Skip to main content

Fibroid : Wanita tanpa rahim

Ini cerita saya yg terkini. 2019 yg penuh memori.

Gambar harini, first day kerja, 3 minggu selepas pembedahan. Muka nampak cengkung dan kurus sgt. Saya hilang byk berat badan dek kerana hilang byk sgt darah sebelum ni. Harap lepas ni dpt berisi sikit hehe

Hari ini genap 3 minggu selepas saya membuat pembedahan buang fibroid dan rahim. Hari ni juga hari pertama saya mula bekerja semula. Alhamdulillah  dapat kelulusan untuk duduk mengajar di bilik khas bilik APD( alat pandang dengar) sepanjang 2 minggu akan datang ni. Jadi tak perlu naik tangga turun tangga untuk ke kelas2 pelajar. Hanya duduk di sini dan menunggu pelajar2 saya datang.


Walaupun secara keseluruhan nya saya merasa sihat dan sudah boleh mula bekerja, tetapi kena juga menjaga kesihatan supaya tak mendatangkan apa2 mudarat. Jangan berjalan banyak, jangan berjalan laju sgt, dan jangan angkat benda2 yg berat. Sekurang2nya sebulan setengah kata doktor. Sebab tu saya mohon izin duduk bilik ni buat sementara.

Mengapa saya melakukan pembedahan ni? Saya mempunyai fibroid sebesar 6 cm sejak mengandungkan anak ke 5 tiga tahun yg lalu. Doktor mengesan kehadiran fibroid ni masa scan pertama kali untuk check baby. Kalau tidak kerana mengandung tu, pasti saya masih tak sedar kewujudan ketumbuhan ni di luar rahim saya.. Tapi fibroid tu tak dibuang masa tu sebab saya dapat bersalin normal. Dan sebab ia nya tidak mengganggu aktiviti dan kehidupan saya sebelum ni. 

Selepas bersalin dalam tempoh 3 tahun, saya memang ada checkup setiap 3 bulan utk melihat perkembangan fibroid tu. Dalam pertemuan2 dengan doktor sebelum ni, kerap juga doktor kata operate buang je lah sebelum ia jadi semakin besar. Tapi saya ni memang penakut. Walau anak dah lima, tapi saya tiada pengalaman ceaser. 

Akhirnya sebulan yg lalu, saya nekad juga membuat keputusan untuk melakukan pembedahan membuang ketumbuhan ni. Saya perlukan pembedahan ni kerana fibroid telah menjadi sebesar 11 cm.  Dan fibroid ini juga sudah mula mengganggu ketenteraman hidup dan minda saya. Mengganggu kitaran haid saya. Selama 4 bulan berturut2, setiap kali saya period, saya masuk wad untuk tambah darah kerana kehilangan darah yg terlalu banyak. Darah bukan saja darah kotor yg gugur dari dinding uterus tapi darah elok dari tubuh juga turut keluar sebagai period sebab fibroid yg menghimpit rahim tu menyebabkan  luas permukaan antara rahim dan kapilari2 darah yg lain bertambah. 

Biasanya selepas hari ke 5 dan 6 period memang tubuh saya dah menggeletar menggigil tak mampu berjalan dah. Maka suami pun terpaksa hantar saya ke kecemasan hospital. Hb dah tinggal 4, dah tinggal 5, jadi memang doktor akan buat prosedur masuk darah lah ending nya. 

So doktor kata, saya tak boleh selama lama nya begini. Sebab darah yg masuk ke tubuh saya adalah darah org lain, dan boleh timbul pelbagai komplikasi jika ada darah yg tak serasi. Keseluruhan darah yg dah masuk ke tubuh saya ialah 12 beg. 11 beg darah sama jenis dengan saya iaitu B+, dan 1 beg darah jenis O. 

Maka saya pun bersetuju lah nak buat pembedahan buang ni sebab saya sendiri dah trauma dengan period ni. Bayangkan setiap bulan, ber puluh2 pad overnight digunakan. Saya bukan sahaja guna pad overnight, malahan di tambah dengan pampers dewasa di luar nya. Sebab kalau harap pad semata2 memang tak boleh duduk dengan baik. Mesti melimpah ke pakaian dan kerusi. Fuhh trauma sungguh bila di ingat semula. Time period adalah time yg paling saya takut. Semua aktiviti jadi terbatas. Mc jadi peneman setia. Sampai naik malu dengan pengurusan sekolah sebab asyik cuti sekurang2nya seminggu setiap bulan. 

