Friday, 14 June 2013

Gotong Royong Muhibbah

Saya selaku wakil pemimpin pengakap sekolah, telah menerima jemputan untuk membawa 4 orang pelajar saya ke satu aktiviti kemasyarakatan yang berlangsung di Kg. Air Runtuh, Johol. Aktiviti ini dianjurkan oleh SMK Datuk Undang Abd Manap (Duam) sempena penyertaan mereka dalam pertandingan inovasi Toyota Eco Youth.

Banner ini dipasang di jalan masuk ke kampung tersebut. 

Saya memilih seorang pengakap muda dan 3 orang pengakap remaja untuk mengikuti program ini. Walaupun hanya sebagai jemputan untuk khidmat masyarakat ini, tapi saya mengambil kesempatan untuk menilai pelajar saya bagi mendapat lencana pemelihara(Pengakap Muda) dan lencana perkhidmatan(Pengakap Remaja).
                                  
                                                   pemelihara                                          perkhidmatan


Ok serba sedikit tentang program. DUAM akan mewakili Negeri Sembilan dalam pertandingan inovasi anjuran Toyota Eco Youth. Pertandingan ini memerlukan mereka menjalankan satu projek inovasi yang boleh memberikan kesedaran tentang alam sekitar, atau perubahan kepada golongan sasaran. 

Sejujurnya, saya amat tertarik dengan cara SMK DUAM menyebarkan kesedaran berkaitan alam sekitar ini. Mereka mendapat bantuan dari banyak pihak, untuk menjayakan program mereka. Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan, pihak Solid Waste Management Sdn Bhd(SWM), Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Kesihatan, dan sekolah-sekolah, serta penduduk orang asli di kg air runtuh khususnya. Projek mereka adalah membina tempat pelupusan sampah yang khusus untuk penduduk orang asli ini, kerana kawasan kediaman mereka adalah kawasan di  luar operasi pungutan sampah oleh pihak majlis daerah. Mereka membuang segala sisa pepejal mereka di merata-rata kawasan di sepanjang pinggir jalan masuk ke kampung mereka, dan pembuangan ini selain mencemar pandangan mata, ia juga mencemari air sungai di kampung mereka. 
Pihak SWM membuka kaunter untuk orang kampung menghantar barang buangan mereka yang boleh dikitar semula seperti plastik , kertas dan kaca.


 


Ada pameran kesedaran pencegahan denggi, pemeriksaan kesihatan secara percuma untuk penduduk kampung meliputi pemeriksaan darah, kolesterol dan gula, juga ukuran tinggi dan berat. 


 


Ini satu lagi kelab yang menarik perhatian saya. Kelab Doktor muda. Kelab ini dianggotai oleh pelajar-pelajar sekolah rendah. Para doktor muda ini memberi nasihat pemakanan, pemeriksaan mata, boleh check BMI :) gambar ketiga di atas tu, cik doktor yg comel sedang menunjuk 7 langkah basuh tangan yang betul. Mereka ini anak-anak yang berbakat dan berketrampilan. Berani memberi penerangan dan khidmat nasihat, persis doktor sebenar! Inilah rupa produk yang ingin kita hasilkan daripada sistem PBS. Pelajar yang berdaya saing, mampu dan petah berkata2. Seingat saya, masa saya sekolah rendah dulu, pemalunya! jangan harap boleh bercakap seperti mereka.

Pengalaman yang tiada di dalam bilik darjah. Naik lori untuk ke tapak gotong royong hehehe. 


Dah penat baru teringat nak ambil gambar. Kawasan pinggir jalan yang menjadi tempat buangan sampah penduduk. Kami menaikkan sampah yang mengganggu pandangan mata ini, dan sampah-sampah ini akan dibuang ke tempat pelupusan yang dikhaskan.

Moga SMK Duam berjaya dengan projek pertandingan ini. Saya pula dapat memberi penilaian secara tak langsung kepada pelajar pengakap saya.

No comments:

Post a Comment