supaya tak mendatangkan apa2 mudarat. Jangan berjalan banyak, jangan berjalan laju sgt, dan jangan angkat benda2 yg berat. Sekurang2nya sebulan setengah kata doktor. Sebab tu saya mohon izin duduk bilik ni buat sementara.

Mengapa saya melakukan pembedahan ni? Saya mempunyai fibroid sebesar 6 cm sejak mengandungkan anak ke 5 tiga tahun yg lalu. Doktor mengesan kehadiran fibroid ni masa scan pertama kali untuk check baby. Kalau tidak kerana mengandung tu, pasti saya masih tak sedar kewujudan ketumbuhan ni di luar rahim saya.. Tapi fibroid tu tak dibuang masa tu sebab saya dapat bersalin normal. Dan sebab ia nya tidak mengganggu aktiviti dan kehidupan saya sebelum ni. 

Selepas bersalin dalam tempoh 3 tahun, saya memang ada checkup setiap 3 bulan utk melihat perkembangan fibroid tu. Dalam pertemuan2 dengan doktor sebelum ni, kerap juga doktor kata operate buang je lah sebelum ia jadi semakin besar. Tapi saya ni memang penakut. Walau anak dah lima, tapi saya tiada pengalaman ceaser. 

Akhirnya sebulan yg lalu, saya nekad juga membuat keputusan untuk melakukan pembedahan membuang ketumbuhan ni. Saya perlukan pembedahan ni kerana fibroid telah menjadi sebesar 11 cm.  Dan fibroid ini juga sudah mula mengganggu ketenteraman hidup dan minda saya. Mengganggu kitaran haid saya. Selama 4 bulan berturut2, setiap kali saya period, saya masuk wad untuk tambah darah kerana kehilangan darah yg terlalu banyak. Darah bukan saja darah kotor yg gugur dari dinding uterus tapi darah elok dari tubuh juga turut keluar sebagai period sebab fibroid yg menghimpit rahim tu menyebabkan  luas permukaan antara rahim dan kapilari2 darah yg lain bertambah. 

Biasanya selepas hari ke 5 dan 6 period memang tubuh saya dah menggeletar menggigil tak mampu berjalan dah. Maka suami pun terpaksa hantar saya ke kecemasan hospital. Hb dah tinggal 4, dah tinggal 5, jadi memang doktor akan buat prosedur masuk darah lah ending nya. 

So doktor kata, saya tak boleh selama lama nya begini. Sebab darah yg masuk ke tubuh saya adalah darah org lain, dan boleh timbul pelbagai komplikasi jika ada darah yg tak serasi. Keseluruhan darah yg dah masuk ke tubuh saya ialah 12 beg. 11 beg darah sama jenis dengan saya iaitu B+, dan 1 beg darah jenis O. 

Maka saya pun bersetuju lah nak buat pembedahan buang ni sebab saya sendiri dah trauma dengan period ni. Bayangkan setiap bulan, ber puluh2 pad overnight digunakan. Saya bukan sahaja guna pad overnight, malahan di tambah dengan pampers dewasa di luar nya. Sebab kalau harap pad semata2 memang tak boleh duduk dengan baik. Mesti melimpah ke pakaian dan kerusi. Fuhh trauma sungguh bila di ingat semula. Time period adalah time yg paling saya takut. Semua aktiviti jadi terbatas. Mc jadi peneman setia. Sampai naik malu dengan pengurusan sekolah sebab asyik cuti sekurang2nya seminggu setiap bulan. 

Doktor hanya tanya 1 soalan je kepada saya. Masih nak mengandung lagi atau tidak. Bila jawapan saya ialah tidak, terus doktor kata, ok kita akan buang rahim sekali. Sebab fibroid ni ibarat batang pokok. Rahim pula ibarat tanah yg mengandungi akar pokok. Kalau kawasan akar tak di buang sekali, anggaran dalam 5 hingga 10 tahun lagi pasti boleh tumbuh semula fibroid tu nanti.  Dan terlalu banyak faktor pemakanan yg boleh menyumbang kepada cepatnya pertumbuhan semula fibroid tu. Saya pulak bukan jenis orang yg disiplin tinggi dalam pantang ni. Makanan penggalak fibroid antaranya processed food mcm burger, piza, meatball dan fast food, sup tulang dan segala variasi daging adalah antara favourite food saya. Tak mungkin saya berjaya elakkan kesemua makanan ni 100 peratus huhuhuhu jadi nak tak nak, keputusan buang rahim sekali, adalah pilihan yg paling tepat buat masa ini. 

 Jadi berfikir panjang lah saya dan suami. Bimbang menopause awal sebab muda lagi ni huhuhuhu... umur saya belum 40 tahun. Tapi alhamdulillah di usia ini, Allah dah beri kami 5 permata hati belahan jiwa, 3 lelaki dan 2 perempuan. Jadi cukup lah dengan membesarkan dan mendidik mereka menjadi org berguna insha Allah.