Doktor hanya tanya 1 soalan je kepada saya. Masih nak mengandung lagi atau tidak. Bila jawapan saya ialah tidak, terus doktor kata, ok kita akan buang rahim sekali. Sebab fibroid ni ibarat batang pokok. Rahim pula ibarat tanah yg mengandungi akar pokok. Kalau kawasan akar tak di buang sekali, anggaran dalam 5 hingga 10 tahun lagi pasti boleh tumbuh semula fibroid tu nanti.  Dan terlalu banyak faktor pemakanan yg boleh menyumbang kepada cepatnya pertumbuhan semula fibroid tu. Saya pulak bukan jenis orang yg disiplin tinggi dalam pantang ni. Makanan penggalak fibroid antaranya processed food mcm burger, piza, meatball dan fast food, sup tulang dan segala variasi daging adalah antara favourite food saya. Tak mungkin saya berjaya elakkan kesemua makanan ni 100 peratus huhuhuhu jadi nak tak nak, keputusan buang rahim sekali, adalah pilihan yg paling tepat buat masa ini. 

 Jadi berfikir panjang lah saya dan suami. Bimbang menopause awal sebab muda lagi ni huhuhuhu... umur saya belum 40 tahun. Tapi alhamdulillah di usia ini, Allah dah beri kami 5 permata hati belahan jiwa, 3 lelaki dan 2 perempuan. Jadi cukup lah dengan membesarkan dan mendidik mereka menjadi org berguna insha Allah.



Kebimbangan menopause awal ni, doktor kata memang ada kemungkinan. Cuma nya bukan skrg. Sebab doktor akan kekalkan ovari kiri dan kanan. Jadi hormon tubuh saya masih di proses seperti biasa walau tidak banyak seperti sebelum nya. Cuma beza nya, saya tak akan period lagi, dan tak boleh mengandung lagi. Itu je. Kesihatan akan pulih seperti biasa. Malahan insha Allah boleh lebih cergas dan berisi sikit dari sebelum ni.
Masuk wad untuk pembedahan sepatutnya pada petang hari raya haji tahun ni, tapi masuk lebih awal sebab period bulan ni awal lah pulak 😥 masuk pulak 4 beg darah waktu ni sebab kalau tubuh tak fit, doktor akan batalkan pembedahan. Tidakkkk~~~

Senyum untuk menaikkan semangat sendiri huhu

Malam sebelum pembedahan, memang tak boleh nak tidur. Berdebar2 yg amat sangat. Nervous. Asyik gosok dada dan baca doa nabi yunus. Nervous sgt sampai degup jantung sendiri boleh terasa kuat nya.  Doktor bekalkan serbuk fortrans supaya saya clear kan usus saya untuk melancarkan proses pembedahan. Puasa bermula pukul 2 pagi. Air fortrans tu memang betul2 mujarab. Hadui tak tau berapa kali keluar masuk keluar masuk tandas membuang isi  dari dalam usus dan perut.


Pembedahan dijadualkan pukul 8 pagi. Dah tolak masuk ke dewan bedah jam 7.40 pagi. Kat situ cuma zikir je lah untuk hilangkan debaran. Tak mahu lah sampai pembedahan cancel kerana tekanan darah jadi terlalu tinggi. Sebab ada pengalaman jiran katil sebelah dah tolak masuk dalam dewan bedah tapi dibatalkan oleh pakar bius sebab tekanan darahnya tinggi sangat. dia kata sebab terlalu takut!

Perkara terakhir yg saya ingat ialah doktor haris doktor bius saya suruh saya istighfar dan selawat. Dia tekup mulut saya dengan ubat bius dan zzzz saya pun pengsan.

Sayup sayup bila saya dengar suara doktor haris kejut saya, siti hawa.. siti hawa. Saya terjaga dan spontan menggelupur dan meracau dan menendang. Seolah olah ada orang ingin cederakan saya. Taktau kenapa. Tapi itu lah reaksi spontan saya 😂😂
Saya dengar suara doktor yati pakar bius yg lagi seorang tu, "eh sabar sabar kenapa ni kenapa ni" masa saya menendang dan tangan terawang2 seolah nak menumbuk seseorang. Tiba2 mulut saya di tekup semula dan terus tidak sedarkan diri semula. Haduii org lain pun operation juga tapi taktau lah kenapa reaksi spontan saya mcm tu hahaha


Tidur sepanjang selepas pembedahan.


Pukul 9 malam baru saya betul2 dapat celikkan mata. Doktor yg duty malam tu kata saya di beri ubat tidur disebabkan reaksi agresif saya masa terjaga tu. Suami pun kata saya dah di tolak keluar dari bilik bedah tu jam 2 petang tapi saya nampak tidur je tak mampu nak respon apa2. Alhamdulillah masa terjaga jam 9 malam tu, saya rasa dah stabil dah kewarasan saya, dan dah sedar apa yg berlaku huhuhu

Inilah fibroid yg di keluarkan. Doktor dah cincang2 sikit untuk mudah dikeluarkan dan untuk lihat isi di dalam nya. Takde lah rambut ke gigi ke apa ke. Saya kata, nampak mcm lemak je. Tapi doktor zahar jawab, memang daging sepenuhnya. Bukan lemak.

