Skip to main content

Posts

Showing posts with the label pengakap

Gotong Royong Muhibbah

Saya selaku wakil pemimpin pengakap sekolah, telah menerima jemputan untuk membawa 4 orang pelajar saya ke satu aktiviti kemasyarakatan yang berlangsung di Kg. Air Runtuh, Johol. Aktiviti ini dianjurkan oleh SMK Datuk Undang Abd Manap (Duam) sempena penyertaan mereka dalam pertandingan inovasi Toyota Eco Youth. Banner ini dipasang di jalan masuk ke kampung tersebut.  Saya memilih seorang pengakap muda dan 3 orang pengakap remaja untuk mengikuti program ini. Walaupun hanya sebagai jemputan untuk khidmat masyarakat ini, tapi saya mengambil kesempatan untuk menilai pelajar saya bagi mendapat lencana pemelihara(Pengakap Muda) dan lencana perkhidmatan(Pengakap Remaja).                                                                                       peme...

Menghadiri kursus manikayu pengenalan

         Pada hari ini, 6 april 2013, saya telah berpeluang mengikuti kursus manikayu I : Pengenalan yang dianjurkan oleh Persekutuan Pengakap Malaysia peringkat Negeri Sembilan. Kursus manikayu I ini adalah kursus pertama yang perlu di hadiri oleh setiap pemimpin pengakap sekiranya mereka ingin ditauliahkan sebagai pemimpin kumpulan pengakap. Bertempat di SMK Tunku Besar Tampin, peserta-peserta wajib menghadiri sesi ini selama 8 jam.          Kursus telah dilaksanakan oleh senior-senior pengakap dari sekolah2 negeri sembilan, antaranya Tuan Mohd Nor Azlan (DC Port Dickson) , Tuan Aziruddin (ASC S/U Latihan), Tuan Chan Kau Chai (ASC Antarabangsa) , Tuan Saiful Izham (ASC Unit pengakap Remaja), Tuan Shamsuddin (DC Seremban Barat) , Tuan Baderi Sham (DC Tampin) , Tuan Amir Fuad (ASC Pentadbiran) , Tuan Ikhwan dan beberapa orang lagi. Perasmian penutup telah disempurnakan oleh Tuan Hamdan iaitu Ketua Pesuruhjaya Negeri Sembilan.   ...

Perkhemahan Kemahiran Pengakap 2012 Negeri Sembilan

Baru baru ini, saya telah dipertanggungjawabkan mengiringi kontinjen daerah Kuala Pilah ke Perkhemahan Pengakap Peringkat Negeri Sembilan pada 2 hingga 4 Mei yang lalu. Semua sekali seramai 75 orang pelajar dari daerah Kuala Pilah dan 5 orang guru pengiring dari 5 sekolah yang berbeza. Sebenarnya baru ini tahun pertama saya melibatkan diri dalam pasukan uniform pengakap. Dan ini juga program pertama yang saya terlibat didalamnya. Oh saya akui sungguh teruja melihat beratus-ratus pelajar berpakaian seragam uniform pengakap, pegawai-pegawai kontinjen dan pesuruhjaya pesuruhjaya pengakap yang segak bergaya dengan uniform masing-masing. Pelbagai pangkat dan jawatan dan datang dari seluruh pelosok negeri Sembilan. Peserta program perlu berkumpul  dan berbaris sebelum setiap acara dimulakan. Saya belajar membuat ikatan gajet pada malam sebelum perkhemahan. Buku sila, simpul manuk, bunga geti, silang pangkah dan cara-cara membuat gajet tripod dan bangku dan pintu gerbang dan ...