Thursday, 10 May 2012

Perkhemahan Kemahiran Pengakap 2012 Negeri Sembilan

Baru baru ini, saya telah dipertanggungjawabkan mengiringi kontinjen daerah Kuala Pilah ke Perkhemahan Pengakap Peringkat Negeri Sembilan pada 2 hingga 4 Mei yang lalu. Semua sekali seramai 75 orang pelajar dari daerah Kuala Pilah dan 5 orang guru pengiring dari 5 sekolah yang berbeza.

Sebenarnya baru ini tahun pertama saya melibatkan diri dalam pasukan uniform pengakap. Dan ini juga program pertama yang saya terlibat didalamnya. Oh saya akui sungguh teruja melihat beratus-ratus pelajar berpakaian seragam uniform pengakap, pegawai-pegawai kontinjen dan pesuruhjaya pesuruhjaya pengakap yang segak bergaya dengan uniform masing-masing. Pelbagai pangkat dan jawatan dan datang dari seluruh pelosok negeri Sembilan.

Peserta program perlu berkumpul  dan berbaris sebelum setiap acara dimulakan.


Saya belajar membuat ikatan gajet pada malam sebelum perkhemahan. Buku sila, simpul manuk, bunga geti, silang pangkah dan cara-cara membuat gajet tripod dan bangku dan pintu gerbang dan rak kasut. Orang kata, study sungguh-sungguh! Guru saya pada malam itu ialah suami saya sendiri yang merupakan ahli pengakap tegar pada zaman sekolahnya dulu (walau dah lama meninggalkan zaman sekolah tapi ingatan terhadap simpulan dan ikatan masih segar diingatannya, begitulah taksubnya dia pada pengakap dulu hehehe). Saya bukan ahli uniform yang baik masa zaman sekolah saya, maka saya memang tidak tahu untuk membuat apatah lagi menunjuk ajar pelajar-pelajar pengakap dibawah pimpinan saya di sekolah. Tapi, ketika esoknya ditapak perkhemahan, segala skill dan kemahiran ikatan yang saya belajar satu malam sebelumnya, telah berjaya di aplikasikan kepada peserta-peserta perkhemahan sehingga mereka benar-benar yakin dan mengandaikan bahawa saya memang seorang yang pakar dan pandai membuat ikatan! (percaya sangatlah korang, kalau betul hebat tentulah team kita dah menang pertandingan gajet tuh hoho)

tengah termenung tak dapat nak siapkan tripod diorang. Saya pun datang menyelamat hahahaha


korang tak nampak ke cikgu tu sebenarnya terkial-kial nak siapkan bangku yang korang mintak tu huhuhuhu. Apapun bangku tu siap jugak dengan bergayanya walaupun ikatannya sebenarnya salah dan langsung tak boleh digunapakai! haha cuma terlupa pula nak ambil gambar (sebenarnya hodoh sangat tu yang malu nak letak gambar tu)

peserta pertandingan pertolongan cemas mengusung rakan yang kononnya cedera patah kaki. Happy je langsung tak tunjuk aksi cemas dan sedih tak pandai berlakonlah korang!

Ini bukan gajet kami. Ini menara dari kontinjen Port Dickson kalau tak silap.




Aktiviti masakan rimba paling saya tak dapat lupa. Juri pertandingan mengarahkan peserta memasak nasi dalam buluh, memasak roti lilit, memasak telur 3 biji dan kentang 2 biji. Saya selaku orang yang diarah membeli belah untuk barang-barang ini bagi kontinjen pilah, membeli segalanya cukup-cukup mengikut syarat. Langsung tak terfikir aksesori-aksesori memasak atau bahan-bahan penambah hebat masakan kami nanti. Salah seorang peserta memasak datang berjumpa saya.

"Cikgu, mana garam dan minyak? Telur ni ada lebih tak?"
Saya jawab, " Alamak, mana saya ada beli garam dan minyak? saya ingat korang masak ni cara rimba. Guna apa yang ada je lah. telur pun saya tak beli lebih."

Pelajar itu pusing kembali ke tapak pertandingan. (jarak saya dan kumpulan mereka cuma 1 meter sahaja. Tidak sampai seminit, dia kembali kepada saya.

"Cikgu, cikgu nak menang pertandingan ni tak? Kalau cikgu nak kami menang, cikgu pergi kedai sekarang dan belikan minyak, garam, telur beberapa biji. Cikgu pergi sekarang. Jarak perjalanan dari kem ini ke kedai terdekat 10 minit. Saya beri cikgu 20 minit pergi balik. Cikgu pergi sekarang tau. Cikgu nak kita menang tak?"

Aduh budak ini. Ini sudah lebih siap beri arahan pada saya lagi. Banyak betul cekadak   ko lah budak! Walaupun hati saya kata eh! eh! budak ni sukati ko je nak order order amboi ko ingat ko besar ke? tapi mulut saya jawab "yelah! yelah! saya pergi lah! kalau tak menang siap ko saya picit2 dan lilit2 kau kat kayu macam roti lilit tu ha", dan saya pun berlari ke kereta, memecut ke kedai terdekat untuk membeli barang yang dipesan.

Hasilnya? memang berbaloi. pasukan mereka mendapat johan dalam acara masakan rimba ini, sebab roti mereka lembut, banyak telur, ada minyak yang menggaringkan rasanya, serta ada taburan gula ala2 roti dikedai gitu. Saya boleh mengagak kemenangan mereka sebab masa juri merasa makanan, dia buang kembali roti yang dicubit dari semua pasukan. Bila tiba giliran kami mempersembah hidangan(kami pasukan akhir sekali), juri siap ambil roti dan makan dengan berselera dua tiga kali suapan. Tak jadi saya nak picit2 dan lilit2 budak tu kerana kemenangan mereka!  Dia tersengih-sengih dan menunjuk aksi bagus pada saya sewaktu mereka diumumkan sebagai johan. hai budak, budak.. 


Masa saya balik dari kedai, mereka dah nyalakan api. Berapa batang mancis? saya tanya. Dengan riak dan bangga sekali beramai-ramai jawab "DUA!!!!"... Amboi gembira sungguh kalian ye mentang-mentang memenuhi syarat tidak lebih 3 batang mancis.



Sesungguhnya, jika kena gaya dan cara perkhemahan itu dijalankan, ia akan membawa makna tersendiri kepada pengalaman pelajar-pelajar yang menyertainya. Perkhemahan membawa mereka keluar dari zon selesa dirumah yang serba serbi ada. Disini, mereka perlu bekerjasama, berdikari, sabar dan sanggup diuji, lebih mesra dan bertanggungjawab diantara satu sama lain. Moga-moga ada manfaat yang dapat mereka peroleh pulang dari perkhemahan ini.

















No comments:

Post a Comment