Ni pulak rahim saya yg telah di keluarkan. Saya amat berterima kasih kepada rahim ini kerana telah menumpangkan lima org zuriat saya dan kesemua mereka sihat  semasa dalam kandungan. Pada raya haji 13 tahun yg lalu, saya melahirkan anak sulung dari rahim ini. Dan pada raya haji 13 tahun kemudian, saya berpisah dengan nya. Jasa organ yg istimewa ini amat saya hargai.. terima kasih Allah atas kesempatan mengandungkan  lima orang cahaya mata dengan rahim ini.

Ke esokan hari nya, sehari selepas pembedahan, doktor zahar yg merupakan doktor bedah saya melawat dan bertanya khabar. Memang gerun dengar dia cerita tentang proses pembedahan tu. maklumlah saya memang pengsan habis sepanjang pembedahan tu. Taktau apa yg berlaku huhu. 
Doktor zahar berbual dengan pesakit dan doktor lain di depan katil saya. Niat hati nak selfie tapi masih tak larat nak bangun huhu


Pembedahan saya ni secara laparoscopy, iaitu jenis tebuk. Jadi memang takde luka parut yg panjang. Hanya bekas tebukan je sebanyak 4 tebukan di sekitar perut saya dan 1 tebukan di pusat. Doktor zahar merupakan big bos o&g di hospital kemaman dan dia salah seorang yg expert tentang pembedahan laparoscopy ni.

Alhamdulillah, hari ni, benang pembedahan dah tanggal. Tinggal luka dalaman je yg masih perlu di jaga. 

Apa perasaan bila dah kehilangan rahim? Saya akui saya agak down juga beberapa hari selepas pembedahan di buat walaupun saya bersetuju sepenuhnya rahim itu di buang. Setuju sepenuhnya sebab Trauma yang tak boleh bawak bincang! Pernah jatuh tergolek dalam bilik air kerana darah yg terlalu banyak tumpah time period hari ke 6, sampai tertidur dalam bilik air pukul 1 pagi dengan darah yg non stop mengalir. Sampai rasa hopeless merangkak keluar bilik air panggil suami dalam keadaan yg tersangat lembik. 

Tak berani duduk di kelas bila mengajar dan tak sabar2 nak keluar kelas sebab berasa berdebuk2 ketulan darah keluar. Bukan sebesar syiling 50 sen. Ada masa nya ketulan darah sebesar wang kertas seringgit! Memang tak dpt nak fokus mengajar bila tiba waktu2 period tu. 

Bawa budak sukan sampai kena patah balik semula ke rumah sejauh setengah jam sebab habis pakaian dan seluar dan seat kereta di penuhi darah.

Dan byk lagi lah memori2 pahit yg berlaku berkaitan period banyak ni. Setiap bulan selama 5 bulan ni saya alami menggeletar dan  pengsan dek kerana blood lost yg terlalu melampau. Allah beri saya ujian kaw kaw waktu haid ni supaya saya sgt sgt tidak merindui dah kepada masa2 ni agaknya. 

Doktor takde beri ubat ke sepanjang kejadian2 ni berlaku? Ada. Saya di beri tranexamic acid nama ubat untuk menahan darah. Tapi ubat itu tidak cukup kuat untuk menahan sepenuhnya tumpah darah ni. Dos untuk saya juga dah paling tinggi. 12 biji utk sehari selama 5 hari. Tapi selepas tu, ia tetap akan keluar dengan melimpah juga. 

Saya takde ke cuba ubat2 tradisional atau alternatif? Ada. Tapi ia sekadar mengawal fibroid dari membesar dengan segera. Tidak mengecutkan nya. Selama 3 tahun fibroid saya tidak lah membesar mendadak. 6 cm kepada 11 cm dalam tempoh 3 tahun tu kira terkawal juga. Tapi masih lagi membesar kerana saya tak pantang makan daging agaknya huhuhu.. pantang jumpa!

Seorang sahabat berkata, down itu perkara normal bila kita di timpa ujian. Insha Allah lepas ujian tu berlalu, kita pasti terlupa rasa pahit nya, dan kita akan mengingati manisnya saja.

Ingatan itu lah yg mengubat rasa hati yg down ni walau saya redha sepenuhnya dengan apa yg terjadi.

Satu lagi kejadian di klinik semasa saya nak sambung mc juga memberi keinsafan. Saya ke klinik kerana saya rasa masih belum mampu bekerja walaupun 2 minggu telah berlalu. Saya ingin memohon di tambah seminggu lagi mc. Masa tu pun saya termenung bersedih mengenang rahim yg sudah tiada. Tiba2 Allah munculkan depan saya seorang anak kecil lingkungan 3 tahun yg tiada kaki kiri!

Allahuakbar, kehilangan saya ini langsung tak seberapa berbanding anak ini yg kehilangan kaki sebelah kiri nya. Saya kehilangan rahim ketika saya sudah mempunyai cukup anak2. Ramai lagi wanita2 di luar sana yg kehilangan rahim sebelum sempat mengandungkan walau seorang pun anak.  Dan kehilangan saya ini, ketiadaan rahim ini, tiada siapa akan sedar kekurangan itu kalau saya tidak bercerita. 