Kebimbangan menopause awal ni, doktor kata memang ada kemungkinan. Cuma nya bukan skrg. Sebab doktor akan kekalkan ovari kiri dan kanan. Jadi hormon tubuh saya masih di proses seperti biasa walau tidak banyak seperti sebelum nya. Cuma beza nya, saya tak akan period lagi, dan tak boleh mengandung lagi. Itu je. Kesihatan akan pulih seperti biasa. Malahan insha Allah boleh lebih cergas dan berisi sikit dari sebelum ni.
Masuk wad untuk pembedahan sepatutnya pada petang hari raya haji tahun ni, tapi masuk lebih awal sebab period bulan ni awal lah pulak 😥 masuk pulak 4 beg darah waktu ni sebab kalau tubuh tak fit, doktor akan batalkan pembedahan. Tidakkkk~~~

Senyum untuk menaikkan semangat sendiri huhu

Malam sebelum pembedahan, memang tak boleh nak tidur. Berdebar2 yg amat sangat. Nervous. Asyik gosok dada dan baca doa nabi yunus. Nervous sgt sampai degup jantung sendiri boleh terasa kuat nya.  Doktor bekalkan serbuk fortrans supaya saya clear kan usus saya untuk melancarkan proses pembedahan. Puasa bermula pukul 2 pagi. Air fortrans tu memang betul2 mujarab. Hadui tak tau berapa kali keluar masuk keluar masuk tandas membuang isi  dari dalam usus dan perut.


Pembedahan dijadualkan pukul 8 pagi. Dah tolak masuk ke dewan bedah jam 7.40 pagi. Kat situ cuma zikir je lah untuk hilangkan debaran. Tak mahu lah sampai pembedahan cancel kerana tekanan darah jadi terlalu tinggi. Sebab ada pengalaman jiran katil sebelah dah tolak masuk dalam dewan bedah tapi dibatalkan oleh pakar bius sebab tekanan darahnya tinggi sangat. dia kata sebab terlalu takut!

Perkara terakhir yg saya ingat ialah doktor haris doktor bius saya suruh saya istighfar dan selawat. Dia tekup mulut saya dengan ubat bius dan zzzz saya pun pengsan.

Sayup sayup bila saya dengar suara doktor haris kejut saya, siti hawa.. siti hawa. Saya terjaga dan spontan menggelupur dan meracau dan menendang. Seolah olah ada orang ingin cederakan saya. Taktau kenapa. Tapi itu lah reaksi spontan saya 😂😂
Saya dengar suara doktor yati pakar bius yg lagi seorang tu, "eh sabar sabar kenapa ni kenapa ni" masa saya menendang dan tangan terawang2 seolah nak menumbuk seseorang. Tiba2 mulut saya di tekup semula dan terus tidak sedarkan diri semula. Haduii org lain pun operation juga tapi taktau lah kenapa reaksi spontan saya mcm tu hahaha


Tidur sepanjang selepas pembedahan.


Pukul 9 malam baru saya betul2 dapat celikkan mata. Doktor yg duty malam tu kata saya di beri ubat tidur disebabkan reaksi agresif saya masa terjaga tu. Suami pun kata saya dah di tolak keluar dari bilik bedah tu jam 2 petang tapi saya nampak tidur je tak mampu nak respon apa2. Alhamdulillah masa terjaga jam 9 malam tu, saya rasa dah stabil dah kewarasan saya, dan dah sedar apa yg berlaku huhuhu

Inilah fibroid yg di keluarkan. Doktor dah cincang2 sikit untuk mudah dikeluarkan dan untuk lihat isi di dalam nya. Takde lah rambut ke gigi ke apa ke. Saya kata, nampak mcm lemak je. Tapi doktor zahar jawab, memang daging sepenuhnya. Bukan lemak.

Ni pulak rahim saya yg telah di keluarkan. Saya amat berterima kasih kepada rahim ini kerana telah menumpangkan lima org zuriat saya dan kesemua mereka sihat  semasa dalam kandungan. Pada raya haji 13 tahun yg lalu, saya melahirkan anak sulung dari rahim ini. Dan pada raya haji 13 tahun kemudian, saya berpisah dengan nya. Jasa organ yg istimewa ini amat saya hargai.. terima kasih Allah atas kesempatan mengandungkan  lima orang cahaya mata dengan rahim ini.

Ke esokan hari nya, sehari selepas pembedahan, doktor zahar yg merupakan doktor bedah saya melawat dan bertanya khabar. Memang gerun dengar dia cerita tentang proses pembedahan tu. maklumlah saya memang pengsan habis sepanjang pembedahan tu. Taktau apa yg berlaku huhu. 
Doktor zahar berbual dengan pesakit dan doktor lain di depan katil saya. Niat hati nak selfie tapi masih tak larat nak bangun huhu


Pembedahan saya ni secara laparoscopy, iaitu jenis tebuk. Jadi memang takde luka parut yg panjang. Hanya bekas tebukan je sebanyak 4 tebukan di sekitar perut saya dan 1 tebukan di pusat. Doktor zahar merupakan big bos o&g di hospital kemaman dan dia salah seorang yg expert tentang pembedahan laparoscopy ni.

Alhamdulillah, hari ni, benang pembedahan dah tanggal. Tinggal luka dalaman je yg masih perlu di jaga. 

