Skip to main content

In house training PBS Matematik Ting 1 2012 di bilik dokumentasi

Pada jumaat yang lalu 27hb April, saya telah berjaya menunaikan tanggungjawab selaku wakil sekolah ke bengkel PBS matematik. Tanggungjawab untuk menghebahkan tentang PBS ini kepada rakan-rakan guru matematik yang lain. Secara ringkasnya, saya telah menyampaikan kepada mereka antara isi-isi penting PBS iaitu standard dokumen prestasi matematik, rekod transit dan serba sedikit berkaitan band 1 hingga band 6. Walaupun pelaksanaan sebenar masih kelam-kelam kabus namun saya cuba juga sedaya upaya agar mereka dapat memahami maksud tersirat disebalik dasar pendidikan yang terkini itu.

 Duduk dibarisan hadapan itu ketua bidang sains matematik smk jelai cikgu sal dan ketua panitia matematik smk jelai, cikgu azura. Yang membelakangkan gambar dan duduk dengan bersopan santun sebelah kanan itu cikgu chin, dan yang sebelahnya lebih lagi sopan santunnya hehe cikgu wan.

 Dalam gambar ini, membelakangkan kamera, cikgu Zai. 
oh, Nampak rak kosong dibelakang saya? rak itu akan diisi dengan fail perkembangan murid, khusus untuk pelajar2 tingkatan 1 nanti.

Semua sekali ada 7 orang guru bersama saya, cikgu taib terselindung disebelah kanan, tak nampak dalam gambar dan cikgu anuar yang membantu saya ambil gambar ini ;)



Saya pernah sebut dalam entry cuti sekolah saya yang lalu,  saya sedang mengemas bilik dokumentasi sekolah. Saya dan cikgu hoshini merupakan pengurus bilik dokumentasi smk jelai. Ada banyak bilik2 khas di smk jelai, salah satunya ialah bilik dokumentasi. Kami berdua bertungkus lumus hampir dua bulan bersama pelajar-pelajar mengemas dan menyusun atur, menjadi interior designer. 

Diilhamkan oleh pengetua, niatnya adalah untuk menjadikan bilik ini one stop centre kepada sesiapa pelawat yang datang ke sekolah kami untuk melihat fail-fail dokumen sekolah.  Selain untuk pelawat, pengetua juga ingin bilik ini diguna pakai untuk mesyuarat-mesyuarat atau pertemuan kecil yang bersesuaian. Sebenarnya saya berniat untuk membuat entry khusus tentang bilik ini maka saya ada mengambil gambar sebelum dan selepas make over. Apakan daya, baru-baru ini, laptop kesayangan rosak kerana terjatuh, dan handphone yang menyimpan semua gambar-gambar rosak terkena virus. Bila format, dah takde dah gambar-gambar sebelum dan selepas tu, juga gambar-gambar lain. Untuk menaip entry yang ini pun, minta belas ihsan suami meminjamkan laptopnya. (aduh..banyak pulak kau meleret citer ye!)

Yang penting, in house training ni adalah yang pertama seumpamanya yang diadakan dibilik ini. (yeehaaa~ amat puas hati bila mereka-mereka memuji perubahan yang berlaku pada bilik ini )...sekian.




>ele...bangga la tu cikgu tu, orang puji hasil kerja dia
>> eh mestilah! kalau awak tak bangga dengan pencapaian awak, itu awak punya pasallah! yang penting saya memang gumbira dan rasa puas dan bangga dan senyum lebar dan...ah! sibuklah awak! Pegi study addmath sana! Kacau je!





Comments

Popular posts from this blog

20 Aktiviti untuk Pelajar Pasca PT3

Setelah selesai Pentaksiran PT3, waktu persekolahan masih ada berbaki lagi sebulan lebih bagi pelajar-pelajar tingkatan 3. Nak belajar lagi? Rasanya inilah ruang dan waktu untuk mereka melepaskan tekanan selepas berusaha bersungguh-sungguh belajar dari awal tahun untuk memastikan kecemerlangan dalam pencapaian akademik mereka.  Apa yang boleh dilakukan oleh para pelajar? Aktiviti yang masih berada dalam skop pembelajaran, pdp luar bilik darjah. Sekolah saya telah menetapkan bahawa pelajar-pelajar ini akan di kawal selia oleh satu unit panitia sekurang-kurangnya 3 kali pertemuan di sepanjang tempoh program pasca. Guru-guru yang terlibat akan merancang dan menjalankan aktiviti sepanjang waktu pdp sehari bersama panitia yang ditetapkan. Berikut saya kongsikan antara aktiviti-aktiviti yang telah dilakukan oleh pelajar pasca pt3 2017 sekolah saya. 1. English Day Carnival     Antara aktiviti yang dilakukan sepanjang sehari ini ialah explorace dan treasure hunt. ...

8 TIPS CEMERLANG MATEMATIK TAMBAHAN

8 TIPS CEMERLANG MATEMATIK TAMBAHAN 1.     Pelajar memang hendak belajar. (tidak dipaksa) 2.     Pelajar sanggup untuk berusaha .(Kamu perlu membuat semua latihan yang diarahkan oleh guru tanpa merungut, dan membuat semula semua pembetulan bagi setiap kesalahan yang telah dibincangkan) 3.     Mempunyai semangat untuk bersungguh-sungguh. Mempunyai keazaman yang tinggi (Jika kamu tidak dapat menjawab soalan yang diberi, kamu akan mencari jawapan dari sumber rujukan dan sedaya upaya berusaha untuk menyelesaikannya, tanpa berhenti separuh jalan) 4.     Bina kebolehan untuk fokus pada sesi pembelajaran , belajar untuk ‘ block ’ semua gangguan-gangguan yang menghalang kelancaran kamu belajar( Jauhkan diri/simpan semua telefon, ‘ facebook ’, tv dan sebagainya. ) 5.     Beri tumpuan kepada proses membuat latih tubi matematik sekurang-kurangnya 2 jam secara berterusan seminggu sekali. ...

Tema colour blocking untuk hari guru 2018

         Sambutan hari guru tahun ni meriah sungguh dengan pelbagai warna warni pakaian guru2 smk durian mas. Tema colour blocking sememangnya tema yg menarik kerana guru2 dikehendaki memakai pakaian yg berbeza2 dan kontra warna nya. Tidak boleh sama kaler tudung dgn kaler baju dengan kaler kain dengan kaler kasut dengan kaler handbag hehehehe memang puas juga lah membuka wardrobe dan menyuai padan semua kaler2 baju sedia ada hihihi 😁         Semua rakan guru tak kira lelaki atau wanita mmg bersatu hati memenuhi kehendak tema. Saya kebetulan merupakan guru bertugas minggu ni. Jadi tak dpt sama2 berselfie masa pagi sebelum semua guru bersedia berarak dan masuk ke dewan dmas. Anggun, jelita, hensem, gojes semua rakan2 guru 😍 colourful hehehe Walaupun kami bertugas mengawal murid2, nak selfie jugak hahahaha Aktiviti hari guru adalah seperti masa2 sambutan yg lalu, membaca perutusan dari pihak2 atas...