Sedangkan anak kecil di depan saya ini sudah hilang sebelah kaki nya dalam usia sekecil itu, jauh lagi masa depan nya, dan tanpa perlu cerita memang boleh terus dilihat orang kekurangan nya. Moga anak itu dapat menukar kekurangan nya kepada kelebihan aaminn...

Jadi, ini lah cerita saya. Cerita seorang wanita tanpa rahim. Dan insha Allah dengan izin nya, saya juga akan menukar kekurangan ini menjadi satu kelebihan bagi diri saya. Aaminnn




Comments

  1. Allahhuakhbar.. alhamdulillah semuanya dah selesai.. in sha ALLAH hnya yg baik2 shj utk hari2 yg mendatang..positif selalu ya awa.. pantang dulu mn yg boleh dpantangkn

    ReplyDelete
  2. Allahuakbar.... Moga dikuatkan semangat... ��

    ReplyDelete
  3. Allah x akan uji hamba2 Nya diluar kemampuan cikgu.. Cikgu hawa kuat, semoga cikgu redha dngn ape yg telah terjadi.In Shaa Allah ada perkara yg indah2 lagi selepas ini.. Alhamdulillah Allah permudahkan segala urusan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macmn cikgu boleh mula kerja selepas 3 minggu..saya selepas 3minggu jahitan pon belum betul2 baik lagi

      Delete
  4. Cikgu Hawaaa��semoga cikgu cepat sembuh yaa!Semoga hidup cikgu diberkati Allah amiin. ;ex student cikgu dekat jelai❤️

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya masih ingat dengan kamu syazrul 💛

      Terima kasih atas doa nya.. aaminnn 😊

      Delete
    2. Terharu baca pngn cg....sya pn cg jgk...akn mnjalani operation spt cg jgk....doakan semoga sya jgk tabah &.sabar dgn ujian Allah ini....luahan cg ini memberi kekuatan kpd sya utk mnjlni operation buang fibroid & rahim pada 24.8.2020 nati....cuma nk tnya pntg mcmna slps operate...semkin dkt trikh, smkin berdebar...Allahhuakbar..

      Delete
    3. Terima kasih buat cik gu hawa,sy tercari cari testimoni pengalaman wanita buang rahim,allhamdulillah terjumpa pengalaman,cik gu hawa.dan pengalman dr awal hingga akhir hampir serupa dgn yg sy alami,hny sy terjumpa fibroin ni bkn psl menhandung,tp slalu senggugut,dr 2016 hny 5 cm..hingga la ke hr ini 11 cm,dn sy mmg slalu menolak bila dokter bg cadangan unt opret,tp sebab mmg sdh bnyk trauma jd sy akhirnya mau juga opret,insya allah tgl 8-10.2020,opret.terimksh kp cikgu,pengalaman cikgu insya allah jd penyemanhat dn kekuatan unt sy.aamiin.

      Delete
  5. Kita senasib.. semoga ketemu lg untun berkongsi suka duka

    ReplyDelete
  6. salam...maaf bertanye...klau da buang fibroid mcm mne hbngn dgn suami...ada perbezaan ke cikgu hawa...sy pon salah seorg yg ada fibroid yg besar...

    ReplyDelete
  7. maksud sy buang rahim hbngn dgn suami ada perbezaan ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah takde apa yg berubah dgn hubungan tu. Masih sama seperti biasa sebelum pembedahan

      Delete
    2. Hi,Sya 10/06/2020 baru saja membuang seluruh rahim dan tiada yg tinggal krn sizenya sdh 11cm...sejak itu sya merasa seluruh anggota badan sya sakit seperti tulang rapuh, susah nk tidur malam, badan terasa panas,kepala berat dan mcm2 masalah...adakah anda juga melaluinya?

      Delete
  8. Assalamualaikum Puan...
    Puan beruntung kerana telah mempunyai anak-anak. Saya di diagnose mempunyai fibroid lebih dari satu. Yang paling besar bersaiz 5cm. Doktor mencadangkan supaya fibroid dibuang bersama rahim sekali, sedangkan saya belum mempunyai anak lagi. Sehingga kini saya tak tahu apa keputusan yang perlu saya buat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Moga Allah permudahkan urusan puan. Memang satu keputusan yg sangat sukar. Moga Allah beri jalan penyelesaian pada puan.

      Delete
    2. Salam..sy aishah, juga telah menjalani pembuangan fibroid 5 bln lepas..fibroid sy jenis yg ade 1 besar dan lain2 kecik..Alhamdulilah..doktor x usik rahim psl belum ade anak..skrg hajat nk TTC semula..cuma kadang ade rasa sengal ngilu gitu dibahagian bawah perut..Sy menjalani operation di KPJ Pahang..