Apa perasaan bila dah kehilangan rahim? Saya akui saya agak down juga beberapa hari selepas pembedahan di buat walaupun saya bersetuju sepenuhnya rahim itu di buang. Setuju sepenuhnya sebab Trauma yang tak boleh bawak bincang! Pernah jatuh tergolek dalam bilik air kerana darah yg terlalu banyak tumpah time period hari ke 6, sampai tertidur dalam bilik air pukul 1 pagi dengan darah yg non stop mengalir. Sampai rasa hopeless merangkak keluar bilik air panggil suami dalam keadaan yg tersangat lembik. 

Tak berani duduk di kelas bila mengajar dan tak sabar2 nak keluar kelas sebab berasa berdebuk2 ketulan darah keluar. Bukan sebesar syiling 50 sen. Ada masa nya ketulan darah sebesar wang kertas seringgit! Memang tak dpt nak fokus mengajar bila tiba waktu2 period tu. 

Bawa budak sukan sampai kena patah balik semula ke rumah sejauh setengah jam sebab habis pakaian dan seluar dan seat kereta di penuhi darah.

Dan byk lagi lah memori2 pahit yg berlaku berkaitan period banyak ni. Setiap bulan selama 5 bulan ni saya alami menggeletar dan  pengsan dek kerana blood lost yg terlalu melampau. Allah beri saya ujian kaw kaw waktu haid ni supaya saya sgt sgt tidak merindui dah kepada masa2 ni agaknya. 

Doktor takde beri ubat ke sepanjang kejadian2 ni berlaku? Ada. Saya di beri tranexamic acid nama ubat untuk menahan darah. Tapi ubat itu tidak cukup kuat untuk menahan sepenuhnya tumpah darah ni. Dos untuk saya juga dah paling tinggi. 12 biji utk sehari selama 5 hari. Tapi selepas tu, ia tetap akan keluar dengan melimpah juga. 

Saya takde ke cuba ubat2 tradisional atau alternatif? Ada. Tapi ia sekadar mengawal fibroid dari membesar dengan segera. Tidak mengecutkan nya. Selama 3 tahun fibroid saya tidak lah membesar mendadak. 6 cm kepada 11 cm dalam tempoh 3 tahun tu kira terkawal juga. Tapi masih lagi membesar kerana saya tak pantang makan daging agaknya huhuhu.. pantang jumpa!

Seorang sahabat berkata, down itu perkara normal bila kita di timpa ujian. Insha Allah lepas ujian tu berlalu, kita pasti terlupa rasa pahit nya, dan kita akan mengingati manisnya saja.

Ingatan itu lah yg mengubat rasa hati yg down ni walau saya redha sepenuhnya dengan apa yg terjadi.

Satu lagi kejadian di klinik semasa saya nak sambung mc juga memberi keinsafan. Saya ke klinik kerana saya rasa masih belum mampu bekerja walaupun 2 minggu telah berlalu. Saya ingin memohon di tambah seminggu lagi mc. Masa tu pun saya termenung bersedih mengenang rahim yg sudah tiada. Tiba2 Allah munculkan depan saya seorang anak kecil lingkungan 3 tahun yg tiada kaki kiri!

Allahuakbar, kehilangan saya ini langsung tak seberapa berbanding anak ini yg kehilangan kaki sebelah kiri nya. Saya kehilangan rahim ketika saya sudah mempunyai cukup anak2. Ramai lagi wanita2 di luar sana yg kehilangan rahim sebelum sempat mengandungkan walau seorang pun anak.  Dan kehilangan saya ini, ketiadaan rahim ini, tiada siapa akan sedar kekurangan itu kalau saya tidak bercerita. 

Sedangkan anak kecil di depan saya ini sudah hilang sebelah kaki nya dalam usia sekecil itu, jauh lagi masa depan nya, dan tanpa perlu cerita memang boleh terus dilihat orang kekurangan nya. Moga anak itu dapat menukar kekurangan nya kepada kelebihan aaminn...

Jadi, ini lah cerita saya. Cerita seorang wanita tanpa rahim. Dan insha Allah dengan izin nya, saya juga akan menukar kekurangan ini menjadi satu kelebihan bagi diri saya. Aaminnn




5 comments:

  1. Allahhuakhbar.. alhamdulillah semuanya dah selesai.. in sha ALLAH hnya yg baik2 shj utk hari2 yg mendatang..positif selalu ya awa.. pantang dulu mn yg boleh dpantangkn

    ReplyDelete
  2. Allahuakbar.... Moga dikuatkan semangat... ��

    ReplyDelete
  3. Allah x akan uji hamba2 Nya diluar kemampuan cikgu.. Cikgu hawa kuat, semoga cikgu redha dngn ape yg telah terjadi.In Shaa Allah ada perkara yg indah2 lagi selepas ini.. Alhamdulillah Allah permudahkan segala urusan..

    ReplyDelete
  4. Cikgu Hawaaa��semoga cikgu cepat sembuh yaa!Semoga hidup cikgu diberkati Allah amiin. ;ex student cikgu dekat jelai❤️

    ReplyDelete