      Delete
  9. Allahuu😥..salam puan..saya jugk sedang mnunggu keputusan disbbkn sekarang ini operation dihentikan sehingga lepas raya(kecuali bersalin ceasar) atas sbb musim pkp dan corona skrg ni..dan saya hanya makan ubt tahan bleeding saja..saya baru ja tahu buln lepas..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Puan, nk tny.. brp hari puas admit d hospital semasa pembedahan itu, dn sekarang masih rasa sakit tak di kawasan operation.. tq

      Delete
  10. Salam Puan, nk tny.. brp hari puan admit d hospital semasa pembedahan itu, dn sekarang masih rasa sakit tak di kawasan operation..tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya dijadualkan pembedahan adalah selasa pagi. Khamis petang saya dah dibenarkan keluar hospital.

      Pembedahan adalah pada ogos 2019. pada hari ini, mei 2020. Bermaksud sudah berlalu 9 bulan srlrpas pembedahan. Alhamdulillah, saya merasa sgt sihat dan cergas. Kesihatan saya menjadi lebih baik dari mana2 waktu yg saya ingat. Tiada period, jadi tak berlaku dah kehilangan darah. Saya percaya hb saya sudah jauh semakin baik dan saya dapat melakukan pelbagai aktiviti yg lama saya dah tinggalkan seperti berlari dan melompat.takde rasa sakit pada bahagian operation. Syukur alhamdulillah.

      Di sebalik kekurangan tiada rahim, pilihan operation secara laparoscopic ni memang pilihan tepat bagi saya dalam mendapatkan kembali kecergasan segera seperti yg saya harapkan.

      Insha Allah, kita minta yg baik2. Moga Allah terus beri yg baik2.

      Delete
  11. Allahurobi...sy baru dpt tahuebih Semalam pegi scan di klinik setelah sekian lama sakit di abdomen dalam rupa rupanya doctor kata kemungkinan fibroid, saya memang Selalu sakit apabila datang haid, rasa seperti cucuk² perut, kejang, Sengugut.. Kali ini sakit Sangat sehingga Sy pergi jumpa doctor, doctor beritahu bahawa uterus saya Bengkak.. Kemudian doctor keluarkan surat refer ke hospital utk scan...
    Selepas 3x czer anak, saya takut utk operate jikalau fibroid ni membahayakan..doakan saya yer..
    Terima kasih atas Perkongsian cikgu, buat saya lagi kuar utk hadapi ujian dari Allah...

    ReplyDelete
  12. Assalam cikgu hawa..pd 29hb jun yg lalu sy telah dinadihatkn oleh pihak doktor utk membuang rahim atau fibroid..sy bakal menjalani pembedahan ini tidak lama lg..sy ingin mèndapatkan tip2 penjagaan dr pihak cikgu berhubung dgn perkara ini..blh tk sy dotkn no.hp cikgu jika tk keberatan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya jalani pembedahan secara laparoscopic. Maksudnya doktor tebuk. Tak buat potongan panjang. Beza antara pembedahan jenis tebuk dan jenis potong ni, pembedahan jenis tebuk lebih mudah penjagaan selepas pembedahan. Sebab takde banyak jahitan. Saya menjaga diri selepas pembedahan sama seperti selepas bersalin.tidak banyak berjalan dan tidak banyak buat kerja. Berjalan pun slow utk elak kesan jahitan terbuka walaupun jenis tebuk. Makan makanan yg sihat dan banyak makan buah oren sunkist dua biji sehari selama dua minggu utk cepat sembuh luka. Makan Sesudu gamat jenama luxor setiap hari dalam tempoh seminggu. Selain tu, makan nasi dengan sup sayur utk cepat bertenaga.

      Delete
  13. salam cikgu...saya 14 hbni nk buat pembedahan.berilah semangat sikit pd saya..rasa takut Allah saja yg tahu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf saya baru baca message puan. Saya harap pembedahan puan berjalan lancar. Skrg dah ogos dah. Moga puan pun telah sembuh dan semakin sihat

      Delete
  14. Assalammualaikum cikgu Hawa,
    Baru-baru ini Rahim Saya telah di buang kerana mendapat jangkitan akibat keguguran secara pembedahan kecemasan . Saya telah di tambah banyak Sarah Dan Kona d ICU selama beberapa Hari.
    Semasa discaj Saya tidak di bekalkan dengan maklumat berkenaan beberapa perkara yang menjadi persoalan Saya . Perjumpaan dengan doktor pulak lagi 2 bulan.
    Harap cikgu boleh Bantu Saya dengan tips berdasarkan pengalaman cikgu

    1. Bagaimana Cara makan Dan minum selepas buang rahim yg cikgu amalkan? Saiz makanan ,apa yg cikgu ambil Dan elakkan?
    2. Adakah cikgu meneran waktu buang air besar? - Saya takut nak meneran bila rasa nak buang air besar ?
    3. Berapa lama cikgu tunggu untuk bersama suami lagi?
    4. Tak Ada rasa sakit kah bila bersama suami?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf saya baru baca message puan. Dah sebulan dah selepas pembedahan puan. Saya cuba cuba jawab berdasarkan pengalaman saya ye.

      1. Saya makan buah oren sunkist dua biji sehari selama dua minggu. Minum air panas mcm milo, kopi o, air susu dan air masak. Bila makan nasi, saiz separuh pinggan dan seekor ikan saiz kecik mcm ikan selayang atau kembung, dan semangkuk sup sayur. Saya elakkan ayam dan dan daging dan dan telur.
      2. Saya minum susu susu omega setiap pagi. Susu ni serasi dengan saya dalam melawas sistem pencernaan saya.tak perlu tekan kuat.
      4. Kalau tak silap saya sebulan. Mcm puan skrg. Dah sebulan. Insha Allah perlahan lahan dah boleh. Jangan terlalu kasar.

      Delete
  15. Tambahan pada soalan Saya,

    4. Bagaimana Cara cikgu tidur ? Posisi tidur selama 3 minggu selepas buang rahim?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pasti masih sesuai utk di jawab sebab puan sendiri dah melepasi fasa tu. Tapi mungkin jadi panduan kepada org lain. Saya tiada posisi tidur yg tetap kerana kita tiada rahim dah utk dijaga. Hanya perlu sembuhkan luka. Saya mengiring menelentang, memeluk bantal di perut terutama ketika sakit rengat bila angin yg terperangkap dalam usus bergerak. Memang rasa nak nangis tapi tekap perut dengan bantal membantu melegakan saat saat ni.

      Delete
  16. Cikgu Hawa , bagaimana penjagaan miss v selepas cikgu buang Rahim?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selepas buang rahim, tiada lagi darah haid. Jadi cara penjagaan masing masing juga mungkin sudah berbeza. Bagi diri saya, memang cukup sekadar membasuh dengan air. Sifat taharah suci lagi menyucikan. Cuma dari segi menguatkan otot dalaman, saya ada makan pil jamu berasaskan kunyit dan juga pil wsr(women secret recipe). Pada saya, yg berasaskan colagen memang perlu dielak.

      Delete
  17. Askm cikgu, berapa ya Kos sekiranya buat di govnt hospital, Saya juga alami masalah sama

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kos di kerajaan untuk pembedahan ni ialah rm100. Tambahan kos
      kos lain utk jumlah beg beg darah berapa banyak dan tempoh masa duduk wad. Di sawasta, kos rawatan dan pembedahan 10k. Beza nya di swasta, boleh ikut jadual kita. Sedangkan di hospital kerajaan, kena tunggu dan dan bersabar dengan jadual yg ditetapkan. Walau kita dah sangat sakit, masih tetap perlu bersabar menunggu jadual pembedahan.

      Delete
  18. Sy pun msih mmkir lagi nk buang ke xnak rahim sy..sy dh BTL,mmg xkn beranak dh..dkter suggest srh buang rahim sb fibroid sy sbsr 8×9cm,mmg sgt mganggu sy pnye period..sy cume nk tahu kesan sekiranye rahim di buang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Doktor kata, kesan terbesar hanya lah emosi. Kalau rasa nak marah macam terus cepat nak marah. Bila sensitif jadi sangat sensitif. Apa yg di alami oleh maknmak yang yang telah menopause. Rasa panas da tak selesa di peringkat awal selepas pembedahan. Macam saya dah setahun ni, rasa fizikal cepat berpeluh dan panas dah takde. hanya tinggal kesanekesan je lah .sebab kehilangan rahim ni buatkan paras hormon kita turun mendadak. Saya kawal emosi dengan menanam bunga. Melihat bunga adalah terapi ketenangan bagi saya 😊

      Delete
  19. Assalamualaikum....Maaf nk bertanya skit telefon msa nk pergi operation simpan mcmna ?Bg dkat nurse @ waris

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa sepanjang operation, telefon tele simpan di laci di wad je. Insha Allah takde apa apa. Gambar yg saya kongsi tu kebanyakan di ambil oleh waris saya. Bukan dari telefon sendiri 😊

      Delete
  20. Assalamualaikum...pada 5.8.2020..saya br dpt tau ada fibroid dlm rahim.Saiz 12cm. Doc syorkan buang rahim..klau tak buang rahim ..bahaya tak untuk jangka masa panjang..

    ReplyDelete
  21. Assalamualaikum...pada 5.8.2020..saya br dpt tau ada fibroid dlm rahim.Saiz 12cm. Doc syorkan buang rahim..klau tak buang rahim ..bahaya tak untuk jangka masa panjang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam... kalau puan biasa dengan lalang dan rumput, pasti puan tahu seberapa kerap kita buang rumput dengan mencabutnya, lama kelamaan rumput tetap boleh tumbuh semula. Kerana di dalam tanah itu, ada akar yang masih hidup dan pada satu tempoh yang sesuai kena dengan baja dan suasana, akar tu boleh bertumbuh menjadi pokok semula.

      Inilah kiasan yang doktor beri pada saya. Jika kita sanggup untuk pantang segala macam makanan yang menjadi baja pada fibroid tu, macam fast food, ayam daging, sos tiram, bilis yang tinggi hormon estrogen, dan colagen pada semua makanan kita, insha Allah takde masalah jika tak buang rahim.
      tapi saya mengenali diri saya sendiri. Saya seorang yang sukar dan tidak berdisiplin dalam menjaga pemakanan saya. dan doktor menjangka kan berdasarkan tabiat pemakanan saya yg kuat makan fast food dan ayam serta daging ni, anggaran 5 hingga 10 tahun di jangka fibroid itu akan tumbuh semula. sebab tu jalan terbaik adalah dengan buang rahim. apapun, pilihan terletak pada diri kita sendiri.

      Delete
  22. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
  23. Apakah ada kesan sampingan selepas rahim itu di buang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah setakat setahun selepas pembedahan ni, takde kesan sampingan yg saya alami. Alhamdulillah saya sihat. Cuma dah takde darah uzur.

      Delete
  24. Salam cg hawa..blh x wasap sy 0179290595

    ReplyDelete
  25. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  26. Alhamdulillah cg...sy pun sme mcm cg skrg..operation 16/12 thn lps...dpt thu ade fibroid sbb period yg lme sehingga istihadah.kdg bocor abis, malu kat anak murid....pergi klinik untuk cek pd 2/12..doc bgtau ade fibroid dan cyst...sarankan buang rahim sbb fibroid seketul dlm rahim bulat umpama tumbung nyiur yg padat dlm nyiur...sy redho alhamdulillah ade sepasang cahayamata....amik peluang utk terus operate memandangkan kita semua cuti sek....sy bius penuh dan pembedahan seperti bersalin czer...pengalaman pertama czer.cyst juga dibuang pd 2 belah ovari dan ovari msh ade....mga kita diberikan kesembuhan..aamiin

    ReplyDelete
    Replies
    1. As salam dik. Boleh tak wasap kakak sebb nak tahu operation fibroid bius penuh. Anak kakak baru 2 minggu ops fibroid. Besar juga. Boleh ya kita berbual. No kak 014 264 2297

      Delete
    2. Hii sis...boleh tanya pngelaman selepas buang rahim sis..

      Delete
  27. Erm...alhamdulillah..cikgu..tp mcm sy..blom ada seorg pon anak. Saya hanya bole cuba ivf.doc advise utk buang rahim dlm tempoh 5 tahun lg..sy baru 35 tahun..sbb sekarang tiub follopian sy dh rosak rahim pon dh kena jangkitan. Tp doc masih usaha utk rahim sy bole digunakan . Doakan saya cikgu agar saya dpt memegang zuriat sy satu hari nanti. Ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allah juga sedang uji sy, sy juga punyai febroid yg besar bile mane smlm sy jumpa pakar, sebenrnye febroid ni 8 thn Lps sudah ade, cme masih kecil.. Dan skrg dia sgt2 menggu period dan pembuangan air kencing.. Sy dah 10thn kawin, dan masih blm punyai anak.. Tp smlm dktr sarankan untuk opred, dan kemungkinan jika berlaku pendarahan, rahim juga akan d buang... Febroid sy kedudukannya tmpt yg sgt2 ssh dan bahaye.. Jd skrg sy berbelah bahagi, sama ade nk opred atau biarkan saje... Tp klu d biarkan setiap bln sy akan senggugut yg teruk, dan pendarahan yg bnyk... Allahuakbar

      Delete
    2. Saya doakan semoga segalanya dipermudahka Allah untuk para sahabat rakan dan kawan kawan wanita yg senasib kerana mendapat penyakit yang melibatkan rahim ni.. Andai yang belum punya zuriat, tiada apa yg dapat saya bantu utk mendapat zuriat tu kerana rezeki yg tu, datangnya dari Allah. Kurniaan dan amanah dari Nya.

      Namun, kalau telah tertulis takdir ya zuriat belum ada, dan terpaksan dibuang rahim tu, moga saya doakan para sahabat dapat meredhakan kehilangan rahim tu, kerana nikmat sihat itu adalah lebih berharga di dunia ni berbanding sakit yang berpanjangan. Dengan sihat, kita dapat mencari bahagia mungkin melalui pengambilan anak angkat yang ada ramai juga anak anak yg terabai kita dengar. Moga apa jua pilihan, kita memilih yang terbaik untuk diri kita dan org tersayang di keliling kita.

      Delete
  28. Thank you for sharing your life story. It really give the positive wave. Wish you and family always stay happy and healthy all the time. Take good care and great to meet you.

    ReplyDelete
  29. Salam cikgu sy nak tanya..masa baru² selepas operation ada tak kluar darah fresh ikut bawah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam.. seingat saya, ada beberapa titik darah fresh yg di seluar dalam tapi tidak lah berlanjutan. Mungkin saki baki sisa selepas pembedahan atau luka yg belum betul betul sembuh

      Delete
    2. Berapa lama ya puan di admit selepas pembedahan. Sy punyai pengalaman ceacer.

      Delete
  30. Hi cikgu hawa. Saya benar2x mempunyai keyakinan sekarang bila membaca sharing puan. Pada 14 Jun 2021 akan menjalani pembedahan di KPJ. Cerita puan sama benar2x dgn keadaan saya skrg.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang dah ok ke sis...sebap saya pun belum buat keputusan sama ada nk buang rahim atau tak

      Delete
  31. cerita kita hampir sama.. walaupun cikgu melaluinya dulu
    trauma setiap kali peroid.
    sedih atas kehilangan rahim
    tapi alhamdulilah.. ambil hikmah disebalik musibah.. Allah sayang.

    ReplyDelete
  32. Assalamu'alaikum cikgu..cikgu buat pembedahan yg tebuk tu..kos dia berapa dkt hosp kerajaan ka cikgu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kos pembedahan secara tebuk tu rm100 di hospital kerajaan. Tapi ni masa zaman sebelum covid tahun 2019. Saya tak pasti berapa kos nya sekarang.

      Delete
  33. Aslmualaikum..cerita cikgu ni jd kkuatn utk sya..pda 18/8 ni sya akn mjalani pmbedahan utk mbuang kseluruhan rahim saya dsblh knan dn kiri..ckup mnakutkn bg sya tp stlh mbca cerita cikgu ni..saya mdpt smngt dn sdikit rsa lega..wlupn sya belum mpunyai anak..alhmdulillah suami msh nak bsma sya smpai kakhr hyt..terima kasih cikgu kongsi pengalaman cikgu..semoga cikgu sihat terus dan bahagia dsmping suami,ank2 dan kluarga tercinta..aaminn ya Allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga urusan puan dipermudahkan 18/8..insyallaah ada hikmah apa yang berlaku.. saya pun mula2 rasa down.. tp selepas setahun operation dah rasa ok..

      Delete
  34. Inshaallah diberikan kesihatan yang baik untuk puan.. Amin

    ReplyDelete
  35. Terima kasih atas perkongsian pengalaman. Saya pun bakal melalui histerektomi pertengahan Disember ni. Moga Allah permudahkan urusan kalian semua dan juga saya.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tema colour blocking untuk hari guru 2018

         Sambutan hari guru tahun ni meriah sungguh dengan pelbagai warna warni pakaian guru2 smk durian mas. Tema colour blocking sememangnya tema yg menarik kerana guru2 dikehendaki memakai pakaian yg berbeza2 dan kontra warna nya. Tidak boleh sama kaler tudung dgn kaler baju dengan kaler kain dengan kaler kasut dengan kaler handbag hehehehe memang puas juga lah membuka wardrobe dan menyuai padan semua kaler2 baju sedia ada hihihi 😁         Semua rakan guru tak kira lelaki atau wanita mmg bersatu hati memenuhi kehendak tema. Saya kebetulan merupakan guru bertugas minggu ni. Jadi tak dpt sama2 berselfie masa pagi sebelum semua guru bersedia berarak dan masuk ke dewan dmas. Anggun, jelita, hensem, gojes semua rakan2 guru 😍 colourful hehehe Walaupun kami bertugas mengawal murid2, nak selfie jugak hahahaha Aktiviti hari guru adalah seperti masa2 sambutan yg lalu, membaca perutusan dari pihak2 atasan seperti kppm dan jpn, sukaneka, persembah

20 Aktiviti untuk Pelajar Pasca PT3

Setelah selesai Pentaksiran PT3, waktu persekolahan masih ada berbaki lagi sebulan lebih bagi pelajar-pelajar tingkatan 3. Nak belajar lagi? Rasanya inilah ruang dan waktu untuk mereka melepaskan tekanan selepas berusaha bersungguh-sungguh belajar dari awal tahun untuk memastikan kecemerlangan dalam pencapaian akademik mereka.  Apa yang boleh dilakukan oleh para pelajar? Aktiviti yang masih berada dalam skop pembelajaran, pdp luar bilik darjah. Sekolah saya telah menetapkan bahawa pelajar-pelajar ini akan di kawal selia oleh satu unit panitia sekurang-kurangnya 3 kali pertemuan di sepanjang tempoh program pasca. Guru-guru yang terlibat akan merancang dan menjalankan aktiviti sepanjang waktu pdp sehari bersama panitia yang ditetapkan. Berikut saya kongsikan antara aktiviti-aktiviti yang telah dilakukan oleh pelajar pasca pt3 2017 sekolah saya. 1. English Day Carnival     Antara aktiviti yang dilakukan sepanjang sehari ini ialah explorace dan treasure hunt. 2